Thursday, October 08, 2009

Learn to talk

Anakku kekenyangan semalam.

Kami bawa dia ke pasar malam. She was so excited looking at the foods.Sampai di rumah, dia mula buat muka kelaparan bila tgk abi dia mkn kuih. Menjerit-jerit nak minta sikit tp hubby tak bagi. Hubby bg dia Hazel Cheese Cake sikit. Lepas tu hubby bg dia biskut. Dpt biskut, dia terus duduk diam-diam kat high chair. Khusyuk! Dpt la hubby mandi dan solat sementara aku masakkan Nasi Goreng Planta utk Batrisyia, Nasi Goreng Belacan utk kami, nuggets, leher ayam goreng rangup (hubby nak) dan potong buah tembikai utk pencuci mulut. By 8pm, dinner was served.

Kali ni, Batrisyia ambil masa utk kunyah makanan dia. Sampai setengah pinggan, dia mula slow down. Tersandar kat high chair. Tapi bila suap, mulut nganga lagi. Tapi lebih kurang tinggal suku je nasi dr portion asal, dia taknak lagi. Mulut tak nganga. Mmg tersandar ala-ala perut nak meletup. Comel je buat muka kekenyangan sambil geleng-geleng kepala.

Lepas tu dia dah tak larat. Nak main blocks pun dah tak larat. Instead, dia joined abi dia tgk Alient vs Monster. I took my own sweet time basuh baju dan mandi. 30 minutes later, I joined them at the living room. Sekejap je, Batrisyia ajak masuk tido. Sekejap je layan dia, dia dah tido.

Batrisyia dah mula mengikut apa yg org ckp. Dia dah mula simpan vocab dlm otak. Kdg2, terpacul beberapa perkataan dr mulut dia. Tapi kdg2, kita suruh dia sebut pun, dia takmo sebut. Di masa dan tempat tertentu je dia akan ckp.

A few words yg dia tau/kami pernah dgr ialah:

Nak ~ Nak
Ci ~ Cuci
Tet ~ Cat
Atek ~ Cantik
Dah ~ Dah
Aby ~ Baby
Ish ~ Danish (sepupu dia)

Sometimes, leh dgr dia humming lagu yg aku pernah dgrkan. Tp ni tak selalu.

Dia juga dah pandai nak tunjuk jari telunjuk kat org ala-ala nak ckp "Aaa.. aaa.. tak tau.. ".

Now, tgh belajar nak buat flying kiss. So far, bunyi kiss je yg lebih.

Kalau tanya dia, "Mana mata?", dia akan kecikkan dan kelip-kelipkan mata.

Best kan ada anak? Kalau boleh semua cerita psl dia aku nak blog. Hahaha.

Wait till you have yours. You'll understand what I mean.

2 scribble(s):

andy said...

me 1st time here...blog hopping! hehe..anyway welcome to my blog ya... leave your link so i can track your back and club link u as well ok :)

Liz said...

hi andy.. this is not ur first time. but yeah, this time I'll leave my link. last time, i masuk and baca je.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.