Tuesday, August 25, 2009

Mari bercerita tentang lauk sahur

Tanpa sedar, hari nie merupakan hari keempat kita berpuasa. Hari pertama, kami bersahur di rumah sendiri tetapi berbuka di Cheras. Turn kami jaga PIL kat sana. Jadi, tinggallah kami di sana selama 2 hari. Hari pertama, aku masakkan Ikan Kembung Berlada, Sambal Udang dan Sawi Putih Masak Lemak. Kak Ama yg kebetulan ada kat rumah pulak teringin nak mkn sardin so dia masak Sambal Sardin. Mmg meriah dgn lauk yg merah-merah. Hehe. Hari kedua, aku masakkan Ayam Perap Cik Nani dan Sawi Goreng. MIL masakkan bubur kacang hijau utk FIL yg teringin nak mkn. Then, tinggal panaskan je Asam Pedas Pari yg aku masak sblm tu. Alhamdulillah, kenyang!

Hari ketiga, excited sikit sbb first time berbuka di rumah. Tapi kami dah buat keputusan utk mkn simple-simple aje. Nasi akan makan time sahur. So hubby belikan kuih karipap kesukaanku kat bazaar Ramadhan. Aku on je. Hehe.. So utk sahur, aku masak Bawal Sweet Sour sbb last Friday, hubby ada ckp yg dia teringin nak mkn ikan masak masam manis. Haaa, kalau hubby teringin nak mkn apa-apa, mesti buat tau. Jgn buat tak peduli je/order kat kedai. Mesti dia sayang lebih kalau wife dia masakkan :)

Utk tambah tenaga dan up kan milk production, aku buat Soya+Kurma+Longan drink. Sedapnya bila diminum sejuk. Hubby pun suka tp dia minum air Longan aje.

Hari nie, kami masih nak berbuka dgn kuih aje. For sahur, hubby minta masakkan Sambal Pekat Tumis Sotong. Tiap-tiap hari, aku akan peningkan kepala dia dgn soalan, “Hari nie nak masak ape?”. Mmg dia takleh jwb! Hahaha, sudahnya aku suruh dia refer beberapa food blog yg gerenti sedap. Dari situ, dia akan bgtau dia nak mkn apa. Senang kan? Tapi kalau bila aku teringin nak masak/mkn apa-apa, mmg soalan cepu emas tu takkan terkeluar dr mulut nie.

Alhamdulillah, my milk production tak terjejas. Masih ok, masih cukup walaupun kdg2 otak mcm saiko bila terasa breast mcm x penuh. Semoga tak tersentuh la EBM beku dlm peti ais tu. Owh, kena guna jugak kot sbb ada yg dah nak expire.

2 scribble(s):

p!nkerton said...

smalam pon aku masak bawal sweet sour jugak. tersama pulak ;p
aku sampai rumah pon dah dkt 630. kelam kabut masak (hopefully athirah tak meragam sbb kitorng berdua je kat rumah). malam komfem flat huhu

Liz said...

fatih>aah, tersama pulak. mcm aku, kelam kabut nak masak lps berbuka pulak. dlm masa setengah jam, kena siapkan lauk utk sahur sbb lps tu, hubby nak gi terawih. kalau aku berdua je dgn batrisyia, nnt dia pun tlg aku kat dapur. haru je

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.