Friday, July 03, 2009

She's a healthy baby


Semalam, aku pulang awal dari office sbb nak bawa Batrisyia pegi check up. Semalam juga, Batrisyia genap 9 bulan!!! Kali nie, aku dah malas nak buat milestone chart. Hehe, selagi dia sihat, tak perlu la nak risau ape.

Jadi, aku pulang dgn hati yg berdebar. Risaukan berat dia. Naik ke tak? Harapnya naik la walaupun sedikit.
Sengaja aku lipatkan sehelai gown masuk dlm beg nursery. Selama ni aku hantar baju and seluar je. Takde nak hantar gown. Masa ambil dia semalam, Dilla pakaikan dia gown tu and siap ikat rambut mcm pokok kelapa. Hehe.. so cute!

Sampai klinik, aku bogelkan dia and ambil ketinggian dia dulu. 71cm. Ok, makin meninggi. Berat pulak cecah 6.15kg. Naik sikit je tp ok la. Ok Liz, jgn compare dgn anak org lain yg lebih berat dan semangat dari Batrisyia.
Semasa tunggu turn utk jumpa nurse, Batrisyia dok 'berckp' dgn sorang Indian baby girl. Baby tu pun sama galak 'berckp' gak. Aku berborak dgn mak dia.


Indian lady: Dia menyusu badan ke?
Me: Aah.
Indian lady: Anak I pun menyusu badan. Ni anak kedua. Tapi dah 3 hari I bagi dia susu L*ctogen. I tak tahan la. Orang ckp dia kecil.
Me: Oh, kenapa mcm tu?
Indian lady: Anak pertama I pun menyusu badan tp masa umur dia 8 bln, dia berat. Yang nie, dah 8 bulan tp baru 6.7kg. Ni dh 3 hari I bagi dia L*ctogen, terus berat dia lagi 7.1kg. Orang semua tanya I kenapa dia kecil tau. Pasal tu I bagi dia L*ctogen.
Me: Owh, I tak kesah. As long she's healthy, I tak rasa perlu nya utk tukar susu.
Indian lady: Tu la. Doktor dia pun kata tak perlu risau tp tu la, I tak tahan dgr ckp org.

Perbualan bersambung dgn penerangan betapa pentingnya susu ibu dr yours truly. Aku dah mcm counselor dah. Hehehe..

Then, sampai la turn kitorang jumpa nurse. Nurse tanya samada Batrisyia masih menyusu badan ke. Aku jwb je la yer. Dia kata, kalau camtu, tak perlu nak risaukan berat badan dia. Then, dia tanya lagi samada aku bekerja ke. Aku jwb la ye. Terus nurse tu tanya aku soalan bertubi-tubi.

Nurse: Abes tu, perah kat office ke?
Me: Aah
Nurse: Dpt byk?
Me: Cukup la utk baby
Nurse: Dpt berapa ounce sehari?
Me: Erm, kalau masa kat office, ada la dlm 20 oz ke 24 oz.
Nurse: Eh, byknya.
Me: Alhamdulillah la.
Nurse: Awak mkn apa nak bg byk susu?
Me: Makan? Erk, tak mkn apa-apa. Mkn mcm biasa. Mkn nasi. Tak skip mkn la.
Nurse: Ni perah tgn ke pakai mesin?
Me: Oh, pakai pam. Tak reti sgt perah pakai tgn nie. Lenguh lak nanti.
Nurse: Ye la. Pakai mesin ni cepat sikit.

Hohohoh.. nurse ni sgt pro BF.

Then, aku tanya la mcm mana nak bg berat Batrisyia ni bertambah dgn byk. Dia tanya apa yg Batrisyia dah mkn skrg. Aku apa lagi, semua makanan dia aku bgtau.

Nurse: Oh, dah mcm2 dia mkn. Dah takyah nak tambah ape dah sbb tu pun dah cukup. Lagipun, dia ni mcm ikut genetik awak. Takkan la dia besar sgt kan.

Lega aku dgr. Terus hilang debar di dada.

Jadi, marilah kita meneruskan misi penyusuan kita. Ignore je apa org lain nak ckp. Biasa la, halangan tu tetap ada dari pelbagai sudut. Pandai-pandai la tepis.

Aku rasa, trend menyusukan anak akan kembali dlm 5 thn. Bak kata Kd, kwn2 dia pun byk je yg menyusukan anak skrg nie. Skrg nie, ibu-ibu dah makin pandai mencari segala info di Internet. Ilmu kan di hujung jari. Cari la.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.