Monday, October 26, 2009

Why are you so cute? I feel like wanna hold you tight!

I just can't get enough of her!













Cik adik manis ni bangun pukul 3 pagi hari ni. Tak mamai. Penuh tenaga sampaikan dia beriya-iya kejut abi dgn uminya utk main sama-sama.

Ingatkan dia nak susu tp lain cerita rupanya. Mulut pot pet pot pet pukul 3 pagi. Abi dia senang je, terus membelakangkan Batrisyia dan sambung tido (dia kata dia pura-pura tidur, biar Batrisyia boring dan sambung tidur balik.. ye ke?). Aku membelakangkan Batrisyia gak tp dia tarik rambut aku. Sakit! Terus pusing mengadap dia tp mata masih tertutup. Mulut pot pet lagi. Dia korek mulut aku, tampar pipi aku, hempaskan badan dia ke badan aku. Sampaikan satu ketika, aku terkejut dan menjerit kesakitan sbb dia hempaskan kepala dia ke bahu aku. Sabar je la minah nie.

Sah-sah aku takleh tidur. So aku layan dia main kejap. Aku tgk jam kat handphone. Baru pukul 3.30 pagi. Dia nampak handphone yg aku letak kat tepi tingkap. Dah, terus dia sibuk nak handphone pulak. Terpaksa aku sorokkan. Bila dia tgk handphone dah 'hilang', dia cari mainan lain. Dia beralih kat playpen. Nak panjat playpen pulak. Pagi-pagi buta, aku kena layan minah ni.

Pukul brp dia tidur? Pukul 5 pagi! Pagi nie aku x bgn sesi mengepam pukul 5.45 pagi sbb mengantuk sgt.

3 scribble(s):

Mama-Miya a.k.a Jedi Hopeful said...

Layaaaaaaaaaan...

Faizah said...

mak aih, sehari ko pam bape kali weih? sampai tgh mlm bgn mengepam

Liz Rohaizat said...

mama miya> aaa, mmg layan sgt2 la pagi2 buta tu.

faizah> tu mengepam di awal pg sblm aku pegi keje la. aku keluar dr rumah pukul 6.30 pagi!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.