Tuesday, December 08, 2009

Ikan Goreng Dalam Sos Limau Purut

Di kala dah tak tau nak masak apa, aku pun mula la jenguk my fave food blogs. Bila dah jenguk blog tmpt, rasa tak tau nak try yg mane pulak. Hehe.. But I choosed this recipe sbb ianya telah dicuba oleh Ummi (sila refer kat side link) dan ianya masakan Thai. Wah, mcm sedap je bunyinya. Lagipun, bahan-bahan mmg senang nak dpt.

Mmg best la lauk nie! Hubby kata kalau kuah cairkan sikit, dah mcm lauk kat Bangkok House. Mmg betul pun sbb aku rasa ni resipi yg sama. Maybe next time boleh goreng seekor siakap dan buat double batch utk kuah, buat cair-cair dan curahkan atas ikan. Makan panas-panas. Mmg gerenti licin!



Ikan Goreng Dalam Sos Limau Purut

Bahan-bahannya:
2 ekor ikan bawal
1/4 cawan tepung serbaguna (*Ummi guna tepung jagung + sedikit lada sulah + sedikit serbuk cili kering + sedikit garam)
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng

Cara-caranya:
1. Bersihkan ikan dan keringkan. Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan
2. Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :-
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ aku guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Cara-caranya:-
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
4. Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

2 scribble(s):

azurerin said...

salam..aku copy resepi and post dalam blog aku boleh?

Liz Rohaizat said...

boleh..boleh..

kalau dah cuba, apa salahnya buat post sendiri

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.