Thursday, October 22, 2009

Udang Tempoyak Daun Kunyit



Memasak juadah utk keluarga bukanlah satu perkara yg mudah. Memasak tu mmg la senang tapi kalau dah kena memasak tiap-tiap hari, kadang-kadang buntu juga bila kena fikirkan menu utk hari itu.

Beberapa perkara kena dititikberatkan. Apa bahan utama? Nak masak pedas ke.. nak sup ke.. mau ke hubby mkn.

Setelah dpt idea, aku akan call dia dan dptkan approval. Wah, nak masak pun kena dptkan approval. Jgn main-main eh!

Tom Yam yg aku masak 2 hari lepas dpt markah B+. Hubby kata kalau nak dpt A, tom yam tu mesti rasa mcm tom yam kat Bangkok House. Pergh, kalau tom yam yg aku buat dah sama rasa mcm kat Bangkok House, baik aku buka kedai terus.

Jadi, semalam tiba-tiba tekak terasa nak mkn udang tempoyak. Nasib baik la dpt approval. Dgn semangatnya kitorang pegi beli brg. Aku tak penah masak udang tempoyak. So aku tanya mak aku.. aku cari resipi. Aku pilih resipi dr Ummi. Ummi kata dia dpt dr majalah Keluarga. Resipi majalah tu tak menggunakan santan. Aku ikut cara Ummi sbb setahu aku, aku tgk org mmg guna santan. Ada la sikit bahan yg aku ubah. This is my version.

Komen dr ketua keluarga merangkap juri: "Boleh la.. boleh buka kedai". Dia tambah nasi 3 kali katanya. Aku tak perasan sbb sibuk mengejar Batrisyia utk suapkan nasi.

UDANG TEMPOYAK DAUN KUNYIT

Bahan:
Udang 20 ekor
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan santan cair
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
2 helai daun kunyit - dihiris halus

Bahan kisar:
Cili padi - ikut suka nak pedas ke tak
3/4 sudu besar serbuk kunyit
3 sudu besar tempoyak
Sebahagian santan cair

Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan santan cair. Kacau selalu.
3. Masukkan udang dan kacau seketika.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Masukkan santan pekat. Kacau sesekali. Biarkan kuah sedikit pekat.
6. Taburkan dgn daun kunyit yg telah dihiris. Kacau seketika.
7. Tutup api dan siap dihidang.

6 scribble(s):

syira said...

udang tempoyak?
alerhaii..
kecur air liurku pepagi nih!

Mama-Miya a.k.a Jedi Hopeful said...

aaa..rindunye kat tempoyak..sini takde...so mmg la tu satu2 food yg i paling teringin..

Liz said...

syira> aih, apa lg. masak la mlm nie.

mama miya> opps, lupa lak org tu jauh kat OZ. kalau I post tempoyak kat you, mesti awal2 dan sangkut kat airport.

Mama-Miya a.k.a Jedi Hopeful said...

sebabkan u, i'm on the mission nak buat tempoyak sendiri ni..

esok nak gi cari durian murah..kat supermarket biasa ada jual yg fresh..tp mahal bapok...ni nak cari yg frozen kat asian groceries..wish me luck in finding it & making of my very own homemade tempoyak. selama ni tgk my dad buat aje..

WanYgBest said...

bagus la liz nih...mmg isteri solehah. teringat satu cerita zaman nabi dulu, yg si isteri sediakan kayu utk suami dia pukul kalau mskn dia x sedap. jadi, dptkan approval nak msk ape tu mmg sgt patut.

kat sini, wan klu nak msk pun, mesti tnya kawan, diorg makan ke x, klu mkn, baru buat. klu x, membazir je nnti...huhu...

Liz Rohaizat said...

mama miya> wahh, sanggup nak buat sndr! xpe.. sana mmg xde kan? ken la cari yg frozen kalau nak murah. lps ni leh masak tempoyak

wan> i'm far away from 'isteri solehah'. masih byk giler kekurangan. paling utama, kena kurangkan garang. hahaha..

ye la, kita kena ty org yg nak mkn lauk tu kan? kang dia x mkn, membazir.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.