Friday, July 17, 2009

Mariah Curry

Hubby tak kerja Sabtu ni tapi kami masih akan ke karnival di Bukit Jalil utk sama-sama memeriahkan booth. Hehehe.. At first, nak pegi tgk Harry Potter malam nie. Lepas tu, hubby ajak pegi tgk Sabtu pagi. Pagi ni pulak, hubby ckp "Jom la tgk hari Rabu. Liza ambik cuti. Pastu kita gi shopping raya". Erk, ni mmg giler last minute punye plan gamaknya.

Rabu nie Batrisyia ada appointment kat Ampang Hospital. Aku dah beritahu big boss yg aku masuk keje lambat je. Ni alih-alih nak cuti terus? Haruslah cari alasan munasabah sbb last minute baru nak ckp.

Malam tadi makan lamb. Yummy! Ni kes ada lamb lebih masa buat barbeque baru-baru ni. Ada lebih 8 keping sbb org lain takut nak mkn lamb (sbb nnt migrain la, kolesterol la, takut bau kambing yg tak mandi la). Sudahnya kitorang ambik blk. Dan malam tadi kami grilled 4 keping. (Hubby suruh grill 2 keping, aku buat 4 sbb aku yakin mesti abes punya). Then, buat potato fries dan baked beans.

Nampak mcm tak kenyang tp mak aii, kenyang giler sampaikan leh straight rasa ngantuk lepas makan!

Pagi nie aku bekalkan 4 botol susu (3oz breastmilk for each bottle). Nervous beb. Takut anak aku x reti nak adjust dgn kuantiti baru nie. Hehe.. mak nye je ter over risau. Insya Allah anak aku takkan kelaparan.

Setelah sekian lama dia tak mkn lauk sayur SAHAJA, malam tadi abi dia suapkan Spaghetti with Spinach Pesto. Ada juga campur sawi sikit. Pergh, laju je minah tu makan. Mmg Vege Girl la dia nie. Kenyang dia.

Susah nak tidurkan dia malam tadi. Nak main je. Aku bg susu secara baring. Nak tau dia buat apa? Dia tukar jd posisi merangkak dan sambil tu minum susu! Sabar je la. Tak berani aku nak bg dia minum. Terus aku layan dia main semula. Pukul 10 malam, baru la dia lena diulit mimpi.

Ha, ada satu resipi yg aku nak share dgn korang. Rasanya korang tak tau yg aku x reti masak lauk kari. Sbb mak aku pun jarang sgt la masak lauk kari kat rumah. Jadi, aku pun tak pandai masak. Mkn je pandai. Hehe..

Jadi, bila jumpa resipi ni kat blog Mat, aku teringin nak cuba. Jom layan.

Mariah Curry


Bahan-bahannya:
Ikan (aku guna seekor bawal. Potong 2)
Bendi
Tomato
Kentang (ni aku tambah)
Sebiji cili merah - belah 2 tapi tak putus
1 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula

Bahan yg kena campur dan kacau rata:
2 sudu besar cili
3 sudu besar rempah kari
1/2 cawan air

Bahan tumis:
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 tangkai daun kari
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar. Kacau rata. Perlahankan api.
3. Tambah "bahan yg campur tadi" dan masak hingga terbit minyak.
4. Tuang air dalam 800ml. Masukkan kentang dan biar mendidih.
5. Masukkan ikan. Tuang air asam jawa dan kacau. Biarkan mendidih.
6. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga ikan masak dan kentang empuk.
7. Masukkan cili, tomato dan kacang bendi. Biar didih.
8. Seimbangkan rasa. Mati api.

# Hubby suka kari yg kuah pekat so aku masak sampai kuah tu pekat. Kari nie walaupun takde santan (sbb tu aku suka) tp rasa dia wallaweih, sedap! Terasa semua benda. Pedas pun pedas. Kuah tu pun byk lebih, jd leftover. Lepas ni leh mkn cicah roti.

2 scribble(s):

cintaKusayangMu said...

alamak..bestnye liz dh nk g sopping raya...sok pn maybe qis nk g cari baju raya utk tempah..dh jnji ngn tailor nk dtg selasa ni...kena prepare baju utk 4 org...manyaknye...pengsan jap

Liz said...

qis> hehe, xpe qis. ni kan raya pertama utk anak kembarmu.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.