Thursday, August 20, 2009

It's not right to call me with that name

Pentingkah org memanggil kita dgn nama yg betul? Perlukah ia dieja dgn ejaan yang betul? Adakah anda kesah jika org memberi nama gelaran sewenang-wenangnya tanpa anda persetujui?

Nama itu penting. Kalau tak penting, tak la pening ibu bapa membelek Buku Nama-Nama Islam semata-mata nak cari maksud yang bagus utk nama anak. Tak la ibu bapa bergaduh manja sbb nak nama yg dipilih tu sgt sedap bunyinya. Ingat senang nak pilih 2 nama dan dicamtumkan menjadi satu nama yg panjang. Nak pilih, nama mana yg depan.. mana yg belakang (seperti Humaira Batrisyia atau Batrisyia Humaira).

Aku bersyukur dgn nama yg telah diberikan padaku walaupun nama di belakang tidak mempunyai maksud. Nama mcm agak unik sbb nama NOOR digabungkan dgn KHAIRUL. ALIZA pulak mungkin kedengaran glamour walaupun orgnya tak glamour. Hehehe.

Bila aku berbual dgn sorang kawan lama semalam, dia masih menggunakan nama panggilan yg diberikan pada aku. LIXA.. Bkn Liza tp Lixa. Dialah yg beri ejaan begitu. Dan sorang kwn dia (kwn ku juga) ikut sama guna ejaan Lixa.

Walaupun bunyinya sama, aku tak berapa gemarkan ejaan Lixa. Bunyi mcm perempuan yg baru cuba nak ceburkan diri dlm bidang nyanyian. Hahaha.. Lain mcm je. Aku tanya dia, kenapa la masih gunakan Lixa padahal boleh guna Liza. Aku suruh dia bagi satu alasan yg sgt kukuh.

Jwbnya, “Aku suka sbb sedap. Lixa lain sikit. Liza tu common sgt

Aih, nasib baik la ko salah sorang kwn rapat aku. Agaknya apa alasan kwn aku yg lg sorang tu!

Aku tak ambil kisah sbb kalau berckp di telefon, bunyinya masih sama seperti ‘Liza’. Tapi bila ber sms dan chatting, terasa agak janggal bila ‘Lixa’ digunakan dlm perbualan. Puas la aku pujuk lelaki tu agar gunakan ‘Liza’ tp dia guna ‘Lixa’ gak.

Anyway, kdg2 aku perasan org link kan blog aku kat blog dia. Selalunya ‘Charming Liz’ akan terpapar. Itu bagus, sesuai dgn nama blog nie. Tapi bila tgk nama-nama yg pelik, aku jadi hairan. Terasa mcm org memandai-mandai bg nick yg belum tentu aku suka. Maaf kalau anda terbaca entry ni dan merasakan ia ditujukan direct pada anda. Cuma, aku harap sila betulkan nick tersebut.

Aku ada jumpa Lizze (maybe nak taip Lizzie tp terlupa tekan huruf ‘i’. Yer la, Lizzie pun salah satu nick aku gak). Masih jumpa Lize’ (di mana aku pernah buat satu entry menyatakan aku x suka nick tu dan harap org x guna lagi. Bagus sbb kwn2 rapat dah x panggil Lize’. Kpd kwn2 yg masih guna nick tu tp x tau aku sbnrnya tak suka, jgn la terasa hati. Maybe lepas ni boleh panggil aku dgn nick yg aku suka). Ada jugak ‘Lizek’ (mungkin dia xtau ejaan sbnrnya Lize') dan ‘Lizard’. Ok, dari mane ‘Lizard’ itu dtg? Aku ni cicak ke? Please, kalau tak tau my nick, guna je la ‘Charming Liz’ atau ‘Liz’ atau ‘Liza’. Aku tak marah. Cuma terkilan bila ada yg pandai-pandai bagi nama. Kalau org yg tak kenal aku, mesti dia ingat Lizard tu mmg nick! Aku mcm cicak ke, takut cicak ke.. org x peduli.

Marilah aku beritahu.. nick dan nama yg org bg kat aku setakat nie (dan aku approved) ialah.. LIZ, LIZA, LIZZIE dan ESTLI. Jadilah aku menyeru pada kawan-kawanku agar gunakan nama ni utk link, ok? Susah-susah, guna je CHARMING LIZ. Utk nama panggilan, aku sgt appreciate kalau korang pilih antara LIZ atau LIZA.

Eh korang, ni bukan entry marah tau. Mungkin kedengaran agak tegas tp xde la. Aku cuma nak betulkan apa yg aku rasa salah. Thank you!

4 scribble(s):

AdwanEncem said...

betul2...
ku jua selalu org silap eja nama... dari NOOR HALINDA HALIM jadi nur, nor, haslinda kdg2 pak ku jd abdul halim....

tak suka tak suka....

imee said...

oh, aku adalah antara org yg masih refer to u as 'lize'. maaf!

heh, tapi aku baca entry ko ni aku tergelak. ramai kengkawan aku yg bagi nama sukati diorg kat aku.. contohnya, ada a few kengkawan aku yg mula2 elok je panggil imee.. pastu jadi plak yimee.. skrg dah jadik yim saje.. heh, sukati diorg la.. bukannye ada maksud pun nama aku tu.

tapi aku agak tak minat bila ada org yg memandai je nk panggil anak aku EFFY ataupun FIFI.. grr..

Liz said...

lin> namaku juga selalu disalah eja.

imee> ala, xyah minta maaf sbb ko xtau. benda ni aku penah mention kat blog lama. x ramai yg tau aku x suka nama yg mastura bagi tu. mereka yg dah tau (seperti kd, dilla, ma-g dan beberapa org lg) mmg x panggil aku lize' lg.

wah, aafiyah lak dah terkena eh! aafiyah xyah ada nick pendek la sbb nama dia pun senang sebut. sedap per nama aafiyah tu.

weed said...

alahai lize...opss..liza...pelik la pulak...janggal seh....huhuhu...

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.