Friday, September 04, 2009

I want the old you

Tiap-tiap petang, pengasuh akan bg daily report kat aku. Apa-apa yg penting, apa-apa yg perlu dikongsi, dia akan bgtau. Semalam dia ckp, "Dia monyok je kak. Tak mcm selalu. Akak bwk la dia pegi jumpa doktor". Muka Batrisyia mmg mcm takde mood. Aku agah, dia diam je. Menung je.

Anak aku ni dlm kategori lasak. Ada je benda yg dia nak buat. Mmg dia selalu jadi perhatian pengasuh sbb asyik nak main je. Kena la layan. Jadi bila dia monyok, pengasuh jadi pelik dan risau.

On the way balik dari nursery, aku borak-borak dgn dia mcm biasa. Aku pasang lagu-lagu nasyid. (Yerp, kitorang tgh syok layan lagu nasyid skrg nie). Sesekali, dia menyahut bila aku tanya. Kdg2, dia ckp sorang-sorang. Sengih jugak kat aku. Agaknya mood dia baru nak dtg. Badan baru nak rasa sihat kot.

Semua org nakkan Batrisyia yg dulu.. yg tak reti duduk diam.. yg suka ckp tak berhenti-henti.. yg suka main kejar-kejar.

Hmm, monyok-monyok pun, rumahku tetap bersepah selepas dia 'mengemas'! Itu wajib. Semalam, aku ajar dia kemas semua brg dan masukkan dlm kotak. Bila semua dah masuk kotak, dia jenguk dlm kotak tu dan cuba nak keluarkan balik. Ok, ok.. takpe.. at least dia tau kat mane brg2 dia.

4 scribble(s):

Hayatie said...

ye la, aku yang baru festime ni, tengok azri ku demam monyok je tak ceria, rasa rindu plak time2 dia ceria tu walaupun baru 2 hari je ni..tak bayangkan kalau dia sakit lama, mintak2 dijauhkankan segala penyakit2 ni buat anak2 kita,amin!

Liz said...

hayatie> tu la. aku ckp dgn hubby aku, "haa, tu la. ni semua peringatan dari Tuhan. kalau anak tu lasak, x reti duduk diam, jgn la tensen2. jgn nak kata penat. ni bila Tuhan tarik kejap keceriaan anak tu, kita pulak yg rindu dia".

betul x? aku rela anak aku lasak x reti duduk diam drpd dia monyok je.

Mama-Miya a.k.a Jedi Hopeful a.k.a Proud Zakiah Khairani said...

napa moody ni, takkan kecik2 lg dah reti jd DIVA & drama queen.

takut jugak la kan ada something wrong. it could not just be sakit, maybe ada something dia experience? sort of trauma? budak2 ni kan senang terkejut. kalau ada chance pegi check.

Liz said...

mama miya> itu la. risau jugak kalau mood dia x kembali mcm dulu. nak tgk ape cite pengasuh dia hari nie.

dia mmg x penah demam lama mcm ni. agaknya badan terkejut ke.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.