Thursday, December 17, 2009

Happy 3rd Anniversary

Semalam merupakan hari ulang tahun perkahwinan kami yang ketiga. September 2009, genap 5 tahun aku kenal hubby. Tapi adakah aku benar-benar kenal dia?

Ramai yang menganggap, kita perlu bercinta lama utk kenal siapakah dia yang sebenarnya, sebelum mengambil keputusan samada diakah yang terbaik utk dijadikan teman hidup.

Mungkin atas logik ini, ramai yang bercinta tapi terputus di tgh jalan setelah merasakan bahawa pasangan itu bukanlah yang terbaik utk anda.

Tapi ada juga yang melepaskan orang yg dia sayang atas alasan “I only want the best for you”. Ahaks, jgn ada yg sentap baca ayat aku ni yer!

5 tahun kenal hubby, jujur aku katakan mcm baru je kenal dia. Tak sangka 5 tahun dah berlalu. Masih byk yg aku belum tahu pasal dia. Masih mencari keserasian sbb kami ni tak la ngam dlm segala segi.

Selalunya, orang cari pasangan yg sekepala dan berkongsi minat yg sama. Tapi kdg-kala, perbezaan itu juga perlu kerana ia saling melengkapi.

Kesian dia dpt wife garang mcm aku.. eh, tiba-tiba pulak. Hahaha. Tapi betul la. Aku garang, dia cool je. Kdg-kdg, kesian tgk dia. Cepat-cepat aku minta ampun. Hehe..

Apa-apa pun..

Aku sayang kamu.. sungguh ni!

No fancy celebration. Entah, kitorang mmg x celebrate benda-benda camni. We can show our love everytime, everyday. Hikhik. Tapi hubby kata malam tadi x payah masak. Dia suruh pilih nak pegi mkn antara Bangkok House dan Secret Recipe. Kalau ikut hati, mmg nak pegi Bangkok House tp bila fikirkan Batrisyia, aku pilih other option. Kalau kat Secret Recipe, sekurang-kurangnya Batrisyia boleh mkn chicken soup, fries atau spagheti.



Masa ni ok lagi

Lepas tu, dia nampak sesuatu. Terus meronta-ronta

Yeah... she saw these Strawberry Milkshake and Orea Milkshake.

Bila ada minah ni, mmg dah tak boleh nak pegi fancy dinner sbb dia sgt messy ketika mkn. Kenapa messy? Sebab semua benda dia nak cuba mkn. Mcm malam tadi, dia marah sbb aku tak bg dia mkn onion. Besar tau.. potong bulat besar-besar gedabak. Last-last, aku bg dia cuba jugak! Tau tak sedap. Haha.. My salad dia sorang je yg mkn.. timun abes, tomato dia mkn one slice. Muka mmg comot gila. Baju tido lagi la. Balik rumah, terus tukar.



Jom pegi tgk Storm Warriors nak? Mmg tak romantik. Nasib baik dia pun sekepala, sukakan action movie. Ala, abang ngaku je la abang suka Ekin Cheng tu.. kan? Dia mmg tak marah kalau 1000x aku ckp Ekin Cheng tu handsome sbb masa dia muda-muda dulu, muka dia ada ala iras-iras Ekin Cheng versi pakai baju Melayu. Hahaha.. eh, ni puji tau! Korang sila jgn termuntah. Kahkahkah. Kalau la muka dia tu tak berubah sampai skrg, mau aku kurung dia dlm rumah aje. Eh tapi rasanya kalau muka dia masih mcm dulu, takde dia nak kat aku deh.

Nama pun anniversary. Mesti la puji suami sendiri. Haih, kipas kuat-kuat sikit!

Nota: Aku minat sgt kat Aaron Kwok.. mmg suka tgk dia berlakon.

4 scribble(s):

Afhm said...

Happy 3rd anniversary... Semoga Allah kurniakan kebahagiaan dunia & akhirat buat Liz sekeluarga..

p/s- Adik Manis comot2 pun nampak manis...

ska said...

happy anniversary liz n abg izat!!

sya_firwan said...

happy 3rd aniversary..moga kekal bahagia selamanya~~~

J said...

Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan. May Allah always bless you & family with happiness & rizqi.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.