Monday, December 14, 2009

Gambar-gambar di Langkawi

Seronok pegi Langkawi kali nie sbb pergi ramai-ramai kot. Kali ni, kami tak berjalan sakan mcm masa zaman honeymoon dulu sbb perlu ambil kira keadaan dan kesihatan org lain juga. Kalau dulu, pagi-pagi dah keluar dan blk hotel sebelum maghrib, kali ni mmg perlu balik lps mkn tgh hari utk berehat dan tidur sekejap. Lepas tu, kena blk sebelum 6 ptg sebab ramai nak pegi swimming pool pulak. Hehehe.. aku sempat masuk swimming pool di hari kedua. Batrisyia berendam sampai menggigil badan. Dah kesejukan tapi masih nak masuk pool lagi.

Kami tinggal di Perkampungan Tok Senik. Suasana kampung mmg sesuai utk semua org. Kalau tepi pantai, mcm meriah sgt je. Kalau dulu, kami tinggal di rumah Sahak. Kali nie, 4 daripada 5 buah rumah di Lorong Air Merah adalah kepunyaan kami. Kami tinggal di rumah Mukhriz dan rumah Muhyidin. Rumah Najib yang paling besar tu ada org lain duduk. (Rumah Ketua Kampung akan sentiasa bertukar nama, seiring dgn nama Perdana Menteri).

Tempat yg paling semua org nak pegi ialah cable car. Mmg ambil byk gambar kat sana. Tak dpt pegi tempat lain pun takpe. Yang penting, cable car kena naik. Sempat la menyusukan Batrisyia kat atas sana walaupun tempat tu sesak dgn org. Yang penting, tutup aurat.. ye tak?

Jalan di Langkawi tak byk berubah. Jadi mmg tak sesat. Kami masih ingat tempat-tempat yg kami pernah pegi. Nak cari kedai seafood yg kami pegi dulu pun tak susah.

Kali ni, aku tak dpt melepak sambil tgk live band kat Tok Senik sbb Batrisyia dah tido. Terpaksa la stay kat bilik. Tak dpt dgr Fredo menyanyi.

Aku juga tak sempat mkn Laksa Power. 3 tahun mengidam nak mkn lg. Hajat tak kesampaian!

Apa2 pun, mmg best. Thn depan insya Allah nak pegi Sabah pulak. Dgr cerita, ramai2 nak naik Genting Highlands pertengahan thn ni. Wah, syok nie!


















0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.