Thursday, September 10, 2009

Apakah alasan anda utk stop breastfeed anak anda?

First of all, diharap apa yg aku tulis ni tidak menyinggung mana-mana pihak selain dr 2 individu yg berkait rapat dgn cerita di bawah. Untuk 2 individu nie, bukan niat aku utk salahkan korang ke, condemn korang ke, whatsoever. Masing-masing tau apa yg terbaik. Tapi kerana sebab tertentu, korang menidakkannya. Aku tak kesah la apa yg korang pilih. Cuma diharapkan, apa yg korang pilih tu, biarlah berlandaskan ilmu yg betul, bukan setakat dgr ckp orang.

Anyway, ini menyentuh kisah breastfeeding. So pada mereka yg tak suka, sila close this window. Tak perlu baca. Tak perlu sakit hati. Tak perlu komen. Nanti meluat, aku pulak yg kena. I love breastfeeding. So obviously, apa yg aku akan ckp ni menunjukkan aku mmg sokong benda nie 200%.

Ok.. jadi.. kalau nak close window, close skrg.. My entry starts now.

2 individu ni aku mmg kenal. Walaupun tak rapat tp aku kenal la. Salah seorang drpd mereka ada blog. Yg lagi sorang, aku taktau la dia ada blog atau tak.

Yg ada blog nie, aku selalu baca. Sejak dia pregnant, dia berhasrat utk susukan anak dia dgn susu ibu. Dia tak pernah letakkan sasaran nak bf sampai setahun ke.. dua tahun ke. Aku pun tak pernah tanya. Cuma kdg-kdg aku tinggalkan komen di blog dia. Berikan dia beberapa fakta yg harus dia tau. Nampak seperti dia bersedia.

Then, dia bersalin. Seperti ibu-ibu yg lain, bermulalah rutin dia sebagai seorang ibu. Dgn badan yg masih lemah, mungkin tak cukup tidur, ditambah pula dgn anak kecil yg perlukan perhatian.. sedikit sebanyak, badan rasa sakit sana sini. Penat dan sakit makin terasa bila anak asyik nak susu. Mungkin anak menangis sepanjang malam. Hanya sempat tido selama 2-3 jam setiap malam. (I was in that situation before).

Si ibu mula mencari jalan mudah. Kalau nak direct-feed, kena mengadap anak setiap kali anak nak minum. Kalau bottle feed (EBM atau formula milk), org lain pun boleh tlg bagi. Boleh jugak si ibu berehat sebentar. Tak payah nak sakit-sakit badan.

Jadi si ibu pun berilah anak dia susu melalui botol. Katanya, badan sakit-sakit. Lagipun, senang nanti nak start kerja. Sekian, tamat cerita yg pertama.

Tahniah kerana berjaya direct feed anak ko walaupun hanya setakat seminggu lebih. Sekurang-kurangnya tak give up terlalu awal. Cuma aku agak terkilan kerana dia stop direct-feed anak dia atas 2 sebab: sakit badan & senang nak kerja nanti.

Anak baru umur seminggu lebih kan? Kan kerja start lambat lagi. Bagi aku, alasan ni takleh pakai. Kalau ye pun nak train anak, tunggu la anak dah umur sebulan. Ada kes (mcm aku), tak train pun anak minum botol. Bila anta ke nursery, dia tau minum dr botol. Sayang sungguh bila anak yg baru umur seminggu tu dah dijauhkan dr breast ibu dia. Seminggu weih.. isk.

Rasanya semua ibu mmg akan rasa lemah badan di awal-awal kelahiran. Itulah dugaan awal utk ibu. Mcm mana la ibu-ibu zaman dulu ye. Badan lemah-lemah pun, gagahkan diri utk menyusukan anak. I still remember Hayatie’s entry ttg kucing dia yg baru beranak. Mmg kerdil kan manusia ni. Dari kes kucing pun, kita boleh belajar sesuatu.

