Tuesday, July 28, 2009

Kenduri kendara

Semalam, badan terasa sgt lemah sampaikan tak larat nak update blog.. Ececece.. lebih-lebih pulak! Sebenarnya, aku kena selesema sejak hujung minggu lepas. Teruk la gak. Elok je Ahad malam, kepala dah rasa macam nak pecah! Lebih-lebih lagi bila nak sujud masa solat. Sakit weih. Jadi, mlm tu aku tido dgn harapan sakit tu akan hilang bila aku bgn pagi.

I was so wrong. Sakit tu tetap ada. Aku tetap dtg kerja semalam tapi aku bermalas-malasan kat office. Seharian melayan e-book (dan sambil buat kerja sikit-sikit). Ada 3 kali jugak kot aku berkurung dlm ladies semata-mata nak duduk dan pejamkan mata menahan rasa sakit kepala tu. Petang, sempat chatted dgn hubby. Perkara pertama yg aku bgtau ialah aku tak boleh nak masak utk mkn mlm sbb x larat. So smalam mkn kat kedai je.

Alhamdulillah, pagi ni terasa okay sikit. Utk minggu ni, aku kena hantar hubby ke tempat kerja tiap-tiap pagi sbb motor kena service. Jadi pagi td sempat nak beli nasi lemak kat Jalan Imbi yg dia dok sibuk ckp sedap.. sedap.. sedap. Wah, mmg sedap! Esok nak beli lagi la.

Anyway, congrats again pd Shidawati dan pasangannya Aidil yg telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka pada minggu lepas. Hubby pulak kena kerja pagi tu. Patutnya sempat je nak pegi kenduri Shida tp tiba2 nak kena pegi airport sbb ada brg tertinggal. So Colonel suruh hubby bwk aku sekali.. bwk wife jln2 katanya. Pukul 3.45 ptg baru sampai ke kenduri Shida. Sedara dia je yg masih tinggal. Dan kwn2 sekolah lama dia. Menurut Shida, wakil SMAP hanya aku dan Faisa.

Lepas kenduri Shida, kami bergegas ke rumah Zid pulak. Adik dia kahwin. Tujuan utama pegi sana sbb nak jumpa Zid and Intan. Lagipun, nak ambil ramekins yg aku dah pesan kat Intan. Jauh betul beli ramekin.. sampai ke Melbourne eh. Takpe. Asalkan dpt lg murah dr kat sini. Tak sabar nak guna ramekins tu. Thanks Intan!

Minggu ni balik Seremban pulak utk hadiri majlis perkahwinan Dalila. Nnt aku update ttg ni pulak.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.