Tuesday, December 29, 2009

Hal cikgu baru Batrisyia

Kak, esok boleh tak bawa pampers?”
Kenapa?”
"Bocor la pakai ni kak
"Bocor kat mane?”
"… Kat belakang
Hah, kat belakang? Sepanjang kitorang pakai nie, tak pernah pulak bocor kat blkg. Kalau kat tepi tu, ada la kdg-kdg. Tukar berapa jam sekali?”
“… Erm, akak bg 4 kan? Saya pakai semua la
Ada belajar dgn Dila tak camne nak pakai
"Dah. Saya pakaikan mcm kak Dila ajar la
"Ye ke? Erm, tgk la camne esok

Tu perbualan aku dgn cikgu baru Batrisyia yg bernama Ayu. Bila Batrisyia dah besar, automatically, dia diletakkan di bawah jagaan cikgu yg baru. Skrg, cikgu Ayu yg jaga dia. Ala, budak lagi si Ayu nie.

Bila dia kata bocor kat blkg, aku jadi pelik. Tak pernah dlm sejarah, bocor kat blkg. Camne leh bocor kat blkg? Melainkan dia tak tukar CD ikut masa yg sepatutnya. Aku saja je tanya mcm2 soalan. Nak tgk dia boleh jwb ke tak. Nak dptkan info samada dia nie buat betul-betul ke tak.
Sepanjang perjalanan, hati rasa mcm bengkek. Takkan la kualiti CD tu tak bagus sampaikan bocor! Geram aku. Tak sabar nak blk rumah dan check semua baju dan CD dia.

Balik tu, aku buka plastik baju kotor. Mmg seluar Batrisyia bau hancing kat area belakang. Maknanya dia mmg tak tipu bab bocor tu. Tapi aku tgk CD kotor ada sikit je. Tgk kat beg, ada 2 CDsyg tak digunakan. Aku bkn hantar 4 ye. Aku hantar 5 CDs Dan dia pakaikan 3 aje? Satu dia pakaikan lepas anak aku mandi ptg. Maknanya dari anak aku mandi pagi lebih kurang pukul 8.30 pagi sampai la mandi petang pukul 4 ptg, dia gunakan 2 CDs aje. 2 CDs dlm masa 7 jam setengah! Patut la bocor!!! Membebel aku malam tadi. Dia yg salah, nak salahkan CD pulak.

Pagi nie, aku ckp aku tak anta pampers (dispo diaper). Aku ingatkan dia supaya tukar CD setiap 2 jam utk elakkan kebocoran. Sampai office, aku sms dia dan tipu dia. Aku ckp kononnya Batrisyia akan naik ruam kalau pakai dispo diapers. Pasal tu kitorang beli CD. Kuikuikui.

Dia ni mmg aku kurang berkenan sikit. First, dia nampak muda. Tapi rasanya boleh diharap la. Cuma akhir bln lepas, aku perasan dia ada simpan satu kuku panjang. Terkejut aku. Aku perasan pun sbb dia yg sambut Batrisyia masa aku hantar pagi tu. Terus aku report kat hubby. Hubby pulak tlg telefonkan tuan punya nursery. Kalau guna telefon aku, kantoi la sape yg mengadu kan. Mana boleh simpan kuku panjang. Kalau tercucuk kat budak, tak ke naya.

Harapnya dia boleh jadi sebaik Dila.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.