Wednesday, October 07, 2009

What's for her lunch box?

Satu perkara ttg hantar anak check up di klinik kerajaan ialah mereka akan monitor samada kita datang ke appointment atau tak. Let saya kita tak datang, nurse akan call dan tanya kenapa tak datang dan bila nak datang. Unlike sesetengah klinik swasta, diorg tak kesah pun.


Aku mmg akan nervous setiap kali Batrisyia hadir ke appoinment. Tapi mcm dah biasa dgr nurse komplen psl berat badan dia.

Semalam, aku dah agak benda yg sama akan ditegur. A month ago, Batrisyia kena demam panas selama 4 hari. Berat dia turun hingga ke 6.1kg! Semalam, berat dia hanya mencecah 6.7kg. Setahun tu beb! Tapi peningkatan sebanyak 600g sejak sebulan yg lepas. I think that is not bad at all.

Sorang nurse yg senior tu tanya beberapa soalan. Dia tak risau pun akan berat badan Batrisyia. Dia cuma tanya utk evaluate samada betul ke Batrisyia ni tak cukup mkn. At the end of the session, dia ckp aku tak perlu risau sbb Batrisyia aktif. Cuma perlu cuba utk bg dia lebih byk mkn utk tambahkan berat badan dia secepat mungkin. Nurse ckp, boleh jugak bg dia mkn aiskrim yg mahal2 sbb aiskrim mahal tu kaya dgn kalsium! Hehe.. aku gelak je. Dlm hati, "Biar betul nurse nie". Tp dia serious la weih. Nurse pun taktau nak suggest aku bg anak aku mkn apa lagi sbb semua benda yg dia nak sarankan (such as yogurt, cheese, egg) anak aku mmg dah mkn.


I was thinking about Pediasure Complete. PC ni bkn jenis susu formula yg mcm org lain bagi yer. Ia merupakan sejenis makanan pelengkap. Hanya boleh diberikan maksimum 2 kali sehari. Utk info, boleh click link di atas. Aku ada baca good reviews dr other mommies ttg PC. Tak tau nak cuba atau tak.

The thing is Batrisyia ni bkn picky eater. Minah tu suka mkn dan dia mkn banyak. Susu pun masih diminum seperti biasa. Cuma dia lasak. Atas sbb2 nie hubby tak bg approval utk cuba PC (di mana aku juga lega sbb dia tak approve.. hahaha). Skrg ni dia pulak pong pang pong pang psl susu ibu. Jadi aku menurut perintah ketua keluarga.


Aku sudah ckp dgn cikgu Batrisyia di taska. Dia sgt berbesar hati utk tolong suapkan Batrisyia mcm2 jenis makanan yg aku akan bekalkan selepas nie. Alhamdulillah...


Kalau korang kat tempat aku, apa akan korang buat. Aku perlukan feedback dr korang semua terutamanya dari ibu-ibu yg pernah menghadapi masalah yg serupa. Elok rasanya kalau kita berkongsi pengalaman.

Meanwhile, umi ni akan mula bekalkan makanan sampingan ke taska. I sudah beli lunch box warna pink tau. Semangat gitu! Haih, kecik-kecik dah ada lunch box sendiri. Nama je lunch box tp tak tau nak letak apa. For lunch, mmg tak perlu bg apa sbb nursery dah siapkan makanan utk dia. Aku hanya perlu prepare apa-apa yg nak diberi sebagai snek dan minum petang. Wah, minum petang? Bunyi mcm serius je.

13 scribble(s):

Ely Hasrul said...

wahh batrisyia cam sami ek. sami masa setahun dia berat lagik 9kg. tapi setelah setahun 7 bln dia masih 9kg huishhh

ekceli kalukn kitorg kecik2 dulu pon slim & slender xkan la anak nk tembam2 plak. tp bese la sbg mak kite nih over concern

sami ade paed sdr. selama ke nih paed dia cool aje. sbb dia ckp selagik sami active, xpicky psl food, susu cukup, development cantek xyah pedulik sgt psl berat dia. patu dia smbung lagik, kalu nk try gak bleh try pediasure. kitorg bg gak kat sami terus terang aku xtau ade beza ke tak dari segi pemakanan. ape ntah motif aku time tuh. sebabnye:

1.sami susu cukup, walaupon kat nurseri dia xbyk susu dia smbung susu mlm2 byk. dia suka gak minum air kosong.

2. makan? 'dia kuat makan kak, ade kawan kot' ckp teacher sami kat nurseri. psl makan sami mmg mcm mami dia kuat mkn. kalu lambat dia akan jerit kuat2

3. active? huishhh sami byk akal toksah nk ckp la keactifan dia tu hepi go lucky (main tulis aje ade perkataan tuh hehehehe)

4. kuat mkn kuat susu berat xnaik? mungkin sbb kadar metabolisme tinggi? part nih sami ikut papi dia kuat poop. sehari kalu 2 kali tak sah

5. sakit? terus terang aku salahkn nurseri sbb sami suka dijangkiti penyakit bese spt sesema dan demam. tapi paed dia ckp 'dont weri he's catching up'

6. imunisasi? sume sudah diberi baikyg wajib juga yg sunat. tinggal doa aje sihat sentiasa

kesimpulannye, sbb dia susu ok, mkn kuat, active xtentu hala biarlah dia begitu. terpulang nk kasik makanan pelengkap ke idak .

sekian harap membantu

Ely Hasrul said...

oh yea lupe nk cite psl bekal sami.

sbb aku nih overstt walaupon nurseri sedia makanan.. sume aku nk kasik sdr..cuma skang for lunch aje xbuat xsempat ditambah ngan malas duhhh

antara list menu utk bekal sami samada pagi ke ptg:

1. egg sandwich
2. mash potatoes
3. cookies
4. coco crunch
5. bread (aneka perisa)
6. spagetti
7. macaroni soup
8. mushroom soup with pasta
9. bihun goreng
10. kuew tiau soup
11. scramble egg
12. nugget & fries
13. franfutter

haaa itu antara yg sentiasa diulang2 la.. xtau la bebudak lein kt nurseri ade bekal tak tapi teacher dia ckp 'kitorg musti nk tgk ape bekal sami' hahahaah

sya_firwan said...

liza..sya pun amik Pediasure Complete yang coklat untuk Qistina..
tapi still tak de perubahan berat badan yang ketara..sama je..

