Tuesday, December 15, 2009

Food and milk intake.. hey, she's 14 months old!

Hari nie, aku nak bercerita sedikit tentang food dan milk intake cik adik manis. Entry ni boleh dibaca tetapi tidak boleh dijadikan satu-satunya rujukan utk anda. Sila dptkan lebih banyak maklumat dari sumber-sumber yang lain.

Satu tika dulu, aku ingatkan aku perlu sediakan susu badan berbotol-botol bila anak dah berumur lebih setahun. Kalau tgk bayi yg minum susu formula, kita boleh lihat ibu bayi akan sediakan 8oz susu bagi setiap hidangan. Susu akan diberi selang 3-4 jam. Jadi, di zaman aku kurang berpengetahuan, mmg ada rasa sedikit risau. Giler byk tu nak pam 8oz utk setiap kali anak aku minum.

Kemudian, aku dpt tahu yg rupa-rupanya, bayi yg menyusu badan akan makin kurang minum setelah berumur setahun. Kalau masa umur dia 4 bulan, dia minum 24oz di siang hari, dia mungkin minum dlm 12oz ketika usia mencecah 1 tahun 4 bulan. Mereka akan mula suka makan solid food. Ni hanya contoh saja ye.

Bayi yg berumur satu tahun ke atas juga sudah boleh minum fresh milk kerana buah pinggang mereka sudah mampu memproses susu segar. Fresh milk adalah susu segar.. bkn full cream milk, low fat milk, choc milk dan sebagainya. Kalau brand Dutch Lady, ia dipek dengan kotak warna hijau. Sesudah dibuka, fresh milk tidak akan bertahan lama seperti susu-susu yg lain.

Tetapi harus diingat, fresh milk hanya boleh diminum tidak lebih dari 18oz sehari bagi memastikan badan anak anda dpt menyerap kalsium dan zat besi dengan baik. Bagi ibu-ibu yg menyusu badan, fresh milk bukanlah susu gantian sebaliknya ia seperti makanan tambahan yg lain. Susu ibu tetap diberi seperti biasa.

Batrisyia dah mula diperkenal dgn fresh milk ketika usia dia setahun. At first, kami bg dia mkn cereal dgn fresh milk. Lepas tu, masukkan fresh milk dlm pancake dia. Bila tgk dia dpt terima fresh milk dgn baik, kami mula beri dia minum fresh milk 5oz sehari (dan susu ibu tetap diberi seperti biasa). Kenapa kami beri dia fresh milk? Ianya sebagai makanan tambahan dan supaya dia boleh menerima susu selain dari susu ibu. Bila beri dia fresh milk, aku tetap mengepam seperti biasa. Kdg-kdg, dia taknak minum jugak. Dia lg prefer susu yg lebih segar iaitu susu ibu.

Utk solid food pula, rasanya tidak ada byk masalah jika anak sudah berumur lebih setahun. Anak sudah boleh mkn roti, biskut, cereal, madu dan whole egg. Cuma perlu monitor apa yg dia mkn dan cuba kurangkan salt intake. Setakat ni, Batrisyia mkn apa yg kami mkn. Cuma dia tak mkn benda yg pedas dan bergaram mcm org dewasa mkn. Kdg2, jiran dan abi dia bg mkn coklat (sambil uminya menahan rasa geram dlm hati.. kuikuikui). Coklat kan tak bagus.. haruslah aku geram, ye tak? Alhamdulillah, Batrisyia boleh mkn nasi dgn baik. Kalau disuap, mmg nganga je mulut.

Kalau tgk anak korang tak berapa suka nak mkn, jgn cepat putus asa. Terus cuba beri dia mkn. Dia takkan suka makan makanan yang sama tiap-tiap hari. Jadi, kena pelbagaikan makanan dia. Masa mula-mula intro makanan kat Batrisyia, dia pun mmg mcm tak suka mkn. Byk yg diluah balik. Tapi kalau korang tgk dia mkn skrg, mmg tak padan dengan kecik! Bagi je makanan, seboleh-boleh dia nak sumbat semua dlm mulut. Kdg2, semua jari masuk dlm mulut. Orang lain pulak risau takut dia tercekik.

Malam ni nak cuba buatkan satu resipi baru utk dia. Tgk keputusannya mcm mana. Kalau sempat, esok aku share.

4 scribble(s):

MarDiah said...

make your own chocolate for batrisya lorr.. mesti no guilt punyer. and she can craves chocolate anytime.

Liz Rohaizat said...

setakat nie, x intro benda manis2 sgt kat dia. yg manis semulajadi je pernah bg dia.

oli said...

salam puna, saya nak tanya bagaimana nak beri fresh milk kepada bb 1 tahun ke atas. bagi sejuk sejuk ataupun dipanaskan seperti ebm?tq

Liz said...

oli> wasalam. saya panaskan sikit. bagi suam2 gitu. kalau sejuk, takut sakit perut pulak sbb dia kecil lagi.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.