Monday, October 05, 2009

Tak tahu pulak bila Batrisyia dah berumur setahun, dia terus nak ada boyfriend!

Hari Sabtu lepas, kami sambut hari lahir Batrisyia sekali lagi. Kali nie, utk family Cheras pulak. Sambutan yg sederhana itu dibuat di rumah kami di Hulu Langat. Sambil-sambil tu, buat la makan-makan sempena raya utk family dan jiran-jiran. Alhamdulillah, makanan selamat dihabiskan. Takde la membazir.

Hubby belikan kek Hazel Cheese sbb tak puas mkn cake tu masa sambutan kali pertama pd 2 Syawal yg lalu. Cake tu mmg sedap la kan.. psl tu kali nie pun, cake tu cepat je habis.


Kalau kat Seremban, Batrisyia dpt baju-baju sebagai hadiah. Kali nie, dia dpt mcm-mcm jenis mainan dan 2 pasang baju. Dia paling suka main dgn mainan yg abi dia belikan.

Wah, Batrisyia dah officially berumur setahun! Tak boleh panggil baby lagi. Skrg, dia dah boleh buat mcm2. Cuma masih belum berjalan je lagi. Suka cruising je. Tak kesah la. Biar la nak ikut suka dia pilih masa yg sesuai utk berjalan sendiri.

Dia suka naik motor. Kalau ada motor lalu sebelah dia, mesti dia nak tegur. Aku rasa ramai yg confuse dgn anak aku bila dia dgn mesranya menjerit dgn penunggang motosikal. Nasib baik la hubby tinggalkan motor kat Cheras. Kalau tak, mau tiap-tiap petang kena bwk Batrisyia jln2 naik motor keliling rumah.


Perut dia pulak dah masuk mcm2 jenis makanan. Tambahan pulak bila dah reti mkn sendiri. Nasib baik umur dah setahun. Jadi, kurang sikit la makanan yg dia tak boleh mkn. Setakat nie, aku masih tak bagi dia mkn benda yg manis-manis sgt. Kalau pegi beraya, bg la dia mkn kuih raya tu sikit-sikit sbb kalau aku tak bagi, dia akan menjerit kuat-kuat sampai kitorang sakit telinga. Kalau tuan rumah sediakan makanan yg tak pedas, baru la boleh bg dia makan puas-puas. Mcm masa pegi beraya semalam, beriye dia mkn nasi Hujan Panas (nasi sahaja) dan meehoon goreng (yg xde cili langsung). Bertambah-tambah you! Terkejut tuan rumah tgk sbb orgnya kecil molek aje tp mkn bersungguh.

Memandangkan umur Batrisyia dah setahun, maka dia buat keputusan utk memperkenalkan boyfriend dia.

Let me introduce you to Darwisy.

He has a chinese look.
He has dimples!
He is a tough boy. Ececece
He is always be with her.. wah, ni kriteria yg paling penting okay!

Mari layan gambar mereka.


Baju sama biru


Minum susu mesti sebelah menyebelah eh

Main pun mesti sama-sama

Badan haruslah gagah perkasa walaupun mereka sebaya agar
dpt protect anakku yg kecil molek


Mari saya posing mcm boyband sikit.. mesti umi terpikat.

8 scribble(s):

Mama-Miya a.k.a Jedi Hopeful a.k.a Proud Zakiah Khairani said...

waaa..happy nye bersosial..

eh mmg girls suka kawan2 dgn boys kot. miya kat playground, dia play better with boys than girls..girls cam tak layan dia sgt cam boys do.

p!nkerton said...

hehehe cute gile ok! kecik2 dah pandai eh batrisyia ;)
*wah gigi dia dah banyak hehe

Liz said...

mama miya> hehe, cikgu dia yg tlg tangkapkan kat nursery. ada jamuan hari raya. tu yg bg camera kat taska.

maybe juga. mmg i tgk, batrisyia pun suka main dgn boys.

fatih> yeah, mcm baru je aku lahirkan dia. lps ni dia bwk balik calon suami lak. hahahaha..

gigi ada 4 batang dah keluar sepenuhnya. ada lagi 2 batang sipu-sipu malu nak keluar.

ezan said...

hehehe.. ensem boypren batrisya.. pandai memilih.. hehehe...

btw, happy 1st birthday batrisya.. :)

Liz said...

ezan> "kami hanya kawan. no gossip, please".

ahaha

luna said...

Happy birthday Batrisyia..

dan pilihan hati Batrisyia tu, omak suka...ekkeke hensem :)

Rasi pula mereka berkawan berdua ..hihi

luna said...

Happy birthday Batrisyia..

dan pilihan hati Batrisyia tu, omak suka...ekkeke hensem :)

Rasi pula mereka berkawan berdua ..hihi

Liz said...

sue> ececece...

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.