Thursday, July 23, 2009

Multivitamin for infant.. is it necessary?

Kami sekeluarga cuti semalam sbb nak jumpa paed kat hospital utk dptkan blood test result Batrisyia. Alhamdulillah, semuanya okay. Kemudian, aku tanyakan kelenjar di leher Batrisyia yg kelihatan agak menonjol ketika disentuh. Doktor checked dan dia juga checked kelenjar-kelenjar lain. Dia kata tak perlu risau as long as anak tak selalu demam. Then, dia review milestone Batrisyia. Masa ni, aku perasan sesuatu. Kat depan PC dia, ada nota. Mcm rujukan. Owh, rupanya dia doktor muda.. mungkin baru habis belajar. Patut la setiap kali aku tanya sesuatu, dia akan keluar kejap utk tanya doktor di bilik sebelah. Masa ni aku mcm terasa kureng sikit la.

Lepas siap semua, kami dikehendaki tunggu di ruang menunggu utk ambil semula buku kesihatan. Lama gak menunggu. Entah apa yg doktor tu tulis dlm report sampai lama sgt. Then, aku nampak doktor tu berjalan ke arah kami. Hmm, ape lagi aa yg dia nak.

Doktor: Puan, saya br review berat anak puan. Mcm tak cukup berat la.. yada yada yada
Me: Mmg la dia ringan. Tapi dia menyusu badan. Rasanya takde masalah.
Doktor: Ye ke? Tp kalau tgk kat chart nie, x boleh la.
Me: Doktor tak boleh refer kat chart tu la. Chart ni kan dibuat berdasarkan berat baby yg minum susu formula.
Doktor: Eh, ye ke?
Me : Ye la.
Doktor: Ok, kejap ye.

Pastu dia gi refer kat doktor lain. Ada la dlm 5 minit.

Doktor: Anak puan mkn berapa kali sehari.
Me: 2 kali sehari..tgh hari dan ptg.
Doktor: Byk tak dia mkn?
Me: Ada la dlm 5 sudu.. sudu besar.
Doktor: Susu dia minum brp kali sehari?
Me: Malam, on demand. Siang.. 6 botol.
Doktor: 6 botol? Owh, perah ke?
Me: Aah la perah. Saya kerja la. Mane boleh direct.
Doktor: Ok, kejap ye.

Dia gi refer kat doktor lain gak.

Doktor: Ok, camni la. Saya akan prescribe multivitamin utk anak Puan. Kalau lps 3 bulan ni, berat dia x naik byk, kena dtg sini blk la.
Me: Hah? Kena dtg? Tak payah la. Leceh la nak dtg cni. Saya kerja. Kalau kat klinik tu,senang la.
Dotktor: Ok. Kalau camtu, saya buat surat rujukan ke klinik. Kalau tak ok, dtg cni blk.
Me; Hmm, ok.

So hospital bg Appeton for infant. At first, aku taknak bg tp pk2 blk, bg je la. Takde masalah pun sbb tu setakat multivitamin. Cuma aku nak argue ttg sbb knp dia bg multivitamin nie.

Aku baca risalah yg dibekalkan dlm kotak Appeton tu. Dia beritahu satu-satu kebaikan yg anak aku akan dpt bila makan Appeton. Tapi takde pulak dia ckp yg ia boleh menaikkan berat badan. Cuma apa yg aku boleh lihat ialah ia boleh menaikkan selera anak utk mkn. Bila anak kuat mkn,badan pun leh jadi gemuk. Gitu ke? Adakah baby yg gemuk tu sihat? Baby yg kurus tu tak sihat ke?

Kalau berat anak aku tak naik byk, korang rasa perlu ke aku gi refer ke pakar semula? (consider yg dia cukup susu, cukup mkn, x sakit dan aktif). Aku rasa tak perlu refer ke pakar sbb anak aku tak sakit dan dia aktif. Apa pendapat korang? Ada sesapa pernah bg anak mkn multivitamin nie tak? Ada sebarang komen?

12 scribble(s):

Faizah said...

lor, anak ko kan ikut genetik ko yg kecik ngn comeiii, jgn ler riso sgt hihi

puan punyer said...

hi liz, salam kenal just blog hop pastu tajuk nih mcm menarik, ader sorang excolleague sy dulu dier ckp ank dier poon kurus tp bler refer dr. dr reply x perlu vit. coz selagi ank tu aktif mean dier ok, lainlah kalau dier x aktif , murung tu tandanya something wrong somewhere. kan susu ibu nih dh complete everything... then psl vit. poon sy kureng sokong sbb ader bbrp kes sy tgk akibat suka bg vitamin mcm2 kt anak masa kecik, biler ank tu besar dier cam overweight n ssh nk turun blk... sy bkn dr cuma bg pandangan peribadi.....

jannahrais said...

