Tuesday, December 29, 2009

Ayam percik

Masa cuti sakit minggu lepas, tiap-tiap hari kena masak. Kalau di hari-hari biasa, aku hanya perlu masak utk mkn malam. Tapi bila dah duduk rumah, kena fikirkan menu utk sarapan, mkn tgh hari dan mkn malam. Selalunya lauk masa lunch tu akan dibawa ke malam jugak. Kalau rajin, ada la buat apa-apa juadah utk minum petang. Hehehe.. ter over rajin pulak!

Balik Seremban hari Rabu minggu lepas. Masa kat sana, teringin nak masak sesuatu dgn menggunakan oven. Kalau tak aku yg nak guna oven tu, sapa lagi kan? Rinduuuu.

Pagi tu, aku pk la nak masak apa. Sorang suruh masak ayam masak lemak cili api. Sorang suruh buat spaghetti. Sorang pulak tak kesah aku nak masak ape. Wah wah… senang je korang ckp eh. So, aku cari resipi dari dapur Ummi. Terjumpa resipi Ayam Percik dari kak Hanieliza. Tapi rasanya Ummi ada ubah sikit. Jadi, aku ikut je resipi Ummi.

Aku rasa resipi ni sedap la. Hahaha.. perasan sendiri. Tapi betul. Ramai suka ayam nie.

Resipi dia bawah merupakan gabungan resipi dr Ummi dan kak Hanieliza dan disesuaikan dgn cara aku masak. Silakan cuba.

Ayam Percik (serves 6)

Bahan-bahan:
Satu setengah ekor ayam (seekor tu aku potong 12 kerat)
6 cawan santan pekat (Rasanya kalau 4-5 cawan pun, cukup)
Satu cawan air asam jawa
2 sudu kecil halba
Garam
Tepung ubi kayu atau tepung gandum

Bahan kisar:
30 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
10 biji bawang merah
3cm halia
10 batang serai

Cara memasak:

1. Bersihkan ayam. Lumur ayam dengan garam dan tepung. Bilas bersih.
2. Panaskan kuali. Masukkan bahan kisar ke dlm kuali. Masukkan ayam. Masukkan santan, halba dan air asam jawa.
3. Masak hingga kuah tinggal sedikit. Pastikan semuanya sebati. (Jika nakkan kuah utk ayam, tinggalkan kuah tu ikut kuantiti yg dikehendaki. Kemudian perasakan dengan garam).
4. Alih ayam ke oven dan panggang hingga masak.

Nota: Kalau setakat nak ratah ayam, rasanya tak perlu ada kuah. Tapi kalau nak mkn dgn nasi, kuah wajib sbb ayam tu agak kering

Dlm proses membakar


Kepak ayam percik yg mmg menggoda peminat kepak ayam nie.

However, saya memilih peha ayam utk mengenyangkan perut yg lapar.
Tapi ambil kepak jugak utk memuaskan hati. Ni dah siap letak kuah dia. Yummy!

1 scribble(s):

animkechik said...

ney asip..
aym tuwh sdp tp s0wg stuw jewh...
tbew2 mlm da byk lbey...
ish3...

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.