Monday, September 14, 2009

Persiapan seminggu sebelum raya

Aku hanya sempat tidur selama 2 jam malam tadi. Huarggh, ngantuks! T_T

Living hall yg kecil tu dah siap dicat. Walaupun kecik tp ambil masa dua hari sbb perlu cat dgn cat putih dulu utk memastikan warna Romance betul-betul timbul. Ditambah pulak dgn ada cik adik manis yg sibuk nak keluar dr bilik sbb nak tau ape yg terjadi di luar bilik. Pagi Ahad, kerja mengecat pun selesai. Alhamdulillah. Tu baru living hall. Bilik lain kena tunggu la.

Pagi Sabtu tu, kami lari kejap jenguk showroom Lunatots di CBC. Masa tu ada org dtg utk consultation. Aku tgk minah tu mcm kenal. Puas fikir. Dia pulak kata, dia x kenal aku kot. Haha. Tapi bila sampai rumah, baru la teringat sape dia. Nama dia Erma. Pernah ikut bebudak silat saja-saja pegi Tanjung Bidara masa zaman muda-muda dulu. Haih, keciknya dunia.

Rambang mata tgk warna-warna baru CD dr Lunatots. Beli la 5CDs. Iki makin becok dan makin byk vocab. Sue, teruskan usaha awak. Pedulikkan mereka yg jealous itu.

Hish, anak aku ni nak seksi aje.



Weekend kami, walaupun busy tp syok melayan cik adik manis. Siang hari, dia akan ketawa tak hengat dunia dan malam hari, kdg2 dia akan mengigau nak nangis. Haaa, sape suh riang ria sgt di siang hari. Hehe.. tp takpe.. layannn!

Time mandi pun dia x reti duduk diam. Now, mesti bg dia sudu dgn bekas utk dia main sama masa mandi. Dia taknak benda lain yer. Dia nak food storage ni jugak!







Harus tepek gambar nie sbb hubby yg tlg siapkan dia berpakaian

Owh, saja nak tepek gambar kat bwh nie. Masa ni aku tgh buat bawang goreng. Bila buat bawang goreng, teringat Suhaidah. Masa kat U dulu.. masa kami nak buat open house, kena la beli bawang goreng. Dia terperanjat bila kitorang kata yg kitorang nak beli bawang goreng. Dia kata, dia x pernah beli bawang goreng. Dia buat sendiri bawang goreng. She's a Johorian. Bila tanya Wan Hackers (yg juga Johorian), Wan ckp family dia pun buat sendiri bawang goreng. Adakah org Johor mmg buat sendiri bawang goreng? Korang beli bawang goreng atau buat sendiri?

Anyway, kalau aku nak guna sikit je, mmg aku goreng sendiri. Senang kan?
Ni pulak gambar Ayam Pandan Thai in the making.. hehe.. sempat ambik gambar in the making je. Gambar dah siap masak, x ambik pulak sbb laju je masuk mulut. Resipi? Nanti la ye. Hari nie byk keje.


Owh, bawang goreng tu bkn utk dimakan dgn Ayam Pandan Thai tp utk ditabur byk-byk dlm Mee Kari Udang yg aku masak utk berbuka puasa semalam.

5 scribble(s):

Ely Hasrul said...

sedapnye mee kari tu huwaaaa

Liz said...

ely> ala, resipi org malas je. x complicated sgt. dpt dlm majalah Saji. nampak simple giler. tu yg try. sedap la jugak. pandai tukang bg resipi tu.

cinonet said...

ehehehe.....bwg goreng,bawnag goreng, mmg x prnh beli pon bila nk mkn mkn goreng,lgpon org tua2 kata, bwg goreng kalo nk tahan bertahun lama dicampur dgn plastik, so sbb tuhla x mkn bwg goreng segera... :)

Liz said...

sue> camne campur dgn plastik tu?

cinonet said...

xtau laks cmna nk campur dgn plastik, xyh tau la,, x elok pon mkn campur dgn plastik, (plastik tuh di cairkan rasanya dan digoreng bersama2 bwg)

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.