Monday, August 17, 2009

Adakah anda dan orang tersayang berada dlm kelompok LIMA JUTA tersebut?

H1N1 kini tahap tenat
Oleh LIAU PEI
WENliau.peiwen@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Darurat kesihatan tidak boleh diisytihar sewenang-wenangnya walaupun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini dijangkiti virus selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya mengakui situasi wabak itu di negara ini adalah tenat, tetapi untuk mengisytihar negara sebagai darurat ia perlu mengambil kira banyak faktor dan kriteria lain.

Katanya, ia termasuk melibatkan pelbagai pihak lain seperti orang awam, kementerian dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ini tidak bermakna kerajaan tidak serius dalam menangani penularan H1N1, malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Pengerusi kepada Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Untuk Menangani Wabak H1N1,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Malaysia hari ini mencatatkan tiga lagi kematian akibat virus H1N1 menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 62 orang manakala sebanyak 283 kes baru dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kes terkumpul H1N1 meningkat kepada 3,857 kes.

Semalam Tiong Lai berkata, WHO menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu.

Statistik itu berdasarkan kajian terperinci WHO mengenai kesan penularan luar biasa H1N1 terhadap sesebuah negara jika ancaman virus tersebut tidak ditangani secara berkesan dan menyeluruh.

Tiong Lai berkata, buat masa sekarang, Kementerian Kesihatan akan memfokuskan kepada aspek pencegahan dan rawatan khususnya terhadap pesakit-pesakit H1N1 yang terdiri daripada golongan berisiko tinggi.

“Kita akan terus mempergiatkan usaha menghebahkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan H1N1 di media massa seperti mengadakan sesi forum dengan orang ramai bagi meningkatkan tahap pengetahuan serta kesedaran mereka,” ujar beliau.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan mahu mengambil langkah yang praktikal dalam mencegah penularan wabak H1N1 di negara ini termasuk meminta orang ramai memberi kerjasama bersepadu kepada kerajaan dalam perkara tersebut.

“Saya yakin keadaan akan bertambah pulih sekiranya orang ramai mempunyai tanggungjawab yang tinggi dan tidak memandang remeh penularan wabak H1N1,” jelas beliau.

Beliau seterusnya menegaskan, individu-individu yang mempunyai gejala penyakit serupa influenza (ILI) seperti demam panas, selesema dan batuk perlu segera mendapatkan rawatan di hospital demi kesihatan diri.

“Mereka juga perlu prihatin dengan keselamatan orang lain dengan tidak menghadiri majlis-majlis terbuka dan berehat di rumah supaya virus penyakit tidak menjangkiti individu yang tidak berkenaan,” katanya.

Setiap hari, ada je kes kematian disebabkan H1N1 dicatatkan. Rasanya, kita sudah perlu mula bimbang akan penyakit nie. Yer la, masa mula-mula penyakit ni menapak di Malaysia, rakyat diberitahu agar tidak perlu takut kerana penyakit ni seperti selesema. Tak ada apa yg perlu ditakutkan. Tapi bila virus dah mula mutasi dan resistance, bila virus kat Malaysia ni LEBIH KUAT dr virus yg serang Australia, baru la sibuk nak ambil langkah berjaga-jaga.

Kita dah perlu bimbang tapi ramai je yg x pakai mask bila berjalan di luar. Mask yg paling sesuai ialah N95 tp ada korang jumpa farmasi jual mask N95 nie? Aku dah keluar masuk byk farmasi.. NADA! Takde yg jual mask jenis ni. Yg ada hanyalah mask biasa yg berharga RM1. Yer, tau.. doktor pun pakai mask yg mcm tu. Tak kesah la kan.. kalau dah tau ada yg lebih bagus, buat apa yg pilih yg biasa-biasa je. Kesihatan perlu diutamakan.

Kat tempat hubby bekerja, dia dibenarkan beli mask dan claim. Ye la, dah dia selalu deal dgn org luar. Selalu pegi airport utk settlekan document. Maka, dia berisiko utk kena virus tu. Harapnya, penyakit ni dijauhkan dari dia. Bila boleh claim, maka dia pegi beli sekotak terus!! Jimat la duit kerajaan RM10.

Bagi kami, situasi ni dah cukup membimbangkan. Kalau kami hanya hidup berdua, mungkin kurang sikit rasa risau tu. Ye la, kalau dah kena dan mati, kami je yg mati. (hmm). Tapi bila dah ada anak.. level risau tu dah jadi 200%. Takut kalau anak yg kena. Tak dpt nak bayang kalau dia dpt virus tu.

Kami hanya keluar ke tempat lain jika benar-benar perlu. Kalau tak, duduk rumah je. Tak lagi pegi hypermarket.. pasar malam.. jalan-jalan. Mkn luar? Absolutely no. Ku masak aje kat rumah. Apa yg ada, telan. Hehehe. Nak beli brg dapur, sorang je yg turun dr kereta dan beli cepat-cepat. Tgn selalu basuh bersih. Naik lif pun, tekan butang lif pakai tisu (ni kalau x bwk hand sanitizer). Kalau tak pun, guna la ayat, "Erm.. boleh tlg tekan tingkat 22?" Huhu.. kena pandai!

Persiapan raya? Owh, dulu berkobar-kobar nak sambut raya tapi skrg, dah tak rasa apa. Ingat nak cari langsir tp sampai skrg x cari sbb xnak pegi tgk langsir kat tmpt yg ramai org. Kuih raya? Ingat nak gi tunjuk-tunjuk kat area Ampag Point yg jual kuih raya sedap time puasa tp sudahnya aku terfikir nak bakar sendiri. Haaa, amek ko. Virus ni buat aku terlebih rajin nak buat kuih raya sndr. Last time buat kuih raya sendiri ialah ketika berumur 14 tahun T_T

Hubby ckp, thn ni x payah la pegi open house sbb kita tak tau tahap kesihatan org yg dtg ke open house tu. Hehe.. setuju sgt la weih. Jadi, maaflah kalau ada org yg ajak pegi open house tp aku tak pegi. Jgn la terasa yer. Kalau setakat dtg beraya di rumah org di mana ia bukanlah open house, maka kami insya Allah akan sampai.

Hmm, 5 juta tu beb!! Ramai!

3 scribble(s):

WanYgBest said...

abg aku nak kawin 3 oct ni, hmmmm

Liz said...

wan> mmg ramai org kawen psa raya nie. anak sepupu aku pun ada yg kawen. kalau x pegi, mau aku kena bambu. tp bile pegi, rasa risau sgt2!! pegi je la tp pakai mask.. hehe, gerenti ramai org xnak dekat.

p!nkerton said...

mmg bahaya.. kita as parents mmg risau 200%. skang ni tak bawak athirah gi tmpat public pon, risau! doa2 la kita semua dijauhkan.. amin

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.