Monday, September 07, 2009

17 Ramadhan & Nuzul Al-Quran

Kalau diikutkan, hari nie masuk 17 hari kita berpuasa kan? Ku baru puasa 10 hari sbb dah raya 7 hari. Sejak ada anak ni, selalunya my period ada la dlm 7 hari tp kali nie, aku masih belum boleh puasa. Sayangnya :(

Utk 10 hari yg pertama tu, alhamdulillah my milk production tak la terjejas teruk. Sesi mengepam masih berjalan seperti biasa. Awalnya, nampak la mcm dpt kurang di setiap sesi. Tapi selang 2-3 hari, hasil susu kembali seperti biasa. Betul la kata kaunselor. Jgn tinggalkan sesi mengepam walaupun output tu sedikit je. Teruskan mengepam seperti biasa. Mmg ada rezeki utk Batrisyia. Bila period lak, mmg tak terjejas. Seperti biasa sbb cukup mkn dan minum. Batrisyia la paling syok sbb susu banyak. Ditambah pulak selera makan dan minum dia kembali lepas baik dr demam ni, mmg berselera je minah tu.

Alhamdulillah, anakku tak monyok lagi. Ligat macam gasing! Mulut kembali riuh. Makin rajin meniru ckp kitorang walaupun tak la sama sebijik perkataan tu keluar dr mulut dia. Lately, dia suka ngangakan mulut dia luas-luas. Tak tau dr mana dia dpt perangai tu. Hehe.

Aku dgn hubby suka mengusik dia. Batrisyia nie bkn ape.. dia mcm nak join sekaki bila kitorang lepak berdua. Kdg2, hubby sengaja peluk aku kuat-kuat (and vice versa) sambil ckp kuat-kuat "Sayaaannggg umi". Batrisyia akan dgr dan pandang kami pastu menjerit marah. Then, cepat-cepat dia merangkak kat kitorang, nak tumpang sekaki sayang aku. Terkedek-kedek la dia dtg pastu cium aku. Mmg suka sakat dia camni. Gerenti dia menjerit.

Hujung minggu lepas, lepak je kat rumah. Sgt best! Sabtu, kami kemas SATU rumah. Puas hati bila rumah dah kembali teratur. Ptg tu, semua org berbuka kat rumah kami. Riuh la kejap rumah tu. Hari Ahad, kami hanya berehat sambil layan Batrisyia. Syok betul duduk rumah.

2 hari nie, kami layan Keanu Reeves je.. Hardball.. The Matrix.. Chain Reaction.. Constantine.. Johnny Mnemonic.. The Lake House.. ambik ko!

2 minggu lagi nak raya.. dah siap ke persiapan raya korang?

Selamat Hari Nuzul Al-Quran. (Kenapa hari yg besar ni tak diisytiharkan Cuti Umum aje)

4 scribble(s):

sya_firwan said...

alahai comelnye...pandai jealous da ye..:)

Liz said...

sya> aah, dah pandai jealous! tu yg suka sakat dia.

Mama-Miya a.k.a Jedi Hopeful a.k.a Proud Zakiah Khairani said...

i LOVE movie "the lake house"!!!

Liz said...

mama miya> wah,suka gak ke? saya ni ntah brp kali dah tgk. x puas tgk wayang. seb baik kwn bg vcd as a birthday present. eiii, best kan cite tu?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.