Monday, July 06, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby in CAR SEAT Contest

Wah, Mom Bloggers Planet dah beritahu theme utk Cutest Baby Contest bagi bulan July. Kalau June lepas, tema yg diberi ialah RED, kali ni theme nye ialah CAR SEAT. Hehehe, serious tak terfikir yang diorg akan bagi tema ni sbb aku mati-mati ingat tema nye warna lain seperti biru ke, ungu ke.

Utk MomBloggersPlanet Cutest Baby in CAR SEAT Contest nie, syarat-syarat amnya masih sama seperti dulu. Yang bezanya, kena la letak gambar anak dlm car seat. Paling penting, kena la promote ttg betapa perlunya car seat digunakan di kalangan bayi dan kanak-kanak.

Hadiah utk contest kali ni masih lagi ditaja oleh PhotoBookMalaysia dan AliceWonders.




Kenapa aku excited nak join contest kali nie? First, sbb aku x sempat nak join contest bulan June kerana ayah aku pinjam camera. Second, sbb hadiah-hadiahnya sgt menarik. Kalau menang, boleh print gambar Batrisyia atau gambar honeymoon ku di PhotoBookMalaysia. Boleh pilih mana-mana handbag kat AliceWonders. Ahh, sgt menarik! Tapi paling buat aku excited nak join ialah sbb temanya ialah CAR SEAT dan aku berpeluang promote dan beritahu betapa pentingnya car seat digunakan di dalam kereta. Kalau baca entries aku dulu-dulu, byk kali aku ckp psl kepetingan car seat. Hehe, aku kan penah kena tegur 'tak sayang anak' sbb aku berani letakkan anak aku dlm car seat. Woopsie! Oh My God.. Batrisyia ada byk giler gambar dgn car seat merah dia tuh. Uminya ni suka ambil gambar dia dgn car seat sbb Batrisyia suka senyum dan main pekaboo dgn uminya on the way balik ke rumah.

Nama: Humaira Batrisyia binti Rohaizat
DOB: 2nd October 2008

Sejak Batrisyia dlm perut lagi, aku dah surveyed car seat utk dia. Bagi aku, car seat wajib dimasukkan dlm list barang yang hendak dibeli utk bayi especially bagi mereka yang baru hendak mendapat anak pertama (anak yg lepas-lepas tu, leh pakai abg/kakak dia punya.. hehe). Jgn anggap tujuan kita beli car seat ni hanyalah utk memudahkan kita bawa anak dari destinasi A ke destinasi B. Itu salah! Tujuan utama car seat dicipta ialah untuk memastikan keselamatan anak kita di dalam kenderaan.

Car seat ni merupakan convertible seat. Dibeli ketika Batrisyia hampir berusia 2 bulan. Car seat ni buatan Malaysia jenama Sweet Cherry. Harga bwh RM300 je. Tak la mahal mcm jenama luar negara. Bila beli jenis convertible seat, boleh la pakai lama. Mesti bijak membeli. Aku dgn hubby sepakat pilih yang ni sbb ia berwarna kelabu dan merah. Sgt smart gitu! Tak ke cute bila letak Batrisyia dlm car seat nie? Ekekkee..

Batrisyia: Okay Umi, I'm flattered!

Ada orang pernah ckp yg baby lebih selamat bila dipangku sbb kalau accident, kita leh peluk baby tu kuat-kuat agar tak tercampak. Bg aku yg pernah terlibat dlm kemalangan, aku ada pengalaman aku sendiri. Impak ketika kemalangan tu memungkinkan kita utk hilang kawalan dan dlm masa yang sama menyebabkan kita melepaskan anak yg kita pangku. Silap-silap, anak boleh tercampak keluar dari kereta. It’s a split second! Malah, ramai yang tidak tahu bahawa berat ibu bapa itu sendiri boleh himpit anak hingga mati!


Tahukah anda bahawa peratusan utk bayi di bawah umur setahun mati dalam kemalangan jalanraya menurun hingga 73 peratus jika bayi itu diletakkan dlm car seat? Utk kanak-kanak antara 1 hingga 2 tahun, peratusannya menurun hingga 76 peratus manakala bagi kanak-kanak 2 hingga 3 tahun, peratusannya menurun hingga 60 peratus.

Statistik dunia menunjukkan lebih drpd 90,000 kanak-kanak di bawah usia 8 tahun cedera dalam kemalangan di mana lebih 1,000 kanak-kanak mati. Anda mahu anak anda menyumbang kepada statistik dunia yang menggerunkan itu?

Batrisyia: Very good, Umi! Thanks for this car seat.



Sekurang-kurangnya kita dah buat extra precaution dlm hal nie. Biarlah anak menangis sbb taknak duduk dlm car seat drpd kita menangis bila anak tu kembali kepada Tuhan disebabkan kegagalan kita memakaikan mereka dgn car seat.

Batrisyia: Owh, gambar ni x cute, okay! Judge, sila jgn ambil gambar nie.
Ni hanya contoh saya menangis kat car seat. Hehee..

Pastikan anda mematuhi dan mengikuti cara-cara pemasangan dan pemakaian car seat yang betul. Jika langkah-langkah yg betul tidak diambil, pakai car seat pun tak guna.

6 scribble(s):

precious innocent said...

pix last tu sure kene dera dgn umi tu..

-mama emma-

Liz said...

kak emma> salah. pic terakhi tu,dia kena dera dgn abi dia. hehehe..

FdausAmad said...

Gua nak ajak lu dtg makan kenduri kat blog gua.
Folo baca doa skali pun takpa.

Liz said...

firdaus ahmad> may I know who you are?

maisy said...

Dina setahun je duk dlm tuh,dah besar tk minat dah,dah buat perkasam dah baby car seat..talking bout safety,tak boleh letak baby seat kat depan kan if rear facing , baby should less than 1 year..after 1 year then boleh tukar front facing..but still danger due to airbag utk accident..ke ko letak baby kat belakang?

Liz said...

maisya> front facing bkn bergantung pd umur baby tp berat baby. kalau baby dah setahun tp berat dia masih belum cukup seperti yg disyorkan, x boleh front facing. front facing ni bkn ape, utk elakkan kepala baby tersentak (actually ada term dia tp aku x reti nak explain camne) kuat ketika pelanggaran / break mengejut.

x boleh letak car seat kat depan kalau kereta tu ada air bag.

sekali lg, samada letak anak depan atau blkg, kena je tgk nak guna rear facing atau front facing.

anak aku, depan.. blkg.. sume dia dah cuba. hehe.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.