Friday, September 18, 2009

Berbuka puasa di Bangkok House

Yeay.. semalam.. buatpertama kalinya dlm Ramadhan tahun nie, kami berbuka puasa di luar. Alhamdulillah, sehingga ke pagi tadi, kami masih belum missed sahur. Pernah sekali je, terbangun pukul 5.30 am (actually, dah bgn pukul 4.30 am tp Batrisyia pun terbgn sama dan minta susu. Last-last, tertidur semula). Tapi sempat la bersahur mkn nasi dan lauk semua.

Memandangkan rumah kami dah jauh di Langat, berbuka di tgh-tgh KL sangat tidak digalakkan. Nanti dgn jammed, mau lambat sampai rumah. Tak pasal-pasal je tak sempat nak kemas barang utk bwk blk kg.

Jadi, terpaksa la memilih mana-mana restoran di sekitar Ampang dan Cheras. Sgt limited tau! Sbb teruja ni first time berbuka di luar, maka kena pilih tempat mkn yg dijamin sedap.

Hubby memilih Bangkok House! Dah beberapa kali pergi sana so mmg tau la makanan kat situ mmg sedap.







Kami ordered Tom Yam Seafood, Sotong Goreng Tepung, Kailan Ikan Masin dan Siakap 3 Rasa. Dessert pulak pekena Red Rubbies. Eventhough tastebud aku tak berfungsi gara-gara selesema, mkn tak pandang kiri kanan dah! Terasa sedap jugak. Kat sini, Tom Yam dia mmg superb! Paling sedap aku pernah mkn dlm hidup. Period! =)

Siakap 3 Rasa dia pun sedap la. Pedas-pedas gitu. Lagi sedap drpd Steam Siakap. So kalau lain kali nak mkn siakap, aku order siakap 3 rasa je la. Ikan besar tp sekejap je tinggal tulang. Mmg ada jin dlm perut kitorang. LOL.

Sampai rumah dlm pukul 9 malam. Kerja mengemas baju dan barang pun bermula. Agak kagum eh dgn diri sendiri sbb rasa mcm kejap je aku mengemas. Padahal brg byk giler. Sementara mengemas, Batrisyia layan Geng: Pengembaraan Bermula. Tekun dia tgk movie tu.

Aku rasa aku dah jumpa solution utk elakkan rasa ngantuk dan penat di malam hari. NESCAFE! Mmg mlm td rasa mcm penat dan ngantuk. Pastu hujan lebat la kan. Cuaca sejuk. Sakit tekak lak tu. Tiba-tiba rasa nak minum Nescafe. Jadi, aku buat la nescafe satu mug besar. Habis minum, mata dan badan terus jd segar. Yaaahhh, segar sampai pukul 3 pagi yer. Orang lain dah tido nyenyak, aku terkebil-kebil pandang 2 orang tu.

Jgn tertipu dgn gambar nie. Ni hanya SEBAHAGIAN dr brg2 yg nak dibawa balik. Belum masuk beg Jusco yg besar gedabak tu, bakul baju, kipas (mmg nak bawa, takut panas sgt kat sana), bantal, selimut, nursery bag, 2 baju melayu dan telekung yg digantung. Penuh keta depan blkg!

Nampak plastic bag Drypers tu? Dlm tu ada cloth diaper sebenarnya. Inserts nye byk sgt so cari jln mudah dgn sumbat je dlm tu. Insya Allah, Batrisyia akan fully CD menjelang umur dia setahun. Skrg baru ada 13CDs. Lepas ni kita tambah lg 5 yer. Kalau ada sesapa nak beli CD Lunatots, boleh beli dari aku juga. Harga yg aku tawarkan ADALAH SAMA dgn harga yg ditawarkan oleh Lunatots.

Ok la, di kesempatan nie.. kami sekeluarga ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yg membaca blog nie. Maaf dipinta jika kami pernah melakukan sebarang kesilapan kepada anda. Maaf juga jika ada entry dr blog ni yg menyinggung perasaan anda.
Blog akan tetap 'hidup' ketika cuti seminggu nie. Aku akan ber blogging dari rumah di Seremban.


2 scribble(s):

Mama-Miya a.k.a Jedi Hopeful a.k.a Proud Zakiah Khairani said...

uish hebat anak dara ni berbuka sampai kaki naik meja.

Liz said...

mama miya> tu ler. buat malu je. tp kejap je. lps tu sibuk nak pusing2 pulak.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.