Aku rasa, kita kena pk camni. Takde benda lain dlm dunia ni yg boleh diberi pada anak.. tak wujud susu formula. Tak wujud botol. Jadi barulah kita betul-betul ‘terpaksa’ direct feed anak kita kan?

Ok, next case.

Kes kedua pun melibatkan kwn aku. Anak dia ada jaundice dan doktor suruh dia stop bf kalau nak jaundice anak dia hilang. Damn!!

“Feed your baby early and often. Remember that colostrum acts as a laxative, and frequent stooling lowers bilirubin levels. Keep track of urine and stool output (see article on How to tell if your baby is getting enough milk).”

“When the baby is temporarily given formula, either as a substitute for, or along with mother's milk, the levels drop quickly, rising again as the baby returns to total breastfeeding. Even though we are not sure of the cause, what is important to remember in cases of late-onset jaundice is that the baby is not harmed in any way by continued breastfeeding. There has never been a case of kernicterus associated with this type of jaundice, or any detrimental after effects. Because we know the well-documented benefits of breastfeeding, the baby should not be denied the advantages of breastfeeding, given the fact that the slightly elevated bilirubin levels will soon return to normal levels without any intervention. Once pathologic causes are ruled out, nursing should continue. Sometimes babies are taken off the breast for 24-48 hours just to make the diagnosis of breast-milk jaundice, though this is seldom necessary. If your healthcare provider wants to go this route, and the levels drop significantly, then breastfeeding should be resumed.”

Jaundiceby Anne Smith, IBCLC, http://www.storknet.com/cubbies/breast/AS-jaundice.htm

Bab nie, aku paham la. Kita baru dpt anak. Anak kita pulak sakit. As a mother, kita nak anak kita cepat sembuh, tak perlu jalani phototherapy kat hospital. Taknak berjauhan. Jaundice is common tp rata-rata new mom akan menangis bila anak kena stay kat hospital sbb jaundice.

Bila hati tak tenteram, kita akan ikut je apa doktor ckp. Doktor ckp stop bf, dia pun ikut sbb nak tgk anak dia baik cepat. Bila tgk anak minum FM, terus baik dr jaundice. Wah, mmg patut kena stop bf nie. Susu aku tak elok. Iya ke?

Ada byk sbb knp bilirubin level dlm badan anak anda lambat turun. Jgn salahkan susu anda semata-mata. Ye la, bila tgk bg FM anak terus baik, rasa mcm FM tu paling bagus. Dah check brp kerap bg anak susu ibu? Brp lama dia minum? Sampai ke tak susu tu ke perut dia? (Minum dlm tempoh yg lama x bermaksud dia dpt susu.. maybe dia cuma suck). Kalau anak anda minum dlm kuantiti yg cukup, insya Allah susu tu berupaya singkirkan bilirubin dlm badan dia dan dibuang melalui air kencing (20%) dan stool (80%).

Aku antara org yg degil dan lawan ckp paed bila dia suruh aku stop bf. Dia kata, gerenti jaundice anak aku hilang lepas minum FM dlm sehari dua. Gerenti tu beb!

Before bersalin, aku penuhkan ilmu di dada. Psl tu aku degil. Tak dgr ckp doktor sbb aku dah tau.. aku dah ada ilmu. Cuma tinggal aku je nak tentukan samada nak praktikkan ilmu yg aku dpt atau nak dgr bulat-bulat ckp doktor.

Once again, aku nasihatkan new mom yg berhasrat nak menyusukan anak dia selama mungkin. Jgn terlalu pandang ringan akan breastfeeding. Nampak mcm senang tapi tak semudah yg disangka. Ilmu kena ada, baru la boleh tepis dugaan-dugaan yg bakal hadir di kemudian hari.

Aku tgh debar-debar. Tak lama lagi Batrisyia akan berumur setahun. Honestly, aku tak sangka yg aku masih menyusukan dia. Bila dah sampai ke tahap nie, keyakinan tu makin menebal dlm diri. Aku mampu susukan dia selama mana yg dia mahu.

