Tuesday, September 29, 2009

Batrisyia tak sosial?

Batrisyia mmg taknak kat orang. Dia hanya boleh didukung oleh aku, hubby dan cikgu-cikgu dia kat nursery. Kalau orang lain, siap la dgr dia meraung dgn air mata meleleh-leleh. Jadi, di kesempatan cuti seminggu, aku mmg harap sgt dia boleh bermesra dgn my family kat Seremban. Ye aa, jumpa sebulan sekali.. mesti la minah ni tak berapa nak kat org sana.

For the first 2 days, mmg dia nak berkepit dgn parents dia je. Kalau hilang depan mata, gerenti nangis. Kalau orang lain tegur dia, terus peluk kitorang. Agaknya kalau boleh masuk blk dlm perut aku, mau minah nie masuk balik. Hehehe..

Setelah beberapa hari berlalu, baru la dia mcm ok. Dah boleh main cak cak, main tepuk tgn. Siap main kejar-kejar dgn Danish. Bkn Danish yg umur nak masuk 2 tahun tu kejar dia tp dia yg kejar Danish. Dia jerit, Danish jerit. Mmg riuh. Mlm tu,dua-dua tido pengsan kepenatan!

Danish nie mcm mentor dia la. Batrisyia lak dikira protege. Apa yg Danish buat, dia pandang je. Lps tu, dia pun join sama. Dia nampak Danish sepahkan VCD dan kaset, dia pun nak ikut. Lepas-lepas tu, takde Danish pun dia leh gi sepahkan semua benda tu sorang-sorang. Dia keluarkan bekas VCD, Danish keluarkan VCD dr casing. Mmg mengikut lagu Wonderpet betul.. Apa yg penting, kerjasama!







Sebelum ni dia takut dgn paksu dia yg bersuara mcm nak mkn orang. Tapi setelah paksu nye diberi warning berkali-kali ttg suaranya yg menakutkan tu, baru la paksu dia reti adjust volume ke tahap yg sedap didgr oleh telinga cik adik manis nie. Baru la Batrisyia leh leka layan paksu dia. Ada sekali tu, hubby tgh solat. Aku tgk, Batrisyia takde kat ruang tamu. Puas aku cari. Aku nampak adik aku je tp x terfikir nak tanya dia. Setelah dlm 3 minit cari, rupanya anak aku ada je kat depan paksu dia (ala-ala tgh kena peluk). Camne la aku boleh tak perasan T_T

Dgn tokwan nye pun dah boleh geng la kot. Tapi mmg ambil masa yg lama nak bagi 'ais pecah'. Gagaga... hari terakhir nak blk tu, Batrisyia siap tepuk tgn ayah aku tau. Wah, sudah geng ka?

Bila la nak cuti panjang lagi.

2 scribble(s):

zzeed said...

mula2 je kut. still breaking out of the shell...

Liz said...

zid> aah kot. tp kan, kalau bwk dia keluar jln2.. kalau dia nampak budak lain,dia tegur budak tu tau!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.