Tuesday, July 07, 2009

Umi..Umi.. Umi kat dapur ke?

A week ago, aku ke Giant dgn my mother. Batrisyia mesti la ikut sekali sbb abi nye outstation ke JB. Kitorang cuba la dudukkan Batrisyia dlm troli tp xleh. Dia tak reti. Ye la, anak aku kan tak reti duduk lagi.

Hujung minggu lepas, hubby ajak bersarapan di luar. So kitorang mkn kat kedai pakcik misai (gelaran ni hubby yg bagi). Pakcik misai tu tanya, “Anak tu taknak letak dlm kerusi ke?”. Kitorang teragak-agak nak letak. Ye la, Batrisyia mmg reti duduk dlm tu tp dia mcm x reti nak stabilkan diri dia. Tapi takpe la, letak la jugak.

Entah mcm mana, aku tergerak hati nak ajar dia pegang kerusi tu. Aku ckp kat Batrisyia, “Batrisyia, hold this!” pendek je arahan aku sambil letakkan kedua-dua tgn dia kat palang depan high chair tu. Dia pegang. Dan terus pegang palang depan, palang kiri kanan.. terus reti duduk kat high chair sampai siap pusing-pusing belakang.

Ptg tu, kitorang gi survey high chair. Semangat abi dgn umi dia! Ekeke.. Pastu, masa kat Tesco, letakkan dia dlm troli, pun dia dah reti duduk sbb dia dah tau yg dia kena pegang palang kat depan utk mengelakkan dia dr jatuh.

Kat rumah, abi dia ajar dia duduk kat lantai. Ok, tak elok mengajar anak. Biar dia belajar sendiri. Aku ada terbaca yg x elok ajar anak sbb mungkin tulang belakang dia tak kuat lagi. Erm, ye ke? Tapi abi nya ajar jugak. Lebih kepada ajar dia balance utk duduk sendiri tanpa jatuh. Kalau nak Batrisyia bangun sendiri lepas baring dan duduk, mmg belum reti lagi.

Ptg tu juga, Batrisyia dah reti nak stabilkan diri dia. Now, kalau dudukkan, dia leh duduk. Hehe tp kalau dah syok tgk Upin Ipin, kdg2 dia mcm lupa nak stabilkan diri dan akhirnya tergolek. Ekekek..

Dia skrg mcm nak berkepit je. Kalau salah sorang dr kami xde depan mata, mula ar dia menjerit-jerit. Baru-baru nie, kitorang saja je menyorok dlm bilik. Tinggalkan dia sorang-sorang kat ruang tamu. Mulanya dia tak perasan sbb tgh tgk Upin dan Ipin. Bila dia sedar yg parents dia takde, dia mula menjerit ala-ala menangis sambil pegi ke dapur. Yes, dapur!

Semalam, aku tersedar perkara yg sama berlaku. Aku kat dlm bilik. Dia cari aku kat dapur. Dia jenguk-jenguk tp aku takde. Nangis ar. Bila aku muncul dr bilik, terus dia menjerit, mcm geram. Agaknya kalau dia boleh ckp, mesti dia ckp, “Mana umi pegi? Puas Batrisyia cari kat dapur!”. Ahaks.

Byk nak cerita psl development dia tp kalau aku tulis, panjang berjela pulak. Nanti korang boring. Kemudian la yer. Aku buat sub topic.. chewah.

Sedikit update ttg diriku.. saya telah kembali memakai high heels! Pergh, lama gila tak pakai high heels.

4 scribble(s):

eziannr said...

ahhaahaa...cutelaaaaa anak nko! comelllllll

Liz said...

ezian> kdg2 pening apsal la anak aku ni nak berkepit je. kdg2 aku sampai kena tutup pintu dapur masa memasak sbb xnak dia sibuk nakkan aku. tp xpe la, nnt dah besar, dia bknnye nak berkepit lagi. jadi enjoy je la masa yg ada ni kan?

Faizah said...

comeinyaaaa batrisya

Liz said...

faiz> thank you auntie faizah!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.