Monday, October 12, 2009

Sambal Belacan dlm botol keluaran G-Tra


Sapa dgr Sinar FM, mesti pernah dgr satu iklan ttg perencah kerabu dan belacan dlm botol. Iklan tu tgh famous skrg nie.

Yes, now korang boleh dpt sambal belacan dlm botol. Jadi pada mereka yg berada di perantauan, boleh la beli byk-byk dan buat stok kot-kot tiba-tiba rasa nak mkn belacan. Hehehe..

Mak aku yg perkenalkan belacan dari G-Tra ni. Katanya, ada org dtg ke sekolah dan buat promotion kat cikgu-cikgu sekolah tu. Orang tu kata, boleh buat perencah utk masak nasi goreng. Mak aku saja je beli sebotol. Kitorang ni pun rasa dan berkenan di tekak masing-masing. Sejak dari hari tu, mmg mesti ada sebotol sambal belacan ready made dlm peti ais. Bila dah hampir habis, cepat-cepat sms mak aku minta belikan lagi sebotol.

Korang boleh pilih samada nak buat sambal belacan from scratch atau nak buka penutup botol je. Haha, giler pemalas aku ni eh! Kami hidup berdua. Dlm tiga org kat rumah tu, hanya 2 org saja dibenarkan mkn belacan. Lagi pun, bkn boleh mkn belacan tiap-tiap hari kan? Ditambah pula dgn kerja-kerja rumahtangga yg jauh lebih penting drpd membuat sambal belacan from scratch, maka beli yg dlm botol aje la. Walaupun dlm botol tp sedap sungguh! Nak lg sedap? Perah je asam limau. Meleleh air liur!

Bunyinya mcm aku selalu mkn sambal belacan. Yes and no. Yes, aku suka sambal belacan. But no, botol tu cepat habis bkn sbb aku selalu mkn.

Orang yg jual tu ckp, leh buat perencah nasi goreng. Mak aku x penah cuba tp aku beranikan diri cuba. Utk semangkuk nasi 2 org yg tak terlalu kebulur mkn, aku hanya perlukan dlm 5 ulas bawang kecil, ikan bilis goreng, kentang potong dadu kecil2 dan digoreng dan 2 sudu besar sambal belacan G-tra. Tumis bawang, masukkan sambal belacan, kacau kejap, masukkan nasi, ikan bilis dan kentang. Kacau rata. Rasa sikit. Kalau ok, xyah letak garam. Kalau tawar, tabur garam sikit aje n leh letak sambal belacan lg kalau nak pedas sgt. Siap! 5 minit dah siap. Gerenti sedap. (Abang, sedap kan Liza masak? Agaknya sedap la kan sbb abang mkn bertambah)

Jadi kalau aku kata aku masak Nasi Goreng Belacan tu, tak perlu la imagine aku bersungguh-sungguh buat mcm kat kedai.

Nak cuba tp tak tau kat mane nak beli? Aku pun taktau nak beli kat mana. Selalu order kat mak aku je sbb org tu selalu dtg jual kat sek dia. Kalau nak, aku boleh la tlg.

7 scribble(s):

Ely Hasrul said...

huishh bunyik cam sedap.. nak la jugek mencubanye.. kena google mana nk beli

Mama-Miya a.k.a Jedi Hopeful said...

waahh...kalau ada dlm my fridge and nampak dik mak mertua ku ni mau kena kutuk. tp mmg sungguh la, i tak reti buat sambal belacan..dah berpuluh kali buat, tak menjadi.

Liz said...

ely> haa, sila google

mama miya> botol ni x pernah keluar utk tetamu eh. ni jd hak milik sulit org kat rumah je. naya kalau mak mertua nmpk. tp kalau mak sndr nmpk,tu takpe. sbb dia yg rekemen kan

luvhaziq said...

salam...
saya pn pguna sambal g-tra.blk kg kt jitra mmg beli sedozen bt stok.lgpn mudah,xpayah pakai lesung

Liz said...

luvhaziq> wah, org jitra ke? beli sedozen? boleh la jual kat kwn2. kalau buat sndr lg best tp kalau nak yg segera, ni pun dah ok kan?

luna said...

Menarik...........kalau Liz beli, belikan sue sebotol. Bolehla Sue masak masa dalam pantang nanti..hihi

MarDiah said...

kat kg melayu, jb ada sambal ulek. kaler hijau. content cili, padi, bwg putih, bwg merah, halia, etc.. tak igt dah... sedap gak, buat erncah sayur n nasi goreng biler emergency... tmbh lada lagi kalau nak laagi pedas.. hb suke mkn pedas yg sampai keluar air mata bila dia makan..

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.