Thursday, October 29, 2009

Siapa yang aku jumpa di kedai mamak?

Selalunya, aku akan bersarapan di kedai mamak setiap pagi. Rutin yang bermula sejak aku pregnant sbb masa pregnant, aku kena breakfast. Kalau tak, kelaparan la nak tunggu lunch hour.

Pekerja kat sana (cashier, tukang tebar roti canai, tukang bancuh air, tukang ambil order) tau aku akan pesan "roti kosong, banjir kuah dhal.. sambal sikit. air neslo ais!". Tu pada awalnya.

Kdg-kdg, aku order milo suam, kopi radix, nescafe, three layer tea.. bergantung pada mood aku. Wah, nak mkn pun kena tgk mood eh! Sejak tu, kalau nampak muka aku, diorg akan tanya "Air apa? Neslo ais? Three Layer Tea? Radix?". Hehehe.. comel je masing-masing.

Bkn aku sorang aje yg selalu bersarapan di sana.

Ada sorang pakcik yg tak terlalu tua.. mungkin awal 40-an, selalu minum sana. Dia akan pesan roti canai, air teh tarik dan segelas air suam. Kdg-kdg, dia akan baca suratkhabar. Dia akan pakai t-shirt warna putih dan seluar slack warna hitam. Orangnya tenang. Mungkin tidak bekerja atau mungkin kerja shift ptg.

Ada 2 sahabat, aku kira sahabat atau mungkin kawan. Yang pasti bkn dr tmpt kerja yg sama. Seorang akan memakai cap. Pakaiannya ringkas, t-shirt dan jeans. Seorang lagi, agak kemas penampilannya. Rambut berminyak dan disikat rapi. Eh, tak nampak nerd pun. Dia akan pakai sweater motor warna coklat. Mereka akan duduk di meja biasa, meja paling belakang! Duduk bkn bertentangan tapi sebelah menyebelah. Mungkin ingin memerhatikan gelagat orang lain.

Ada lagi satu couple. Aku panggil couple sbb mereka lelaki dan perempuan, berdua. Jgn salah anggap. Mereka bukan pasangan kekasih. Lelaki berumur 20-an. Perempuan berumur mungkin awal 40-an atau 50-an. Sudah beruban sedikit. Lelaki Melayu dan perempuan India. Agak menarik melihat mereka. Agaknya apa hubungan mereka sbb mereka nampak rapat dan mesra. Rasa mcm nak tanya aje. Ya, aku busy body! Hati mmg teringin nak tau macam mana mereka boleh kenal dan kenapa mereka selalu bersarapan bersama-sama. Kdg-kdg, yg perempuan akan bayar bil. Kdg-kdg, lelaki akan bayar. Pagi tadi lepas bersarapan, perempuan tu ambil sepinggan kuih-muih dan dia suruh lelaki tu makan. Aku duduk dekat dgn meja diorg. Jadi aku dgr perbualan diorg.

Lelaki: Eh, apa nie?
Perempuan: Ala, makan la.
Lelaki: Dah kenyang.
Perempuan: Ish, makan aje la.

Suaranya kedengaran seperti seorang ibu yg menyuruh anak dia menghabiskan makanan. Hmm, aku suka tgk diorg.

Aku? Aku hanya observer. Orang lain mungkin tgk sebagai seorang perempuan yg comot, hanya berselipar (aku taknak pakai high heels di jalan tar sbb nanti heels nye haus dan cepat rosak.. boleh?) dan asyik order benda yg sama.. mcm tak bosan-bosan!

Kdg-kala, mmg seronok memerhatikan manusia di keliling kita.

Anyway, birth poster yg dibuat khas utk Batrisyia telah selamat dihantar ke kedai frame, di frame kan, dipulangkan pada kami dan digantung di dinding rumah. Tak jemu mata memandang frame nie. Batrisyia pun asyik pandang dan sesekali tunjuk frame tu.


Cantik kan?

2 scribble(s):

lisha said...

liz, that looks pretty dah framed camtu. thanks for your support. glad u & baby like it.

Liz Rohaizat said...

lisha> mmg cantik. suka sgt. mmg mlm td, batrisyia kejap2 tunjuk kat poster tu.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.