Monday, November 16, 2009

Small gath di restoran ikan bakar di Jalan Bellamy

My milk production slowly back to normal. So does my appetite. Sekarang asyik rasa haus dan lapar. Dah mkn sepinggan nasi tapi masih cari sesuatu untuk dikunyah. Agaknya badan nak dptkan bahan mentah utk produce susu semula. Hehehe.. Eh, ada ke konsep macam tu? Tibai je la labu.

Plan aku dan kawan-kawan utk berjumpa dan makan beramai-ramai menjadi kenyataan pada hari Jumaat minggu lepas. Sebetulnya, aku jumpa Kd aje. But then, ia telah menjadi small gath di antara kwn-kwn rapat.

Bertempat di restoran ikan bakar di Jalan Bellamy, kami bertukar-tukar cerita dengan rancaknya. DAH LAMA SANGAT TAK KELUAR DENGAN KAWAN-KAWAN SEBEGINI. Full stop. Kdg kala, nak juga berkumpul dengan mereka yang berstatus “Belum Berkahwin”. I kan muda lagi. Wah wah wah.





How time flies. 10 tahun lepas di bulan November, masing-masing sibuk study maut utk SPM papers. Sekarang, muka pun mcm tak berubah sangat. Masih mcm remaja berumur 17 tahun! Kahkahkah.. perasan.

Ni salah seorang bestfriend aku terutamanya masa Form 3. Eh, boleh pulak ada masa-masa tertentu eh? Maksud aku, kitorang sekelas dan kamceng giler ar tahun 1997 tu. Dah la duduk kat kelas yang sgt dipandang hina oleh sesetengah guru. Orang kata, sape masuk kelas tu mmg takde harapan la. Huhuhu. Ape-ape je la cikgu oii.. aku sudah buktikan aku dpt 8A. Ko nak bukti apa lagi?

Mmg kamceng sgt yer. Kami hanya tidak bersama ketika tido (melainkan tido di dalam kelas dan di kantin), mandi dan ke bilik air (eh, pegi bilik air pun sama-sama tapi masuk pintu lain-lain). Rutin hidup kami pada masa tu senang je. Kami akan lepak di kelas atau kantin utk study dan study dan study. Hanya pulang ke asrama bila perlu! Bilik pun bertentangan. So mmg senang nak panggil. Main jerit-jerit dr balkoni bilik je. What a year to remember…

Kemudian, Azni ditakdirkan pindah ke sekolah lain. Sedih weih. Aku hilang separuh nyawa la sbb hilang kwn kan? Dah laa masa form 3 tu aku rapat dgn bebudak kelas aku je sbb kami united. Yer la, kelas dipinggirkan. Terpaksa la united. Bayangkan ye. Semua budak perempuan kelas aku terpaksa pindah sekolah. Tinggal aku sorang. Mmg takde kawan la. Tapi dgn Azni, still contact each other. Somehow, terputus hubungan lepas aku keluar dari sekolah dan beberapa tahun kemudian, berjumpa kembali! Walaupun tak la mcm belangkas seperti dahulu kala, she’s still one of my bestfriends sbb dia pernah kenal aku luar dalam.

Back to our story. Janji pukul 8 malam tp nak dekat pukul 9, baru la bebudak nie sampai. Aku dgn Ma-g dah sampai awal dah. Sesat jalan sampai ke jirat cina katanya. Hehhee.. ape la korang nie. Meja kami yg pada awalnya sunyi terus jd havoc bila semua org berkumpul. Aku rasa, org lain pandang je kitorang sbb agak bising jugak la kitorang berborak. Tu belum lagi dgr ketawa masing-masing.

Sempat la tgk Nur Kasih jap. Dah, Syiefa siap bg sinopsis. Hahaha.. Byk kami mkn mlm tu. Semua lapar kot.


By 10.30 pm, Batrisyia dah tidur. So kitorang gerak dulu. Tak tau la diorg blk pkul brp. Kedai tu tutup pkul 11 pm. Maybe lps mkn tu, diorg pegi tmpt lain kot.

Apa-apa pun, seronok jumpa bebudak nie. Mmg dah lama x keluar mcm nie sejak dah ada anak.
Sedikit komen ttg ikan bakar di sana. Ok, ikan-ikan yg dibakar tu biasa je la. Tp yg buat power ialah ramuan sos utk pencicah ikan bakar tu. Pergh, marvellous!


4 scribble(s):

Azni said...

do you remember 'perang atom dan nuklear'? klaka kan. smua org pun takut nk tegur kite sbb kes masam muka tu. aku pun tak igt sebab ape. hihihihi

same goes to me, u are one of my bestfren too. nomatterwhathappen. *hugs*

Liz Rohaizat said...

azni> perang 'atom dan nuklear'? yg mane ah? serious x ingat nie! takut nak tegur kita berdua atau takut nak tegur satu kelas? sila explain sbb aku nak ingat blk.

Azni said...

aku pun takde la igt sgt.yg aku igt, bdk2 kelas kite takut nk tegur kite dua, tanye kenape. diorg tau kite masam muke je. yg klaka tu, gado2 pun still togeda. klu nk g kelas arab tu, ko still tunggu aku kat luar kelas, nak g same2.hihihi

Liz Rohaizat said...

azni> aku masih kurang faham. kita berdua gaduh? serious x ingat. hahaha

kita duduk depan.. deret kita ada istiq n g-ma skali. blkg ada syiefa, ummu, zeti (nama dia zeti ke zati). ada lg x nama yg tinggal? mcm ada je. haha..

still remember kita semua tetapkan satu hari tiap2 minggu utk pegi mkn kat kantin time recess. mkn nasi goreng+ayam goreng sedap.

ingat lg psl CLOUD 9? hahaha.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.