Kalo akak jadi kamu,akak x bagi kot multivitamin tu..reasons
-bb sihat,aktif,lasak..
-makan minum sume ok..xde la smp kene pakse..kan?
-susu ibu dh mmg kaya dgn zat vitamin
-mkanan yg liz masak tu sndiri dh ade multivitamin..segar lg tanpa bhn pengawet nk d bandingkn dgn appeton tu.
-rasenye xperlu sgt ikut chart tu..tak sume bb same..
-u know better ur bb..kalo keadaan x memakse akak xbg appeton tu..
-bg lg byk mkn buah2 sayur2..kalo x naik gak nk buat camne..dh mmg ikut ummi nye yg comel ;-)

didahaida said...

salam.anak ke dua saya memang kurang berat badan.pada umur 1 tahun berat dia 6 kg.tetapi dari segi pertumbuhan dan keaktifannya adalah tahap normal.dari segi pemakanan juga normal malah lebih kerap makan dari orang lain.doktor juga telah memberikan multivitamin pada usianya 7 bulan.bagi saya beri atau tidak jika resultnya sama, mungkin bolih kata buat apa.tetapi saya beri kerana saya mahu lihat dia besar sedikit dari saiznya.maaf panjang pula.

Liz said...

faizah> aku tak risau pun. cuma mcm dah penat la bila org risaukan berat anak aku. hehe.

puan punyer> saya pun mmg ikutkan hati taknak bg vitamin. bg saya mmg susu ibu tu dah cukup. plus, anak cukup mkn. saya baru bg dia semalam. pagi nie dah rasa mcm xnak bg. psl tu minta pendapat org lain.

kak jannah> tu la kak. knp la doktor sibuk sgt nak refer pd chart yg terang2 kurang sesuai utk org asia yg petite.. sungguh kdg2 rasa na argue lebih2 dgn doktor. dah la doktor smalam mcm xtau ape2 sgt. mcm sy lak yg terlebih tau.

didahaida> panjang anak sy sgt ok. dia kategori tgh2. cuma berat je kurang memuaskan hati doktor. bg saya, sy puas hati tgk dia sbb dia aktif, jarang sakit (kalau sakit pun,ceat sembuh), mkn dgn tetap dan mkn makanan berkhasiat.

psl tu perkara pertama yg sy buat bila dpt appeton tu ialah membaca risalah dia. mmg x nampak mcm mane appeton boleh buat berat dia naik. cuma boleh nampak appeton boleh beri vitamin tambahan dan lysine leh tingkatkan selera mkn. anak sy mmg dah berselera tp berat x naik sgt.

MUMMY ILA said...

kebetulan ila baca kisah ni sama seperti ila penah alami dulu.

Izz mengalami masalah berat badan since 6 bulan lg. izz fully bf. since dia lahir sampai la skrang ila masih bawak izz check up dgn pakar kanak2 di pusrawi (swasta). setiap kali refer kat situ, doktor x penah komen -ve pasal perkembangan izz cuma dia selalu bgtau saiz bukan penentu janji anak sihat..perkembangan ikut masanya, berat naik setiap bulan even x byk.
1 hari izz diserang broncholitis. masa tu dah petang, so nak p pusrawi, paed yg selalu jumpa dah takde. dia ada di hospital pantai plak. disebabkan malas nak kesana..kami bawak izz ke GH..1st time datang sana mestila kena wat rekod izz. timbang la segala apa. sekali punya la terkejut doc situ bebel kat kami berdua. dia ckp izz underweight. x ikut chart yg ada. dia tanyala pasal makan la minum la. bila ila kata izz fully bf. dia terdiam than tetiba je ckp ila kena campo susu lain.ila kena rujuk kat pakar pemakanan utk izz. dah lak lainlak citenye. masa tu kami dah risau la gak. kenapa sampai camtu..serius sgt ke?
selepas kejadian tu, ila bawak izz jumpa paed di pusrawi balik & ceritakan la apa yg doktor GH ckp. ila slumber jela cite sbb paed pusrawi yg ila jumpa tu lg otai (org lama)dr doktor2 kat GH tu. Bukan nak pertikaikan doktor GH cuma setiap kali nak peksa budak asik tgk nota..chart je. aduii..x konpiden langsung!
Paed pusrawi ni ckp la"wat pe nak bwk p jumpa pakar pemakanan? dia baru 6 bulan bukan 6 tahun. Camnila bf je cam biasa. Bagi multivitamin utk support lg body dia.Jangan ikutkan sgt chart tu sbb x sesuai dgn perkembangan budak2 asia."

ha..itu la citeye...

