Thursday, July 02, 2009

Bukakan baju Anuar Zain


Wow! TAK SANGKA KONSERT DIA BEST MCM NIE!!!

Bagi yg dpt tahu aku pegi jumpa kekasih lama malam td, ni la yg aku maksudkan. Jgn salah anggap, ok? Aku dan Kd ke Konsert Lelaki Ini di Istana Budaya.

Sgt enjoy sepanjang konsert berlangsung. Mungkin pemilihan tempat duduk yg tepat. Mungkin juga dgn kehadiran peminat setia Anuar Zain di depan kami yg tak segan silu memekik dan bersorak. Mungkin jugak sbb aku pegi dgn Kd yg pun sama-sama join mamat kat depan dia bersorak. Hehehe..

Kebanyakan lagu-lagu yg dibawa merupakan hits dr album-album Anuar Zain termasuk la lagu Kain Pelikat yg diberi susunan muzik baru. Hampir-hampir aku tak sedar yg tu kain pelikat hingga la keluar perkataan "Kain Pelikat.. la la la la" dari mulut dia.

Segmen tribute pun best. Wallaweih, sedap la dia nyanyi lagu The Flybaits tu!! Sedap saaaangattt!

Aku suka masa dia nyanyi lagu Bila Resah and semua penonton pun nyanyi dgn gembiranya sampaikan Anuar Zain minta musicians slow down the music agar dia dpt mendengar suara semua peminat dia.

Aku suka masa dia nyanyi lagu Bidadari.. tangkap leleh!

Aku suka masa dia nyanyi lagu Kau Bunga Cintaku dan dia ada menari ala-ala comel. So cute!!

Aku suka masa dia nyanyi lagu Perpisahan di mana semua penonton mcm menghayati giler lagu tu (mcm ada kesayuan dlm diri). Tapi yg x syoknya, sorang mamat ni potong feel semua penonton bila tiba2 dia pekik "Anuarrr!!!". Habis satu panggung tu bersorak tanda protes dgn apa yg dia buat. Mmg potong stim betul! Anuar Zain pun nampak mcm terganggu pada awalnya. Yer la, org tu dah penat2 buat semua org layan jiwang, skali mamat tu wat onar!

Org menjerit bila Anuar Zain buka dan lemparkan baju dia ke lantai pentas. Suddenly, ada sorang perempuan menjerit, "Lagi!!" sebagai tanda suruh buka lagi. Kwang kwang kwang. Nak tau apa Anuar Zain ckp? "Takde org nak tolong bukakan". Hahaha.. adoi! Aku rasa ramai je yg volunteer nak tolong bukakan.

Harapnya ada la keluar video konsert ni. Nak beli. Ini merupakan konsert pertama Anuar Zain di Malaysia dan kami merupakan antara orang yang pertama menyaksikannya.

Tiket utk konsert selama 2 hari ni telah habis dijual. Mmg berbaloi la pegi konsert nie. Cuma kenapa takde sesi autograf selepas konsert ye? Aku tgk ramai yg tunggu.

Utk Kd punya entry, refer here.

Utk ulasan ttg konsert, refer di bawah:
http://www.anuarzain.com.my/news77.htm
http://www.anuarzain.com.my/news78.htm

Utk gambar, refer here.

4 scribble(s):

WanYgBest said...

wahhh!!! jelesnyer!!!! nak tgk jugak!!!

p/s: knp mamat2 saje yg excited terlebih nih? kui2...

Liz said...

wan> hahaha.. tu la, aku x sangka Anuar Zain ada ramai peminat lelaki!

p!nkerton said...

ko boleh imejin tak member aku kat mmu dulu satu rumah dgn anuar zain?
mati2 aku tak percaye.. sehinggelah one day bile kitorang pegi rumah drg, tgk bersusun trofi AIM etc kat atas meja console rumah drg tu. blom aku abis terkejut, abg nuar (acece.. tp mmg drg panggil dia abg nuar) turun. aku terkasima okkk hauahahuahuaha. tp dia sgt frenly & generous! so ko boleh imejin tak kitorang lepak2 minum kat mamak dgn dia 2-3 kali? hikhikhik..
*comment same kat blog d hihihi

Liz said...

fatih> ahaha. aku tau dia mmg ada kat sane. bkn ke video clip lagu Sesucinya Cintamu tu buat kat bilik dia? tu cerita yg aku dgr la.

knp ko yg penah lepak 2-3 kali dgn dia, x tlg aku amek autograf dia???

*komen sama di blog kd gak.haha

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.