Friday, July 24, 2009

Harry Potter and the Half-Blood Prince

Rabu lepas kami kan cuti. Lepas jumpa doktor muda tu, kami ke Cheras Leisure Mall utk beli tiket wayang Harry Potter and the Half-Blood Prince. Ni first time bawa Batrisyia sekali. Nervous pun ada. Takut minah tu melalak.

I love Harry Potter. Buku, filem.. semua aku suka. Kalau nak rasa puas hati, mmg kena baca buku sbb penerangannya lebih terperinci. Tapi kalau kurang masa atau malas nak khatamkan buku-buku yg tebal tu, tgk movie pun boleh la. Cuma jgn la harapkan semua benda dlm buku tu boleh diterjemahkan dlm movie yg berdurasi 2 jam lebih.

Kerana tu aku tak letak harapan tinggi dlm movie nie. Aku cuma nak enjoy.

Beberapa hari sblm tgk movie ni, aku suruh hubby layan semua movie terdahulu HP agar dia dpt ingat semula apa yg dah berlaku. Takut dia x paham lak bila tgk movie yg keenam ni. Hmm, dia tak tgk pun. Cuma mlm sblm tu, dia tgk movie yg pertama.

Kami tgk movie pukul 12 tgh hari. Disebabkan bawa Batrisyia, kami pilih twin seats. Kali pertama pilih twin seats. (Hubby kata, seat ni mcm nak galakkan org buat maksiat.. haha). Ok la kalau pilih twin seat. Selesa nak menyusukan anak.

Utk setengah jam yg pertama, Batrisyia sgt seronok! Dia pun tgk sama. Sambil melompat-lompat. Sambil gugu gaga. Kdg2, aku sengaja tekup mulut dia kejap sbb dia mcm over excited jerit-jerit. Lepas tu dah penat kot so dia minum susu dan terus tidur sampai habis movie.

Movie yg keenam ni tak la teruk sgt pun. Cuma bg yg x baca buku, akan mempersoal ending nya yg mcm tergantung. Ada juga beberapa scene yg aku anggap penting tidak dimasukkan dlm movie. Kalau la pertempuran antara kuasa jahat dgn cikgu+murid dlm Hogwarts tu dimasukkan, mesti gempak. Dlm buku tu terasa sgt akan suasana kacau bilau dan panik tu. Kalau la cara Dumbledore tu mati ditiru bulat2 mcm dlm buku, mesti akan menimbulkan rasa sedih yg amat di kalangan penonton. Erm, tp yg ni pun aku mcm sedih gak. Nak nangis pun ada bila tgk Harry mcm terpempan, tak tau nak buat ape bila tgk Snape guna killing curse; Avada Kedavra.

Guess what? Balik je dr movie tu, hubby telah melayan movie yg pertama hingga ketiga. Malam tadi baru masuk movie keempat! He asked me a lot of question!!!

Yg nak gelaknya, mlm tadi Batrisyia main2 dlm walker, ronda2 satu rumah. Then, dia masuk dlm satu bilik ni. Bilik tu gelap. Hubby leh cakap, "Eiii, haaa.... ambik dia.. ada Dementor!" Wakaka.. aku gelak sakan time tu!!

2 scribble(s):

maisy said...

haa..kecik2 dah masuk wayang ye.. :) ..sib baik tido aja..biase dak kecik mmg tido je dlm wayang,unless yg jenis tkleh dgr bising....Dina,coz dah besar,jgn harap nak tido...nasib je tak melalak...if bising,sure ade yg menjeling,kacau konsentrasi....

Liz said...

terpaksa la heret dia sam sbb mak dia ni xde maid. tp kjena tgk cerita la kot. mcm action movie tu, xde la nak bwk dia. bising kan. kesian lak. transformers pun aku relakan je la x tgk.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.