Thursday, July 09, 2009

Matsela Riha Yara.. eh, lambat lagi la.

Lebih kurang sebulan lagi, kita akan mula berpuasa. Maknanya lebih kurang 2 bln lagi, kita akan beraya. Raya tahun ni extra special sbb:

- Tahun ni raya bertiga
- Tahun ni dpt beraya puas-puas sbb tahun lepas sempat beraya sehari aje.
- Tahun ni beraya di rumah sendiri.

First thing, aku agak nervous menunggu bulan puasa sbb nak tgk samada pengeluaran susu ku terjejas teruk atau tak. Harapnya tak la terjejas teruk. Mujur pada masa tu, Batrisyia dah hampir berusia 11 bulan.

Yg excited nya, kami dpt berbuka puasa as a family di rumah sendiri. Mcm tahun-tahun lepas, berbuka puasa beramai-ramai sbb duduk rumah PIL. Dah jd kebiasaan, diorg sume berbuka puasa di sana. For this year, hubby cadangkan agar x ikut diorg sgt sebaliknya berbuka puasa di sana selang sehari atau selang dua hari. Nak merasa berbuka puasa sendiri. Yahoo.. tak sabar rasanya. Lagipun, lebih jimat! Nama pun dah hidup sendiri. Jadi kurangkan la bergantung pada orang lain.

Bila duduk sendiri, persiapan raya pun kena la sendiri. Tu yg lagi excited tu. So far, baru mula sikit-sikit. Baru je pindah so masih dlm proses memenuhkan rumah dgn BARANG-BARANG YANG PERLU. Nak kena touch up mane yg patut. Tapi tak la beriya sgt sbb umah sewa kan. Nak beriya, kena tunggu rumah sendiri siap. Cukup la setakat sedap mata memandang dan selesa didiami. Aku pun bkn la jenis nak berhabis duit. Lepas ni, nak kena cat dinding rumah dan mulakan projek galeri kami. Harus ke IKEA nampaknya.

Kalau baju raya, mmg dah 90% siap. Tinggal nak tempah baju melayu hubby (utk raya pertama) dan cari green dress utk Batrisyia pakai masa hari raya kedua. Dan juga kasut-kasut kami. Itu saja. Yang lain, sudah siap!

What else? Mcm takde je.

Tahun ni nak ambil gambar family Seremban lagi. Maybe hari raya kedua, boleh ambil gambar family ku pulak. Bertiga.. ah, bestnya!

2 scribble(s):

Faizah said...

aku tak buat pon persiapan raya uhuhuhu,

Liz said...

apsal? ehhehe..tau..tau

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.