Liz said...

mummy ila> owh, lebih kurang je cite kita. saya tak pernah nak persoalkan doktor di hospital kerajaan. dulu masa sy pegi ke hospital yg sama, saya jumpa seorang paed. sy tanya samada sy perlu bimbang ttg berat anak sy atau tak. dia kata, takde ape yg perlu dibimbangkan sbb anak saya sihat dan aktif. plus, dia lasak. Maybe sbb tu berat dia naik sikit-sikit je.

Bila jumpa doktor yg ni pulak, kejap2 tgk nota. kejap2 tanya doktor lain. kejap2 tgk graph. sy bengang la. baru abes belajar ke? kalau baru abes, jgn keje kat KLINIK PAKAR. tak sesuai. bila asyik refer nota, kita as a patient pun jd x confident dgn dia.

lain pulak dgn nurse kat klinik kerajaan. masa sy jumpa mereka 2 minggu lepas, saya saja2 ty ttg berat anak. sengaja nak tgk pendirian mereka. nurses siap ckp, "tak payah la ikut graph. anak awak kan cukup mkn. cukup susu. dah dia ikut kecik comel mcm awak.". saya sgt lega!

Mama-Miya a.k.a MiuMiu a.k.a "Jedi Hopeful" said...

miya dulu i bg appeton infant drop bukan utk naik berat but nak pastikan dia dpt 100% vitamin yg diperlukan..and also i nak dia tinggi dari i...itu aje..

but mmg selera dia naik skit, maybe due to b-complex. tp dalam gitu pun, miya is still underweight kalau ikut carta tu, tp terover tinggi pulak for her age.

imagine, miya yg pipi labuh ni pun di kata underweight. pekejadah kan?

sya_firwan said...

sya amik multivitamin kat iffah ngan qistina sebab utk kuatkan antibody..sebab hantar kat nursery..selalu sakit..baby lain selsema..dia pun selsema..penah tanya doktor gak..baby saya bf..tapi kenapa slalu sakit..doktor ckp baby bf pon akan sakit..sebab virus tuh da ade..cuma sakit nye..insyaAllah tak kronik..dan tak lama cm baby minum susu formula..tanya jugak dia sebab qistina kecik ke dia selalu sakit..dia tanya berapa oz susu qistina minum..masa tuh qistina minum 3.5 oz 4 botol..pastu malam on demand..makan bubur 3 kali sehari..dia calculate calories qistina amik..dia ckp..should be enough..then, dia cakap jangan risau laa..mak dia kecik..baby pun kecik..pastu dia cakap..as long as dia aktif..ok laa tuh..qistina baru 8kg..masa umur dia 1 tahun..:) kecik je kan..jadi doktor suggest utk boost antibodi dia amik seven seas cod liver oil..itu je laa sya amik utk dia..itu pon utk antibody..elak penyakit berjangkit..so far ok laa..lama laa jugak dia tak sakit..
dia jugak cakap baby gemuk..tak semestinye sehat..risau nanti bile makan banyak..ade risiko obesiti bila besar..

Liz said...

mama miya> hah, miya underweight? isk,terang2 pipi labuh dia. hehe.. comel je. susah betul kalau doktor yg betul2 ikut graph nie.

sya> alangkah bagusnya kalau sy dgr kata2 tu dr paed hospital nie.

mila said...

Pengalaman sy ttg my baby nia.. masa nia lahir kuning sgt kronik hampir cecah 400 .. masuk wad biru 3 hari ..dah lah sy kena tahan 2 minggu kat hospital after bersalin... sian my baby.. nasib baik la husband berusaha cari penawar .. berbagai jg la .. x jg turun2 kuning .. last sekali husband tawakal n pi turun kereta ty pakcik yg potong rumput tepi jln raya tu... pakcik potong rumput tu slumber je jawab ... anak pi beli appeton infant kat farmasi... pastu .. husband pun beli n bagi kat baby nia.. baru je titis smlm esok periksa darah ..doktor pun terkejut mcm mn bole turun mendadak... àlhamdullilah baby nia da aktif ... so kalau baby ada kuning cepat2 bagi appeton... sian baby balik2 kena suntik sampai lebam... terima kasih jg kat pakcik tu..

Tinney Micheal said...

Sya_firwan,sy na tanya pasal seven seas cod liver oil ni..kat mn ada jual..ini ke nama penuh ubat ni...

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.