Faizah said...

ringannya! patut ler ko gundah yer, bekalkan buah kot, pisang ke, roti ke hihi

Liz said...

ely> perggh, tabik spring dgn ko nye komen2. panjang berjela dan padat dgn info. ecece.

aku mmg over concern! hahaha..

sami ok la sbb setahun berat dia 9kg. tp tang berat x naik lepas setahun 7 bln tu, lain cite la ek.

batrisyia pun ada paed tp nun jauh di sban. x terpk nak cari paed kat cni sbb dah sayang dgn paed laki yg sgt caring ituu..

batrisyia mcm sami la. kalau lambat dpt mkn, dia jerit kuat-kuat.

list menu sami buat aku lapar tiba-tiba. thanks for the list. berkobar-kobar nak bgn pg n masak sambil tutup mata. hahaha..

sya> owh, xde perubahan ketara eh? nasib baik belum cuba lagi.

faizah> x gundah gulana lg.

Ely Hasrul said...

aah la cam ckp faizah.. kasik buah.. sami xsuka buah huishh payah! seb beik susu ibu xdek le poop dia keras. tapi 6kg tu aku pon concern.. napa la kite xmcm dorg.. kuat mkn tapi berat xnaik.. aku nih mkn sikit aje penimbang tu mcm dh nk tebalik hehehehhe

Mama-Miya a.k.a Jedi Hopeful a.k.a Proud Zakiah Khairani said...

miya sejak 2-3 menjak ni, mmg la berperang kalau i nak suap makan. so what i did, i bg finger food aje. letak macam2 dlm pinggan & kat atas meja yg dia boleh capai. so sambil dia main2 tu kalau dia teringin makan dia makan aa.after 2 minggu perhati, mmg miya makan lg byk gitu drpd amount yg i suap.

cth menu:
1)steam vege, fries& chicken nuggets/fish finger
2)cornflakes/any bulky cereal yg low GI, raisins, dried apricot.
3)cheese/penutbutter/hazelnut spread toast

i belasah aje sediakan anything yg filled with nutri & high calorie. ni ikut nasihat lady qay (blogger mom/dietitian).

i also bg pediasure sehari 3-5oz aje. so i know la dia cukup calorie nak jd tenaga for the day.

tp tu la..still berat dia underweight for her heights. kekadang malas nak pikir sgt. janji sihat & dia still makan.

Liz said...

mama miya> skrg mmg tgh intro finger food kat batrisyia.

miya still underweight ke? nmpk dia tembam! comel je. x sangka pulak dia underweight.

lady qay? camne nak contact dia?

AdwanEncem said...

hmmm... adwan pun gitu gak sejak 1 bulan lepas berat badan dia selepas demam nak tumbuh gg tuh berat dia hanya naik 300gm saja. dari 8.1kg ke 8.4 kg je timbang berat baru2 ni. makan??? hmmmm usah cakap la, apa yang kita makan sume dia nak, tp lasak nya tak hengat la. org2 tua ckp mungkin sebb dia tgh lasak n tgh meringankan badan nak berjalan. tp tak berjalan2 lagi pun. org lain dari merangkak nak berjalan, ni adwan dari merangkak dia buleh nak menjulur lak balik. lin perati 2-3 hari ni dia malas merangkak.... bila tegur dia leh ketawakan kita... macam2....

Liz said...

lin> 8 kilo tu ok la nak banding dgn anakku. haiyo!!!!

Mama-Miya a.k.a Jedi Hopeful a.k.a Proud Zakiah Khairani said...

ni blog http://ladyqay.blogspot.com/

luna said...

Liz,
Masa mula mula bergelar ibu, Sue selalu risau banyak perkara.
Demam sikit, risau. itu risau, ini risau (the list goes down)
Tapi berbekalkan pembacaan nan sedikit, hati mula lega. Contohnya bila anak demam, maknanya badan dia mula melawan infection dan suhu badan yang tinggi akan membunuh bakteria jahat tersebut. Which is good bila dia demam, kan?
Dan bila dia muntah, maknanya bagus sbb dia tak pandai buang kahak dan itu cara dia mengeluarkan kahaknya.
Sama seperti berat badan, Iki dari umur setahun sampailah sekarang 9kg ke 8 kg ke 8.5kg dan ke 8 kg semula.
Risau bila nampak tangan anak kita tak tembam macam dulu atau sekurang2nya macam anak orang lain.
Tapi kan, anak kita ada pace masing masing :)
Sama macam kita. Tapi kita tak risau pula bila kita tak chubby/tinggi/cantik/fit macam org lain...hihi (oh oh sue tak risau, tapi dah lali dengan hakikat yg Sue memang tembam-sekadar contoh)
Selagi-------- anak kita aktif, mahu minum susu ibu, mahu makan, mahu bermain, tidur dengan lena. She is just FINE :D
kecuali jika dia nampak lesu, lemah, tk berminat dengan mainan..barulah ibu perlu risau :)

Sekian, dari ibu yang dulu selalu risau :)

Liz said...

sue> thanks sue! tu la, cpat je nak risau. psl tu suka ngadu kat sue sbb sue berpengalaman

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.