Monday, December 07, 2009

Ahkirnya bergelar Puan Marziah Murtadza

Hari Sabtu lepas, seorang lagi geng Seremban kahwin. Congrats ye Ma-g. Tinggal Kd je lagi nie (No pressure, mate!).

Kami sampai pagi utk menghadiri majlis pernikahan mereka yg sepatutnya dijadualkan bermula pada pukul 9.30 pagi. Nasib baik la diorg lambatkan sikit. Kalau tak, tak sempat nak tengok. Bila dah ada anak, ko siap cepat mcm mane pun, mesti lambat jugak! (In our case, pukul 7 pagi aku dah kerahkan orang bersiap).

Bebudak ni tak perasan aku dah tercongok dlm bilik pengantin sbb aku pakai cermin mata. Uhuks. Dijadikan cerita, mata aku berair pagi tu. Ni bukan sakit mata ye. Tapi pagi tu, terasa mcm ada benda dlm mata. Puas aku cuba mcm2 utk hilangkan rasa tu tapi tak berjaya. Benda tu buat mata aku mengalirkan air mata perlahan-lahan dan kemudian, terus bengkak dan merah. By the time tiba masa utk ke rumah Ma-g, mata aku dah sembab sebelah. Maka terpaksa la pinjam rayband hak milik hubby. (Di mana dia kata dia akan belikan saya rayband juga tp sampai skrg dia tak belikan cermin mata mahal mcm dia punya).

Tapi bila pakai rasa x selesa gak sbb terperasan ada org pandang2 aku. Agaknya dlm hati berkata “Minah ni dlm rumah pun nak pakai cermin mata hitam.”. Lama-lama, aku buka aje la.

Meriah woo kenduri Ma-g nie. Orang yg dtg pun ramai. Ayam golek tu sedap sgt la. Berebut-rebut org nak ambil kat dulang. 150 ekor ayam telah selamat digolekkan. Hehehe..

Disebabkan ayam golek tu telah dipotong dan dicurah sos pedas, tak dpt la bagi Batrisyia rasa. Dia mkn apam aje pada hari tu. 3 ketul you, di mana seketul telah jatuh ke lantai dan dia merengek-rengek minta ambilkan yg kat lantai tu. Oh, dia mkn cendol gak! Tapi cendol yg hijau itu sahaja. Yang lain, tak boleh sebab sejuk dan manis.

Kami yg hadir telah sepakat pakai baju warna peach. Nice!

Tak dpt nak tunggu sampai majlis habis sbb Batrisyia dah mula crancky. Masuk je kereta, dia terus tidur di sepanjang perjalanan.









0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.