Wednesday, September 02, 2009

Suspect Influenza A H1N1

Lama dah Batrisyia tak demam. Setakat batuk dan selesema sekejap-sekejap tu ada la. Jadi, bila dia demam hari Sabtu lepas, aku tak menjangkakan demam dia akan berlarutan hingga beberapa hari.

Kebetulan, jumaat malam tu dia tidur lambat. Balik kampung la katakan. Ada pulak sepupu dia Danish yg tgh lasak tu. Danish sibuk main huhahuha sampai pkul 12 malam. Cik adik manis ni pulak mcm susah nak lelapkan mata. Dok tgk Danish main. Malam tu, dia tidur lepas midnight dan bgn seawal pukul 5 pagi. Orang lain bgn sahur, dia pun nak bgn. Agaknya sbb badan letih x cukup tidur, dia pun demam.

ATAU

(Kemungkinan ni aku br terfikir pagi td)
Dia menangis teruk masa jumaat ptg tu gara-gara nak lepaskan diri dr baby car seat. Dah la kitorang berdua je dlm kereta. Jadi mana mungkin aku nak lepaskan dia. Maka, dia meraung dgn hebatnya di sepanjang perjalanan balik ke Langat. Diburukkan dgn keadaan trafik yg sesak, ada la 30 minit dia menangis. Agaknya pastu dia sakit tekak dan akhirnya demam.

Ok, berbalik pada cerita awal tadi. Bila kami kembali ke Langat hari Isnin lepas, demam dia x baik-baik lagi. Jadi, kami mula bg ubat demam. Demam dia kebah sekejap. Mlm tu bg lagi. Tapi lepas tu, demam dia x kebah. Suhu terus naik dan naik dan naik sampai cecah 39.2 darjah celcius. Plan utk bekerja setengah hari pada hari Selasa terpaksa ditukar kepada tak payah pegi kerja langsung sbb nak bwk dia jumpa paed. (15 minutes before midnite weih aku tepon bos aku, bgtau yg aku x dtg keje. Dia siap leh argue dgn aku kenapa x bwk anak gi klinik masa cuti. Ish, nama pun dah cuti. Mane ada paed clinic yg buka. Sabar je la).

Pagi Selasa, hubby called kwn dia; abg Kasim. Dia ni keje kat DBKL bahagian ubat-ubatan la. Kitorang kan dah pangkah Dr. Ho kat Pandan Indah tu. Jadi, kena la cari clinic lain. Abg Kasim cadangkan 2 buah klinik dan seorang paed di Hospital Pantai Ampang. Hubby called clinics tp diorg x buat test H1N1. Sudahnya, kena la pegi Hospital Pantai Ampang. Buat appointment utk jumpa Dr. Khoo.

Tgh hari, kami sampai di sana. Kat luar lg, nurse kata kena check suhu. Masa pagi tu, suhu Batrisyia cuma 38.2 tapi bila nurse tu check, dah naik sampai ke 39.9. Nurse muka panik. Mak nye ni lagi la panik sbb tinggi sgt. Ikut prosedur, kena bwk pg Emergency Room utk buat saringan.

Kat sana, ada 2 tests. Saringan utk Influenza dan Influenza A H1N1. Utk Influenza, mereka hanya akan ambil sample mukus dlm hidung. Berlainan dgn H1N1, sample darah akan diambil. Seleps 15 minit, Batrisyia disahkan tidak menghidap sebarang virus Influenza. Alhamdulillah.

So kami terus jumpa Dr. Khoo. Dr. tgk semua.. doktor ckp tekak dia merah. Maybe sbb tu dia sakit dan badan x tahan. Dpt la beberapa jenis ubat utk dimakan termasuk la ubat selesema (standby kalau dia selesema asyik nangis je) dan antibiotik (yg mana aku x bg langsung sampai skrg). Dua ubat ni je yg aku masih belum bagi.

