Wednesday, August 26, 2009

Hari dia memanggilku 'Umi'

23 August 2009.. Batrisyia panggilku 'Umi'.

Babies besar dia, biasa la.. suka bercakap walaupun kita tak faham apa. Jadi, bila dia sebut 'Umi', aku tak rasa apa. Ingatkan dia hanya bercakap seperti biasa. Tapi lepas beberapa kali dia sebut, barulah aku sedar yg dia betul-betul maksudkan perkataan tu.

Hari tu, dia menangis sambil merangkak ke arah aku. Dia panggil. Jelas bunyinya. Aku suruh hubby dgr. Hubby sama mcm aku, dia rasa ianya satu kebetulan.

But then, di masa lain, dia sebut 'Umi'. Bila abi dia suapkan makanan dan dia taknak mkn, dia nangis dan panggil 'Umi'. Bila aku dtg dan suapkan, terus mkn sampai licin.

Pagi tadi pun, dia panggil 'Umi' sambil aku pakaikan dia tali pinggang keledar.

Cuma dia taklah panggil aku setiap masa. Hanya ketika terdesak. Hehehe..

Mcm mane dgn hubby? Ok, Batrisyia masih cuba nak sebut 'Abi'. Setakat nie, bunyinya lebih kepada 'Abeh' atau 'Abh'. Hehe.. comel je.

Kalau kami guna gelaran 'Mama' dan 'Papa', mesti cepat sikit dia dpt sebut. Agaknya la...

7 scribble(s):

Faizah said...

sweetnyaaaa, anak buah aku tak reti lg sebut ibu ke, abah ke, atok ke hehehe, masih lg bahasa jerman nya

Liz said...

faiz> anak buah ko kan kecik lg. lama2 nanti, reti la tu.

owh, anak aku masih ckp bahasa jerman. cuma skrg dah tau ckp bahasa melayu sikit-sikit. hahaha

Faizah said...

anak buah aku dah setahun 3 bulan hehhe, tp dia suke ajuk cakap org, yg simple2 dia akan sebut

Liz said...

faiz> ni anak buah yg mane? bkn yg adik ko punye ke? aku ingat kecik lg. xpe, lain budak.. lain perkembangan

sya_firwan said...

wah batrisyia da pandai cakap..:) comelnye..

Azury said...

batrisyia sebijik muka umi dia!!

Liz said...

sya> tp dia x panggil Umi setiap masa. cuma kdg2 terkeluar dr mulut dia.

kak azury> alamak, sebijik ke? xde rupa abi dia langsung ke? ada rasanya cuma org x perasan.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.