Monday, October 19, 2009

Berapakah jumlah anak yg ideal utk keluarga anda?

Family planning.

Ok, aku bkn nak bincang ttg cara-cara korang buat family planning.. no.. no..no.

Apa yg aku nak bincangkan ialah BERAPA ORANG ANAK YG KORANG NAK?

Soalan ni maybe dah ditanya masa zaman bercinta ke, zaman baru berkenalan ke (ni sah giler straight forward kalau baru je kenal terus tanya soalah nie), lepas nikah ke.. x kesah la kan.

Mesti ada tanya punya la.. walaupun sekali.. dan mungkin berkali-kali sbb nakkan confirmation jawapan yg keluar dr mulut pihak lagi satu (kalau pihak lagi satu ckp "Nak 12 anak".. gerenti korang akan sentiasa check samada hajat tu betul-betul nak ditunaikan atau sekadar gurauan aje).

Aku dtg dari family yg sederhana besar. 5 org adik beradik. My hubby pun 5 org adik beradik. Belah mak aku, 8 org adik beradik. Belah ayah pulak, 12 org adik beradik. Selalunya, ada 5 org anak tu dikira standard SIZE la utk sebuah family.

At first, aku pun rasa 5 orang tu kira ok la kan.. nak 4 pun dah kira ok. But setelah difikirkan, aku nak 2-3 aje, sesuai dgn usia hubby. Ko bayangkan je la eh.. Bila Batrisyia umur 20 tahun, hubby ku umurnya 60 tahun. Daku pula baru 47 tahun. Tu baru anak first. Katakanlah second child lahir pada tahun 2011, masa umur dia 20 tahun, abinya berumur 62 tahun. Aku pulak, 49 tahun. See.. see.. jauhnya beza kan?

I did mentioned about this age thingy.. tp dia tak heran pun. Aku sorang je yg heran. Dia masih nak anak yg ramai.

Last weekend, aku saja borak-borak pasal second child.

Me: Anak kedua nnt, nak pantang kat sini je la. Kat rumah sendiri.
Hubby: Sini?
Me: Ye la, bkn susah pun.
Hubby: Habis la abang. Tiap-tiap hari mkn bubur dgn ikan bilis.
Me: Hah? Apsal nak kena mkn camtu lak? Masak mcm biasa je la.
Hubby: Urm..
Me: Skrg nie, ramai org dah pantang sendiri bila masuk anak kedua tau. Bkn susah pun. Abang tolong sikit-sikit je. Pagi-pagi, tlg masakkan air. Nanti Liza mandikan baby sendiri. Tgh hari, Liza leh mkn ikan goreng dgn sayur sawi je (Tiba2 air liur meleleh bila teringat kat lauk pantang.. ape kes?). Ptg baru la masak utk abang.
Hubby:.... (senyap weih)
Me: Batrisyia anta la gi nursery. Malam, kita jaga diorg sama-sama. Takyah la abang nak blk Sban tiap2 minggu.
Hubby: Susah la. Nanati Batrisyia nangis dlm keta, nak sumbat apa?
Me: Ala, time tu dia dah besar. Dah tak menyusu lagi. Kalau dia menyusu pun, bagi la dlm botol.

(dan dia mula bayangkan dlm kepala dia kot. Aku pun lagi la nyakat)

Me: Ni la nak rasa jaga anak sama-sama. Sama-sama layan dia nangis malam-malam. Sama-sama tak tido. Dulu abang rasa time weekend je. Gerenti kurus.

(Believe it or not, lepas seminggu dia teman aku berpantang, ramai kata dia dah kurus sbb x cukup rehat)

Hubby: Ishh, kalau camtu takyah la beranak lagi.
Me: Hehe.. apsal lak?
Hubby: Nanti abang nak kena basuh baju.

SEE... drpd sibuk nak anak ramai.. terus pendamkan hasrat semata-mata taknak basuh baju. Kelakar la dia ni tau!

Ok, let's get serious.

Berapakah jumlah anak yg ideal utk keluarga korang?

8 scribble(s):

cucimatashop said...