Bak kata Sue.. Anak kita, effort kita.

8 scribble(s):

sya_firwan said...

oh..oh..entry yang menyedihkan..so effortless..:(

izzahazfar said...

tak ada alasan utk stop akak...itu hak anak kitakan..

bagi zah...selagi boleh..sebab i will miss it if stop nanti...

Hayatie said...

Sayangnyee..dikala org lain struggle utk pujuk baby back to breast..ada juga yang tidak mahu put baby to the the breast..again, its personal preference..teringat quote kt SI..breastmilk is often disregard in the national commodities, where eventually it saves thousand of health cost." lebih kurang gitu le munyik nye...ingat2 lupa..hihi!

lia said...

salam kenal... silent reader u ni ;p

psl jaundice 2, anak i pon kena jaundice, lamaaaa dekat dua bulan baru baik sbb doc sahkan itu jaundice susuibu.... 1st doc soh stop bf n 2nd doc said 'no! u'll b regret if u stop bf now!'

mmg xpnh ikot ckp doc yg 1st sbb bpegang pada surag Al-Baqarah tu... jadi xmungkin Allah akan cipta SI utk tambahkan penyakit hambaNYA kan... so sbb yakin pd Allah, teruskan bf till now...

mmg jaundice SI lambat skit baik tp xpe, lambat laun baik jugak.. sori, tpanjang skit

Liz said...

sya> sayu rasanya bila dgr cite kwn liza cepat putus asa atas sbb sebegitu.

izzah> betul. tp tu la, terpulang pd individu la kan. nak marah pun tak boleh sbb tu anak dia. kita hanya hampu bg sokongan dan panduan je.

hayatie> owh, ku pun ingat quote tu. ku masih ingat kisah kucing mu di BP tu.

Liz said...

lia> hi lia. welcome. fyi, my daughter pun kena jaundice. lama la. lps sebln, jaundice still x hilang. sampai pegi pakar. tp doktor sana bagus sbb ada ilmu ttg hal ni. diorg kata, bf baby kdg2 mmg lmbt turun jaundice sbb dia kena breastmilk jaundice. doktor tu pun x suruh stop bf. yg suruh stop bf tu paed kat klinik.

betul. susu ibu adalah susu yg terbaik di dunia. knp terbaik? sbb ia ciptaan Tuhan. hanya susu tu je yg disebut dlm Al-Quran. istimewanya susu ibu. ia takkan memudaratkan badan sbb ia dicipta oleh Allah. kena yakin kan?

semut-terbersin said...

my baby son pon jaundice gak..my paed kat Col Asia Hosp cakap die breastmilk jaundice..tp alhamdulillah my paed tak pernah suh stop breastfeed..die lagik suh breastfeed ada laa..n ada jugak pergi klinik kesihatan..kat situ pon misi2 n Dr. suh truskan breastfeed..sbb breastmilk bleh elakkan jaundice tu melarat sampai ke otak..my baby son also admitted to putrajaya hosp, emergency case sbb tetibe bilirubin mendadak naik..Dr. n paed kat situ pon lagik galakkan breastfeed..i'm so grateful tak berjumpe ngan Dr.2 yg suh stop breastfeed..sbb i tak cukup ilmu ttg breastfeed ni..kalo ada laa Dr. yang suh i stop, i mungkin akan stop sbb nak anak cepat sehat..pelik laa..kenape ada gak Dr. yg macam tu?

Liz said...

semut terbersin> most of the doctors and nurses from government hospital and clinic support breastfeeding. mmg kira dah jd polisi. yg suruh stop tu, selalunya paed from private clinic. lebih2 lg paed yg dibayar oleh FM company utk promote FM.

jgn x percaya, ada doktor yg anggap FM lebih bagus dr breastmilk! pelik sbb sepatutnya, doktor lebih tahu mane yg lebih baik.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.