Monday, August 03, 2009

Sudah 10 bulan!

Batrisyia cecah umur 10 bulan semalam. 2 bulan lagi, umur dia setahun. Anak aku yg kecil dan ringan tu nak masuk umur setahun? Ok, kedengaran agak excited di situ!

Apa yg dia suka dan boleh buat skrg?

Dia suka pegi dapur walaupun takde org. Sampai dapur, dia akan berhenti kejap sebelum buat keputusan samada nak main kat rak pinggan atau pegi ke bilik air. Ok, aku tau yg kami kena pasang safety gate.

Dia dah mula cruising.. sikit-sikit je. Dia suka aktiviti push walker. Kitorang takde push walker tp Batrisyia dgn pandainya guna walker dia dan push walker itu. Tp salah sorang dr kami mmg kena ada blkg dia.

Kalau dia terbgn dr tido dan lihat kitorang masih tido, dia akan tepuk-tepuk sambil mulut riuh suruh kitorang bgn. Kalau takde respon, dia akan tarik rambut, panjat badan, duduk atas tgn, korek mulut kitorang.

Sudah boring dgn Upin dan Ipin tapi masih gemar tgk ayam terutamanya ayam jantan

Drama queen!

Suka pegi pasar malam. Automatically, mulut akan mengunyah dan air liur meleleh!

Suka berdiri tp tak suka org pegang tgn dia utk bg support. Kalau boleh, dua-dua tgn dia nak lepas tapi mane boleh sbb dia x reti nak balance diri dia lagi. So, paksa dia pegang satu tgn aje.

Faham perkataan “nak”. Bila dia pegang sesuatu and kami ckp, “Naaaakkk”, dia akan dtg dan bagi. Tapi tgk jugak la apa brgnya. Kalau dia tgh main dgn brg tu, jgn harap dia nak bg.

Cepat bosan dgn permainannya atau apa2 ‘permainan rekaan’ parents dia (seperti tisu, kantung gula hadiah dr pengantin, brochure). Paling lama dia akan main pun 3 minit. Pastu bila dah boring, terus dia campak tepi.

Becok becok becok.. sepatah haram pun aku tak paham!

Suka buat apa yg org dewasa buat. Nampak abi dia mkn pakai sudu, dia nak mkn pakai sudu yg abi dia guna. Taknak dah sudu Pigeon dia. Tapi bg time tu je la. Bila dia dah lupa ttg hal tu, guna balik sudu Pigeon tu.

Sejak dah sakan merangkak, memanjat dan cruising ni, rumahku dah xde rupa rumah lagi. Tak sampai 5 minit lepas aku kemas dan susun brg, dia akan sepahkan balik. Pendek kata, dia sentiasa tolong aku 'mengemas'.

Jom tgk gambar-gambar terbaru dia.







Ok, gambar di atas adalah gambar dia dgn Godmother dia. Aku suka gambar nie. Kd seperti ada muka keibuan. Hehee, definitely akan jadi salah satu gambar kat mini gallery kami nanti.

Memandangkan Batrisyia dah boleh duduk tegak, aku mula belikan dia beberapa permainan. Masih mencari block yg sesuai utk dia. Aritu tak jumpa. Flash card ni aku beli masa sale. Kotak je besar tp card nye comel-comel je. Apa-apa pun, Batrisyia mmg leka main dgn flash card nie. Mulut pun kdg2 becok berckp sambil tunjuk flash card tu kat org.



Aku tak tau sape ambil gambar nie. Abi dia ke? Bila masa dia ambil? Ni mesti lepas Batrisyia nangis sb jatuh terlentang ke belakang. Hehe..

Rambut Batrisyia mmg panjang. Kalau yg depan tu, mmg dah sampai mata. Sibuk nak potong tp x potong lagi. Abinya nak potong sendiri tp uminya ajak pegi saloon. Ahaks. Utk sementara waktu, mungkin boleh buat seperti di bawah. Batrisyia pun gelak-gelak je bila aku biarkan baju dia camtu.


Batrisyia: Ok aunties and uncles.. 2 bulan lagi saya nak umur setahun. Doakan saya sentiasa sihat dan happy!

6 scribble(s):

izzahazfar said...

Sungguh comel dgn gaun tu...

ish ni yg mengidam baby gigil ni..hehehhe

ska said...

"Kd seperti ada muka keibuan."

seperti jekk? hahahhaha...

aku rasa gambar2 aku dgn batrisyia mmg ade muka keibuan la. mcm gambar time kenduri akikah dia haritue.. hehhe..

Liz said...

kalau dpt baby girl, mmg best belikan pakaian dia sbb mcm2 dia boleh pakai.

Liz said...

ceh,ye la. ko mmg muka keibuan. hehehe.. mmg muka Godmother la ko ni!

p!nkerton said...

alahai kejap je kan dah 10bulan.. lagi 2 bulan dah nak selebret bday 1yr! (mak dia boleh la start pk dah nak buat party mcm mane ;p hihihi)
*semoga batrisyia sihat2 & happy selalu k :)

Liz said...

fatih, mak dia x pk ape lg. ingat nak sambut di kalangan family aje. tu pun 2 kali buat tu..satu sban,satu cheras. kalau nak buat 3 kali (satu khas utk org lain), mcm nak pokai je. hehe..

akan difikirkan

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.