I want 6. Already have 5, waiting for the 6th to arrive this coming January 2010.

Ely Hasrul said...

papi nak lagik.. nak anak pompan katanya.. kalu second boy, dia nak lagik.. nak smpai dpt anak pompan.. abis kalu dpt 5 anak laki? aku cukup lah sami tu sorg. kalu nk pegnen lagik pon sekalik aje la. dua anak pon dh cukup. dua2 laki pon xpe.. aku ade perasaan kalu pegnen lagik dpt anak laki.. napa ntah maybe aku xleh terima kot ade pompan dlm family.. competition hahaha bese la aku drama aje lebeh hahahha. memandangkn aku 3 beradik dan papi pon anak tunggal, cukup la sekadar sorang atau d..u..a..

errrr..

izzahazfar said...

aci tak kalau nak ramai..?hehehe..zah dan suami mmg teringin nak ramai..sebab anak mmg beri rezeki pada kami berdua..

huhuhu..zah pun teringin nak pantang sendiri..tp sebab zah sorg je pompuan dlm family..maybe ibu juga la yg akan jaga..

p/s: bila nak bg adik kat batrisya..?

Mama-Miya a.k.a Jedi Hopeful said...

i want a set of football team or 2 set basketball team. dr awal2 kawin dulu dah plan camtu. so nanti bila miya dah besar, we all akan beli kereta wagon as her 1st car. so dia kena bwk adik2, while me & hubby akan naik sports car berdua. kikikikiki..

jannahrais said...

Soalan ni tak susah tp payah la nak jawab..hihi
Tp akak dgn abg tomi plan lebih kurang gini la..akan trus buat anak sblm umur kami 40 tahun,jarak tiap anak antara 2 ke 3 tahun..hihi tertakluk kpd pindaan..sekian.

Liz said...

cucimatashop> wow.. dah ramai anak eh? bagus la.

ely> ceh, ape kes nak jealous dgn anak sndr? haha...

izzah> aci je kalau nak anak ramai. bergantung pd kemampuan masing2. adik batrisyia? tunggu la batrisyia sambut 2nd birthday dia dulu.

mama miya> amboi, anak2 naik wagon. mak ayah dia naik sport car? nak melaram mcm org muda la eh!

kak jannah> mmg selalunya org buat jarak 2-3 tahun kan? so selalunya dlm umur 40 tahun tu, leh dpt 5 org anak.

* actually, aku x kesah nak anak berapa. ramai pun boleh. tp sbb umur aku dgn hubby beza 13 tahun, aku taknak la orang ingat ayah kpd anak2 aku tu atok diorg. paham ke? nnt x sempat lak hubby aku nak tgk anak-anak dia kahwin. mmg la ajal maut di tgn Tuhan. mana la tau aku pegi dulu.. tinggalkan dia dgn anak2 yg ramai. kesian lak dia. susah2 je nak cari mak lain (heepp, abang jgn pasang angan2 nak cari org lain lps liza takde eh!)

Faizah said...

Dulu masa kapel, laki aku cakap dia nak 2 je anak. Ni baru je tny ari tu, dia jawab ntah hahahah. Laki aku 8 adik badik. Aku plk dulu masa solo, berangan nak 6 anak. Hihihi. Skang ni dh jd laki aku, aku jwb ntah. Tp aku rancang nak stop pregnant umo 35, insyaAllah. So leh plan 5 anak. Hahaahah, berangan, berangan. Mudah mudahan :)

Jullizah 87 said...

kalau saya family planing nak dua jak kot .. itupun tunggu baby first ni besar dah sekolah dulu bukan apa saya suri rumah sepenuh masa, jadi badjet semua d tanggung hubby kesianla dia kalu kami tak plan jumlah anak betul2... hubby kesian.. saya kesian... anak pun kesian...tp tu semua rezeki tuhan tidak saya pertikaikan cuma... apa salahnya kalau kita MERANCANG AKA FAMILY PLANNING kitakan dah di kurniakan akal untuk berfikir...
so
renung2kanla selamat beramal

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.