Monday, July 20, 2009

Kecil-kecil dah bergambar dengan singa betina

Kami dah beli pinggan mangkuk. Ceh, tu pun nak ckp. Ni pinggan mangkuk yg plain color tau. Suka! Jadi, yg corak bunga ros hanya akan dipakai utk hari-hari biasa. Ingat nak pegi Ikea tp Ikea kan mcm jauh dan ramai org dan sesak dan leceh.. hmm, jadi hubby bg option lain. CHOW KIT! Yeah, aku pun on aje. Ingatkan kedai yg nak pegi tu kedai biasa aje tp sampai sana, ku rambang mata sbb mcm-mcm ada! Siap tanya hubby kenapa tak bwk aku pegi kedai ni dr dulu lagi. Dia kata, dia pun baru tau ttg kewujudan kedai yg best tu. Kat kedai tu ada banyak barangan plastik, melamine dan kaca.

Maka, ku beli beberapa barang dan perkakas dapur. Ingat nak cari pinggan mangkuk je tp sudahnya mcm-mcm aku beli. Eii, tak sabar nak pegi sana lagi. Teringin nak set bulat mcm bawah tu, eh.. bkn set tu. Set mcm tu tp corak lg lawa(bunga warna emas) dan ada byk mangkuk kecil dan harga mahal sikit aje la. Sabar.. sabar.. ada rezeki lebih, aku beli.

Kenapa minah ni sgt cute? Kenapa? Geram!

Hohoh.. mari kumpul duit!

Rambang mata ku

Penaja yang menaja kos shopping kali nie sedang melayan minah cute


Lepas shopping perkakas dapur, kami terus ke Stadium Bukit Jalil utk tgk South Africa booth di Stadium Astro Sokker Safari Gamepark. Ramainya orang. Rasanya ramai dtg sbb nak tgk perlawanan Man U vs Malaysia yg diadakan pada hari yang sama. Matahari sgt terik jd aku x round pegi tgk booth lain. Hanya lepak di booth sendiri sambil mkn rambutan.



Ramai sgt la rakyat Malaysia yg ber jersey Man U. Susah nak cari org yg pakai jersey team Malaysia. Hehehehe.. Aku pegi la juga booth yg juga official merchandise Man U tp mak aii, ramai giler org. Jadi tak berani nak bersesak.

Yer peminat Michael Owen (termasuk aku). Rasanya dah tau kan yg dia skrg main utk Man U. Kalau la aku tau dia akan main utk 2nd half, aku pun nak beli tiket. Hehehe.









Sebelum balik, kami ke booth "Simba". Aku tgk ramai org. Rupanya ada singa betina kat situ. Ramai nak ambil gambar dgn singa tu. Ada yg berani pegang. Ada yang bergambar jauh-jauh.

Masa ni ada sekumpulan lelaki (yg agak mcm jakun.. hehe) sibuk nak bergambar. Dlm ramai-ramai tu, ada sorang tu entah la.. takut kot tp nak gak bergambar. So dia berdiri jauh giler dr singa tu. Ok la. Aku xde hal dgn dia. Tapi pastu dia mula buat perangai yg aku tak suka. Bila kwn dia nak bergambar, dia takut-takutkan kwn dia. Pastu dia jerit-jerit suruh singa tu bgn. Whosthefather! Ok, kalau ko tu berani sgt, aku takde la kesah. Ni tak, ko lagi penakut. At least, kwn ko berani gak nak pegang singa betina tu. Ye la, singa tu nampak je cool. Mane la tau dia naik hangin bila org jerit-jerit kan. Tak pasal-pasal je ada yg kena terkam. Aku sound la budak tu. Heheh.. Selamba je sound. Siap bg jelingan maut lagi. Baru lelaki tu diam. Pastu ok, semua org dah bergambar tp diorg dok tercongok kat tempat cameraman. Aku ckp la, "Ni dah siap ke belum? Orang lain nak ambil gambar jugak". Baru la reti nak kosongkan depan tu. Ape la.

Inilah gambar kami dgn singa betina Simba. (Yes, lelaki penakut tu pandang je bila aku pegang singa tu).

Singa berehat? Takde hal la.
Lagipun aku dah pernah pegang bergambar dgn ular sawa dan iguana


Ok, mulanya hubby taknak bergambar. Pastu tiba-tiba berani.
Tapi dia bawak cik adik manis skali. Muka cik adik manis mungkin nampak
mcm ketakutan. Actually, dia biasa je.




Dgn Soraya Khan. Dia minta nak pinjam Batrisyia bwk balik South Africa.
Wah, ramainya African yg nak pinjam anak aku.

Balik dr sana, kami mengemas dapur di rumah. Takde apa yg nak dikemas. Cuma mencantikkan lantai yg kurang ceria. Skrg nak baring kat lantai dapur pun boleh. Hehe.. Hmm, aku perasan yg sejak lantai dapur dah cantik, Batrisyia asyik nak ke dapur je walaupun takde sape kat dapur.

Keesokan harinya, kami menghadiri majlis perkahwinan Teena. Tak sempat nak tgk pengantin berarak sbb kami menghadiri kenduri di tempat lain sblm ke sana. Apa2 pun, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.


Dgn Fatih dan Athirah Hani. Anak-anak kami produk susu ibu.

Dgn pengantin.. Batrisyia rambut dah kusut masai

Batrisyia dgn Godmother dia. Alamak Kd, kena ambil gambar lain la.
Gambar ni kurang jelas dan cun




2 scribble(s):

p!nkerton said...

tgk barang dapur ni mmg rambang mate. dulu mase shopping kat langkawi, sampai excess luggage. abeh bayar tax je huhuu..
eh gambo kitorng pon ade :) aku tak sempat nak upload lagi.
*sgt berani ko mmegang singe!

Liz said...

fatih> kat langkawi mmg leh rambang mata. nasib baik masa aku pegi dulu2, aku belum duduk rumah sndr. kalau tak, mesti shopping sakan

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.