Thursday, November 12, 2009

Kenapa mesti update blog walaupun tiada isi penting yang berfaedah untuk tatapan pembaca?

Mengapa? T_T

A quick update for today.. hehe.. nak jugak update tu walaupun takde apa.

-LANGKAWI-
Sejak my big boss bagi verbal approval utk my leave application, hari-hari terbayang Langkawi. Ahaks, bukannya tak pernah pegi kan? Tapi tu la, over-excited pulak dah. First, bukan senang nak dapat cuti. Aku rasa cuti aku dah habis. Tapi dia bagi jugak aku cuti kali nie. Lepas tu nak pegi ramai-ramai pulak tu. So bayangkan berapa banyak gambar-gambar menarik aku boleh ambil! Berapa ramai org yg boleh tolong ambilkan gambar kitorang? Kalau dulu pegi Langkawi, susah sikit sebab pergi berdua. Kemudian, aku juga terbayangkan LAKSA POWER, CENDOL PULUT DAN ROJAK BUAH kat tepi pantai area airport tu. Dah 3 tahun tak makan. Owh, cepat laaa bulan 12 nie!

-WEDDING-
Setakat nie, dah ada invite kami menghadiri majlis perkahwinan mereka. Yang confirm pegi, majlsi perkahwinan Ma-g. Yang memeningkan kepala aku skrg ialah mencari baju kurung berwarna DEEP PEACH (mengikut Wikipedia). Aku tak suka beli baju siap. Aku suka cari kain dan pergi tempah. Masalahnya majlis dia kurang sebulan je lagi. Mmg tak sempat nak pegi tempah baju sbb tailor kat Seremban. Charga kat KL ni mahal. Boleh tempah 2 pasang baju kalau aku tempah kat my tailor. Jadi, di mana aku boleh cari baju siap jahit yg sesuai utk aku yg bersaiz S? Jgn suruh aku pegi PKNS sbb jauuuhhhhhh... hehehe.

-BATRISYIA WITH HER MOTHERS-
Yes, dia ada banyak mak. Selain dari aku, dia ada 3 mak.

1) Bakal complete course jd ibu susuan - adik aku
2) Godmother - Kd
3) Kakak nursery - Dila

No. 1, dia perlukan lg 3 botol susu la kot utk bagi confirm. Ni kes aku lupa dah brp kali dia minum aritu. Kahkahkah. Lama dah weih. No. 2, dia akan jumpa malam esok utk sesi beramah mesra. No. 2 sedang dilamun cinta sampaikan sejak dah lulus exam nie, blog pun dah tak update. Haha.. ok, aku tau ko busy dgn keje dan tesis. No. 3 pulak dah jaga dia sejak umur satu setengah bulan. Walaupun guna istilah 'kakak', aku tetap anggap dia umpama mak Batrisyia 11 jam sehari! Guess what? No. 3 ni excited bercerita dgn aku semalam ttg Batrisyia yg dah hampir nak berjalan. Pagi ni dia boleh tanya aku, "Dia ada belajar berjalan tak malam tadi, kak?". Hahaha.. bagus mak dia yg sorang nie. Batrisyia rapat dgn Dila. Kdg2, kalau Dila takde depan mata, dia nangis. Dila nak pegi toilet, kdg2 dia nangis. Kdg2 dia lambai tgn.

-MAKAN IKAN BAKAR DI JALAN BELLAMY-
Ni cerita malam esok. Tak sabar nak jumpa geng lama! Ramai tu. Mesti havoc meja.

-EBM DAN KESUKARAN PUMP DI OFFICE DAN PERIOD-
My frozen EBM tinggal 3 botol je weih. Ni sbb aku susah nak pam di office sejak beberapa minggu yg lepas. Masa tu, tiap-tiap pagi kena cilok frozen EBM dlm sebotol dua. Pastu period pulak. Lagi haru. Skrg aku paksa hubby temankan aku pam sampai jauh malam. Aku paksa dia main games sementara aku pam. Kehkehkeh. Sila berkorban sama-sama dgn aku yer. Mana boleh aku pam sorang-sorang, dia tidur dlm bilik sambil berselimut dan peluk bantal. Hoh, tak bley. Sedap tu tido. Hehe.. jahat.. jahat. Ahad ni nak buat power pumping utk tambahkan balik susu. Nasib baik la Batrisyia ni dah suka makan. Jadi mmg dia dah kurang minum susu. Takpe.. leh ambil stok dari ibu susuan bila balik Seremban nanti.

-RANCH RUSH-
Inilah game yg aku paksa hubby main time aku mengepam.

http://get.games.yahoo.com/proddesc?gamekey=ranchrush

Actually, dia yg main dulu. Aku selalu ejek sbb dia main game budak-budak yg tak mencabar langsung. Kemudian, aku cuba main permainan ni. Owh, I'm addicted to it! Hari ni hubby cuti. Aku rasa tak aci sbb mesti dia main game ni dan akan mendahului aku selama beberapa minggu. Chait!

-TENTANG AKU-
Masih berumur 27 tahun.. hehe

8 scribble(s):

Fid said...

ohhh
blogku mmg tiada yang berfaedah tapi kuupdate 133X sehari sbb kubaca senirik kahkahkahkah

IHSAN KHAIRIR said...

alahai, blog sendiri suka hati lah nak update apape pun... kan?

;)

lama tak singgah blog Liz nih.

btw: N9 monang weh! hehehe

Liz Rohaizat said...

kak fid> hehe.. sy la antara pembaca setia yg dok masuk blog akak 133x sehari. hahaha

ihsan> betul3! suka hati la kan. kalau x suka, jgn baca.

yeah, N9 monang! hobin jang hobin! anyway, lopeh N9 monang nie, den nengok ghamai lak yang mongaku dio oghang N9. padahal sobolom ni, malu nak ngaku.

ska said...

hahahhaha.. nnt aku update la blog aku. byk nk update, tp malas..

-godmother batrisyia-

quEen oF BioLoGy said...

liza..cuba cari baju yang dah siap kat JLN TAR..mungkin ada warna yang ko nak tu. rasanya kalo saiz s takde masalah.

~fizue~

zidni said...

sbb tu syok ada blog sendiri! hehe

hamboihh, hobin sehobin-hobinnyerh... montang2 nogori sombilan monang.

Liz Rohaizat said...

fizue> tgk la nnt camne.

zidni> hehe.. biasa la zeed. kitorang kan org nogori.

MarDiah said...

liz, main game sama pump best woo... jgn lupe lak.. ada yg melimpah x sedar..

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.