Friday, August 07, 2009

Asam Pedas Tak Bungkus

Perancangan awal, nak cuba masak Asam Pedas Bungkus yg Ummi buat. Resipi diambil dari buku memasak Chef Hanieliza. (Nak beli semua koleksi tp masih belum sempat pegi bookstore). Asam Pedas mmg la dah biasa buat tp ni Asam Pedas Bungkus. Mak aku pernah buat rasanya. Tp masa tu, dia masak dlm oven. Aku nak ikut resipi ni bulat-bulat sbb nak tau camne rasa Asam Pedas kak Liza.

But then, tak jumpa aluminium foil kat kedai yg aku pegi semalam. Disebabkan masa yg sgt suntuk, aku ckp kat hubby yg aku masak Asam Pedas Tak Bungkus. Hehehe..

Here is the recipe. Ikut mcm kak Liza tp x bungkus.

ASAM PEDAS TAK BUNGKUS

Bahan-bahannya:

Ikan pari
1 cawan jus asam jawa
3 tangkai daun kesum
5 tangkai daun ketumbar (ni aku tak letak)
1 batang serai - diketuk
6 biji bendi
1 biji tomato - belah 4
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
15 tangkai cili kering (ni main taram letak suka hati sbb nak pedas)
1 labu bawang besar (tak letak)
3 ulas bawang merah (aku letak 6 ulas)
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa, garam dan daun kesum. Biarkan mendidih hingga pekat.
3. Masukkan ikan, bendi dan tomato. Masak hingga ikan masak dan bendi lembut.
4. Angkat dan hidangkan.

Verdict: Hubby ckp, "Ni mcm lauk yg kita mkn kat Melaka dulu. Nak mcm Asam Berlada pun ada gak". Di akhir makan mlm, dia seperti menyesal kerana tegah aku masak nasi lebih. Asam Pedas mmg sedap kalau mkn dgn lauk Kobis Goreng dan Telur Masin.

Ni gambar Cik Adik Manis yg sibuk main kat dapur masa Umi dia masak. Abi dia tgh mandi time ni. Bila dia dgr air mencurah dr bilik air, dia jadi takut sambil jerit-jerit. Mcm takut something happen kat Abi dia dlm bilik air. Terus dia nak gi bilik air.

Doh, muka serabai!
Aku belikan masks di bawah utk kami bertiga. Yg pink tu cantik!


9 scribble(s):

puan punyer said...

wah asam pedam pakar nih... salam kenal.... saya juga ada jual CD brand Coolababy buat masa nih.. coming soon brand lain... bleh tgk kat sini http:juallampinmoden.blogspot.com. skang sy buat promosi... n saya poon org Seremban

Liz said...

hi. owh,anak saya pakai brand Lunatots.

sya_firwan said...

liz..utk h1n1..the best mask n95 - n100..recommended by kemeterian kesihatan

http://www.nowpublic.com/health/why-not-use-medical-mask-during-h1n1-swine-flu-hype

Liz said...

sya> ye tau. saya dah cari tp so far, x jumpa. tu yg beli mask bodoh tu dulu. pastu kan, mask n85 ni, adult je boleh pakai. kalau baby, mmg besar. x jumpa lg mask utk baby.

WanYgBest said...

errr...skrg mmg kuar kena pakai mask ke? hmmm...UK ni negara ke3 terbesar ngan kes nih...tp diorg nih x highlight pun dlm berita psl kes nih...

hmm...kjaan xnak bg rakyat dia panik, tp bile dah mcm nih, jd x behati2 la plak...esok ade Hot Air Balloon Fiesta, annual event Bristol...hmmm...xtau la nak p ke x..takut yg selsema tu pun p gak..huhu

watie said...

Lize...tumpang iklan jap :)
meh carik kasut raye utk batrisyia yg cumil itu www.lilorangez.com

Liz said...

wan> belum wajib lg pakai. tp kita nye effort la kan. mencegah lebih baik dr mengubati.

eziannr said...

Liz, asam pedas nko buatkan aku lapar huhuhuhu...sedapler nmpk....harus kucuba buat jugak nnt....mybe esok sebab nak pose ganti...tinggal 1 hari jer lagi...boleh wat lauk bukak pose...:)

Liz said...

ezian> cuba la yan. ala, biasa je asam pedas tu. tp kalau lapar n mkn time panas, rasa berselera la kot.

anyway, jus asam lawa tu aku x letak satu cawan. aku letak lebih. bergantung pd brp byk ikan ko letak n samada ko suka hirup kuah dia ke x.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.