Tuesday, October 20, 2009

Is your child a picky eater?

Seperti yg diketahui umum, Batrisyia akan makan apa saja yg sedap kecuali buah-buahan. Buah yg dia suka mkn hanyalah pisang dan kurma. Kalau buah lain, mmg dia akan ketap mulut.

Tapi adakah itu bermaksud aku tak bagi Batrisyia mkn buah?

Mcm Mama Miya pernah ckp, I have to be sneaky with my daughter.. hehehe..

Batrisyia tak mkn mangga tp dia suka Calciyum perisa mangga. Perisa lain dia mcm x berkenan di hati tp kalau bagi perisa mangga, laju je dia nganga mulut. Jadi, dia mkn mangga tp dlm bentuk lain.

Batrisyia tak mkn betik tp umi dia diam-diam letak betik hancur dlm scramble egg dia. Sekali pandang, orang akan ingat aku letak carrot. Hehe.. rasanya tetap umpph! Aku bkn masak betik sekali tau. Apa yg aku buat ialah aku masak scramble egg dulu. Pastu baru kacau rata dgn betik. Takde la khasiat betik tu hilang ketika proses memasak.

Masa dia tak suka pisang dulu, aku letak pisang dlm oat yg dia makan utk breakfast. Dia suka. Tapi skrg dah suka pisang. Hanya perlu kupas kulit dan beri dia mkn. Pisang adalah buah yg paling senang yer puan-puan. Tak perlu basuh. Tak perlu kupas kulit pakai pisau. Paling senang nak bawa pegi travel. Tak payah bwk pun. Beli je kat kedai.

Kalau anak x suka epal, boleh buat jus epal tp tanpa gula. Kena kreatif ye.

Mcm tu juga kalau anak tak mkn sayur. Ko nak dgr ckp anak yg baru umur setahun ke? Kalau dia tak mkn sayur, ko pun taknak bagi sayur lagi? Cuba masukkan sayur dlm sup. Cuba blend and masukkan dlm makanan yg lain.. scramble egg.. cake.. muffin.. pasta. Mcm-mcm boleh buat.

Mcm mana dgn anak yg taknak mkn ayam/ikan? Potong kecil-kecil dan gaul dgn nasi ke. Cuba suap.

Kena usaha. Jgn dgr ckp selera anak yg baru umur setahun.

Mama Miya ada bg tips kat aku. Sediakan mcm2 jenis finger foods dan letak kat meja. Anak bila tgh main, nnt dia akan ambil sendiri dan mkn.. dan mkn.. dan mkn. Tanpa sedar, amaun yg dia mkn tu lg banyak dr amaun yg dia akan mkn bila kita suapkan.

Mcm tu yg aku buat dgn Batrisyia. Time dia khusyuk main, kitorang bg dia finger foods dan makanan-makanan ringan mcm calciyum dan cheestik. Bila nak mkn berat, aku lagi suka dia mkn time kitorang mkn kerana selera dia akan naik mendadak bila tgk org lain mkn. Tup tup je dia pun sibuk nak mkn. That’s a bonus! Tak perlu nak paksa dia nganga mulut.

Anak korang picky eater tak? Kalau ya, apa yg korang buat utk make sure zat pemakanan dia seimbang? Maybe boleh share agar jadi panduan utk other mommies. Kot-kot ada recipe ke, boleh gak share.

*Psst.. aku nak masak tom yam malam nie. Tom yam mesti la ada baby corn kan? Tp hubby tak mkn baby corn. Do I have to be sneaky with him? Hehehe..

6 scribble(s):

cintaKusayangMu said...

bagus2...kita kena usaha bg ank2 mkn..walaupu dorg xnk mkn tu ni...yg penting..kretip...hehehe

Mama-Miya a.k.a Jedi Hopeful said...

ini la kisah anak2 kita kan? nak kena trick dia. kekadang tu miya excited aje nak try something new. then dia bosan. so tu la kisahnye i suggest moms bg variety kat budak2 ni supaya dia excited ingat tu benda baru & wajib kena try makan. kikiki..

ni tgh pikir nak try buat kawaai bento. bak buat mini sandwich bentuk2 cute potong dgn cookie cutter.

memacam la anak2 ni kan sejak dia dah smart ni. so kita yg kena outsmart dia.

p!nkerton said...

ko mmg terer bab2 mknn homemade ni hehe.. bagus2. aku setuju bab kite kene kreatif prepare mknn drg & kena ajar drg mkn semua (sayur etc) jgn kita pulak ikut cakap drg kan ;p seronok kan prepare homemade babyfood ni, mcm main masak2 mase kecik. mcm experiment pun ye jugak :D

Liz said...

qis> yeah, apa saja utk anak.

mama miya> wah, nak buat kawaii bento lak! mmg ramai dah buat kan? cam cute je. tp lambat lg utk batrisyia kot sbb dia pun tak nmpk benda tu cute lg. haha.. tunggu la beberapa bln anak dtg. mak dia lak sibuk nak buat kawaii bento.

senyum je baca ur latest post psl demi anak, sanggup vacuum umah tiap2 hari sbb anak mkn bersepah. quite true! sy xde la sampai vacuum rumah sbb xde carpet. cuma my hubby kagum kot tgk i tak kesah biar anak mkn sepah2, pastu dgn rajinnya gi kutip, lap n kemas satu-satu lps abes mkn. tak kesah la beb.

fatih> xde la terer aku der. cuma pandai2 pk sndr. anak aku jd bahan eksperiment je la. haha

Ely Hasrul said...

hah bagus sungguh letak betik kt scramble egg. tapi aku xmkn betik ahhaha maknye la plak yg mngada. smlm kasik sami pisang.. dia mkn baekk aje ropenye dia simpan dlm mulut patu dia kuarkn last aku goreng pisang tuh kasik dia mkn abis plakk haihhh pasan gak dia nih.. yg fresh2 xmo tp kalu rebus, salai goreng tu mau pulak.. nih nk bukak buku recipe nehhh

Liz said...

ely> terpk nak letak betik sbb time tu xde carrot. pastu tgk ada betik dgn peti ais. so apa lagi, terus hancur pakai tgn n campak je dlm mangkuk. gaul2.. aku rasa dulu.. sedap pulak. hahah..

budak2 mmg pelik kan.. xnak pisang tp mkn pisang goreng.. bendanya sama je tp mungkin lg sedap kot!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.