Friday, August 21, 2009

Ramadhan 2009 yg istimewa

Pakcik: Boleh ambil sudu dgn garfu nie?
Si baju pink : Eh, boleh.. ambil la.
Pakcik: Ni nak sarapan nie. Sarapan terakhir sebelum puasa.

Aku senyum aje. Sehari sebelum puasa, mmg kita nak mkn semua yg kita suka. Seolah-olah kita tak dapat makan langsung di bulan Ramadhan.

Aku pun tak terkecuali. Malam tadi lagi aku dah ingatkan diri aku.

"Besok mesti minum Three Layer Tea. Besok mesti cuba Nasi Lemak Ayam kat kedai tu".

Itulah menu sarapan aku sebentar tadi.

Three Layer Tea kat kedai mamak tu mmg sedap. Cukup ramuan. Tak terlalu manis gula. Tak terlalu rasa teh. Ada kat kedai lain, manis sgt sbb si pembuat air tu letak gula melaka terlalu byk. Nak nampakkan 3 layer kot. Hanya Three Layer Tea kat kedai mamak ni je yg aku suka. Owh, I'm gonna miss this drink! Nasi Lemak Ayam pulak, aku tak pernah rasa lagi. Penat cashier tu promote kat aku hari-hari. Hari nie baru aku cuba. Eh, sedap la jugak! Murah pun murah. RM1.80 je. Kalau kat gerai tepi jalan, nasi lemak ayam berharga RM3.50!

Ok, pagi-pagi dah ckp psl makanan. Harap korang dah sarapan =)

Ramadhan tahun ni sgt special sbb buat pertama kalinya dlm hampir 3 tahun berkahwin, kami akan bersahur dan berbuka di rumah sendiri. Ok, abaikan bila sesekali berbuka di Cheras dan minggu depan akan balik ke Seremban. Aku taknak sentuh ttg tu. Serious, sgt teruja utk Ramadhan kali nie. Nak merasa sediakan juadah sahur dan berbuka utk family. Harapnya harapan aku utk berbuka dan bersahur di rumah sendiri pada hari pertama berpuasa dimakbulkan. Erm, tak payah la elaborate kenapa aku meletakkan harapan sebegitu. Biarlah ketua keluarga fikirkan sendiri. Sekurang-kurangnya aku dah sampaikan hajat aku.

Apa lagi yg special kali nie? Ni juga kali pertama aku akan berpuasa dan dlm masa yg sama masih menyusukan Batrisyia. Ramai yg mengalami kemerosotan bekalan susu kerana kekurangan air dlm badan. Aku harap, aku tak menghadapi masalah yg teruk. Think positive. Byk ilmu aku dah kumpulkan utk hadapi Ramadhan nie.

Minggu depan, nak bakar kuih raya. Aku dah pilih beberapa jenis kuih raya yg simple dan senang nak buat. Kalau buat yg leceh sikit nanti, x terbuat lak bila anak nakkan perhatian. So kita pilih yg simple-simple aje. Dan aku pilih kuih tradisional! Aku mmg sukakan kuih tradisional berbanding kuih moden.

Paling special, Ramadhan tahun ni.. kami ada Batrisyia.

Kawan-kawan.. Selamat Berpuasa!

4 scribble(s):

Faizah said...

hehe, minggu nih 2 kali aku lunch kt SR, mkn bihun sup utk breakfast, minum ice blended mocha 2 kali hohoho dan satgi nak cari kek nak mkn, nih napsu btul laaa, btw aku tak breakfast lg hikhikhik, selamat berpuasa liza, aku nih pon 1st time nak berpuasa ngn suami, kt umah sendiri

Liz said...

faiz> wah, lunch kat SR tu!! eii, blk ni nak gi beli cheese cake ar!

WanYgBest said...

interpretasi aku, harapan2 ko menunjukkan ko seorg isteri yg dedikasi kat family, seorg isteri yg baik...keep up the good spirit! harap bile aku dah begelar isteri, aku pun cam ko, xde la mls2 jer...huhu

selamat menjalani ibadah puasa disamping suami & anak tecinta...

klu msk sedap2 tuh,ingat2 la aku dirantauan nih...huhuuhuhu

Liz said...

wan> wah, isteri yg baik ke? hehe, aku kdg2 garang weih. rasanya nye la. seb baik la laki aku cool je.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.