Alhamdulillah, demam dia dah kebah sejak semalam. Cuma dia masih meragam. Malam tadi mmg x keruan dibuatnya sbb dia meraung-raung dan menjerit-jerit. Berbuka pun dlm masa yg sgt singkat sbb kesian tgk dia menangis. Sudahnya hubby bwk dia masuk bilik, baca surah Yasin sambil dukung dia. Akhirnya dia tertido.

Kalau sebelum ni aku hanya pakai mask di luar rumah dan di luar office, hari nie dlm office pun aku pakai. Biarlah mencegah sebelum terlambat.

It's not late to take action.

9 scribble(s):

maisy said...

diorg amik darah tak?? ape pun..kene monitor closely..berlarutan ke tidak..before H1N1 tak glemer agik,Dina ade gak demam seminggu..aku urge doc amik darah die(aku dah aware H1N! nih)..doc tnk..sian kat budak katenye..ade ke?nasib betul tak demam tuh..if tak betul,aku saman doc tu..

Bahaya tu..budak tgh lemah senang lagi kene penyakit lain...

Demam kuat,ko tak masuk ubat punggung ke?..risau aa budak kecik..budak besar Dina pon aku risau...

Mandi tak boleh lama..rambut takbleh mandi byk..nanti cepat selsema(tu anak aku aa)..kipas takle direct ke muke..jauh2..tak bg kene direct panas sgt...budak tak tahan...

Jgn bg die terlampau byk jerit..sakit tekak..sume aa tak boleh..janji jgn fall sick time virus cam nih....Rase cam terlampau control kan.. tp itula..if anak dah sakit,kerja pon berterabur...

Hope Batrisyia get well ASAP...

Mama-Miya a.k.a Jedi Hopeful a.k.a Proud Zakiah Khairani said...

get well soon & hope all of u take care ok..

Liz said...

maisya> ada 2 tests. first, utk check ada virus influenza atau tak. tu just ambil sample dlm hidung. kalau positive, br proceed to test utk H1N1. since anak aku awal2 dah negative, x perlu proceed to the 2nd test. alhamdulillah.

bab kesihatan anak, jgn la nak sayang sgt kan?

demam dia mula2 biasa2 je. start kuat isnin mlm la. so mlm tu buat sponging and ambil suhu setiap sejam. pagi tu terus buat appt jumpa doc. sampai sane,doc masuk ubat bontot.

x mandi pun. lap2 je.

x dpt nak tahan kalau dia nak jerit. takkan nak tutup mulut dia. hehe.. tp mmg dimanjakan sungguh la. xnak bg dia hangin satu badan.

mama miya> thanks. mmg takut betul skrg.

Hayatie said...

sian batrisya..azri pun tetiba je suhu naik semalam ..get well soon yer lil batrisya

Hayatie said...

sian batrisya..azri pun tetiba je suhu naik semalam ..get well soon yer lil batrisya

cintaKusayangMu said...

nape xbg dia antibiotic tu???
ader sbb doc bg antibiotic n syarat antbtc ni kita kena mkn smpi abis..klu xnnt..tubuh kita akn senang di serang lg bacteria yg sewktu dgnnye...

smoga cpt sihat ye syg...

Liz said...

hayatie> thanks. mmg ramai budak demam skrg nie

qis> ku mmg cuba elakkan nak bg anak antibiotik. plus, ku suspect anakku mcm nak kena campak. so nak tgk camne.

kalau boleh, taknak anak mkn mcm2 jenis ubat. tak elok. lain la kalau sakit teruk. alhamdulillah. demam dah baik.

Ely Hasrul said...

salam..siannye.. ..xmo la kena campak sian dia .. cpt sihat ok.. aminnnn

Liz said...

ely> tu la. hari ni dok terpk bende tu je kat office. kesian dia kalau kena campak masa umur nie. aku yg dah besar ni pun x penah kena. harap2nya tak la dia kena.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.