Saturday, December 05, 2009

Edward Cullen is not a hot vampire

TUESDAY, 1/12/2009

Twilight. Definitely not for its fan.

Aku bkn nak buat review ttg New Moon kerana aku tak tgk pun movie tu. Owh, kenapa yer aku tak teringin nak tgk sedangkan orang lain dah terkena rasukan Edward Cullen? (Ish, korang ni tgk movie ke atau tgk actor tu?)

Pertama kerana aku tak pernah baca buku dia. Kedua, aku tak tgk pun Twilight (filem yg pertama). Eh, kenapa tak tgk Twilight bahagian pertama tu? Jap, aku ingat balik.

Oh, kerana pada masa tu aku tgh pantang kat rumah. Mau kena rembat dgn penyapu kalau aku pegi tgk wayang. Tak terfikir nak tgk yg cetak rompak sbb kualitinya tak bagus. Masa tu berkobar-kobar sgt nak tgk. Ingatkan, lepas pantang, nak la pegi tgk tp tak jugak tgk sbb dah ada baby.

Perasaan berkobar-kobar tu hilang begitu saja.

Bila New Moon nak release, perasaan tu tak kembali kerana aku rasa bosan dgn puntianak/vampire. Skrg baru la ada mcm2 cerita vampire keluar kat panggung. Skrg baru semua org nak terasuk dan jatuh cinta dgn cerita vampire.

Aku bukan la tak jatuh cinta tp AKU DAH LAMA jatuh cinta dgn cerita vampire sejak di bangku sekolah menengah lagi. Tapi masa tu, bukan movie la. Drama bersiri aje.

Pernah dgr Angel? Buffy the Vampire Slayer? Itu David Boreanaz (skrg berlakon dlm drama bersiri Bones) sgt sesuai berlakon jadi vampire bernama Angel. Buffy the Vampire Slayer pulak dilakonkan oleh Sarah Michelle Gellar yg pernah jatuh cinta dgn Angel. Actually, Angel ni salah satu watak dlm BVS tp sbb dia popular sgt jadi diorg buat satu siri khas utk Angel.

Bila aku tgk pelakon-pelakon Twilight, mcm tak berjaya menarik minat aku je. Mmg la Edward Cullen tu hensem di mata sesetengah orang tp bila aku tgk trailer, aku rasa dia biasa aje. Actress pun mcm kurang bermaya je mukanya. Baik tgk Sarah Michelle Gellar. Lagi tough!

Kesimpulannya, aku tak tgk Twilight. Baik aku tunggu Storm Warriors! Eh, ape jauh sgt aku tukar cerita nie? Hehehe.. yer la, teruja nak tgk Storm Warriors sbb kedua-dua pelakon kesayangan kembali memegang watak Wind dan Cloud. Storm Riders yg dulu tu, mmg aku tak miss tgk setiap kali tayang kat TV.

2 scribble(s):

ewiezz said...

Dam straight! vampire don't sparkle... anyway my favorite is Spike!

Liz Rohaizat said...

ewiezz> hehee

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.