Friday, December 25, 2009

Setelah seminggu membawa diri...

I received one sms from a loyal reader this afternoon. Hey YOU, I'm updating now!

Ada juga yg tertanya-tanya kenapa aku dah lama tak update blog. Lama sgt menghilang pergi sambut anniversary eh? Hehehe..

I have a reason.

Aku kena sakit mata on last Saturday. Bukan aku seorang tp the whole family. Pagi Sabtu, Batrisyia bgn pagi dgn mata yg agak sepet sebelah. Nampak merah sikit tapi kitorang rasa maybe dia gosok mata dia kot. Gitu la pada awalnya. Jadi kami teruskan plan kami pada hari tu. Pagi tu, kami semua ke Suria KLCC sebab nak tgk Storm Warriors pada pukul 12.10 tgh hari. Pukul 10 pagi dah sampai sana sbb hubby kena pegi Fitness First dulu. Kami berdua yg sibuk mengikut sama ni pegi la jalan-jalan sekitar kawasan. Batrisyia paling suka masuk Kinokuniya sbb dia dpt tgk banyak buku. Mulut pulak ternganga bila masuk dlm kedai kat Petrosains. Dlm kedai tu, ada satu kawasan khas glow in the dark. Dlm tu boleh nampak planet dan bintang. Tu yg dia suka kot.




Storm Warriors kira ok la kot walaupun terlalu banyak gunakan kesan visual. Kdg-kdg nampak tak realistik pulak. Tapi mmg Aaron Kwok sgt best! Masih gagah lagi hero aku nie rupanya.

Malam tu, mata aku pulak dah berair dan merah. Pedih weih. Letak Eye Mo je sbb takde ubat lain dah. Mmg sah la kena sakit mata.

Esok terus cari klinik yg buka. Doktor sahkan kami berdua kena sakit mata. Dia bekalkan ubat. Hubby ok lagi la sbb tak nampak apa-apa simptom. Oh ye, pagi Sabtu tu, aku hanya titikkan air susu ibu ke dlm mata Batrisyia. Ni petua yg aku pernah baca. Jadi, aku gunakan aje la. Rasanya kalau x mujarab tu, tak mendatangkan masalah. Tapi alhamdulillah, aku rasa mata Batrisyia tak teruk merah sbb susu ibu tu.

Pagi Isnin, hubby ckp dia takleh pegi kerja sbb mata dia pun dah bengkak. 2-2 belah. Lagi teruk. Hehe.. sekurang-kurangnya, aku dgn Batrisyia masing-masing kena sebelah mata je.

Disebabkan penyakit nie, maka kami anak beranak dpt la berehat di rumah sepanjang minggu. Hehehe... mesti boss aku bengang. Dah la aritu cuti pegi berehat. Elok seminggu lepas balik dr bercuti, aku cuti lagi. Kesian dia.. takpe, takpe.. tak rugi der company tu kalau aku takde. Hidup dia je la susah sikit sbb byk keja penting aku yg handle. Kehkehkeh... best woo duduk rumah lama-lama. Tak payah bgn seawal 5.30 pagi. Tak payah sibuk nak gosok baju. Hanya perlu fikir nak masak apa je utk hari tu. Mmg menggemukkan diri di sepanjang hari sakit ni.

Masuk hari Rabu, mata masih merah. Doktor bagi MC lagi. Jadi, ptg tu terus off to Seremban. Tak kuasa nak blk hari Khamis. Jalan mesti sesak sbb org lain pun sibuk nak blk kampung.

Nak tau kami ke mana siang tadi? Kami ramai-ramai ke Port Dickson. Wah, kata sakit! Ala, mata je yg sakit. Anggota badan yg lain sihat walafiat je.

At first, rasa taknak mandi laut tapi bila diorg nak naik banana boat, terus zass tukar baju. Ni kali kedua Batrisyia jejakkan kaki ke pantai. Kali pertama, kat Terengganu pada bulan Mei yang lalu. Kali ni lagi best sbb dia dah boleh jalan sendiri. So mmg main kejar ombak je la.






Badan penat tp sempat keluar kejap lps maghrib. Pergi mkn. Pastu pegi fun fair. Batrisyia excited tgk byk patung besar-besar tergantung tp kitorang malas nak main sbb tau games kat sini mmg banyak tipu muslihat.


Demi reader yg prihatin bertanya kemana aku menghilang, aku gigihkan diri buat entry malam-malam nie. Hehehe.. toksah la ko nak terharu eh.. hehehe.. aku mmg nak update pun. Elok je ko sms aku.

1 scribble(s):

Faizah said...

mueheheh, sambut anniversary la tuh. kat PD plak kekeke

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.