Thursday, September 03, 2009

Sudah 11 bulan

Batrisyia sambut hari lahir dia yg ke 11 bulan semalam. Sebulan lagi, dah takleh panggil 'baby' lagi. Dah masuk toddler phase. Tapi rasanya mesti ramai ingat dia baby lagi sbb dia cute je.

Demam baru-baru ni telah berjaya menurunkan berat anak aku hingga sama mcm berat dia ketika umur 9 bulan! Geram.. geram.. geram. Sian tau. Penat cik adik manis tu beriya-iya makan, penat mak dia ni siapkan makanan sedap-sedap. Dah la berat dia susah nak naik. Nanti mesti ada nurse yg menegur. Hmm.. same old story. Benci!

Aku baru perasan yg aku dah lama sgt tak ambil gambar Batrisyia byk-byk. Dah takde gambar-gambar cute dia berposing depan camera. Tiba-tiba dtg semangat nak ambil gambar dia. So project minggu ni ialah nak ambil gambar Batrisyia sebanyak mungkin.

I takde mood nak bercerita apa-apa. Terasa rindu nak jumpa anak. Tak sabar nak balik.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.