Monday, July 13, 2009

Crawl.. 1... 2... opps!

Batrisyia masih belum merangkak. Dia masih mencuba nak ke depan. Masih belajar ‘the right way’ utk merangkak. Ke depan, jatuh. 2 langkah ke depan, jatuh. Kitorang jd tukang sorak je walaupun dia jatuh. Dia pun mcm excited.. maybe dia rasa seronok tgk kitorang happy sorakkan dia.

Pernah satu malam tu, aku terbangun masa tido malam sbb Batrisyia bergerak. Ingatkan dia nak nangis ke, nak susu ke, rupanya dia berlatih merangkak dlm tido! Dgn mata terpejam tu, sempat je nak berlatih. Pagi tu, lepas mengeliat, dia terus berlatih semula. Siap sengih-sengih kat aku. Beriye benar anak aku nie.

Keterujaannya membuatkan kami terpaksa lebih berhati-hati. Takut dia terjaga dari tido dan terus berada dlm posisi merangkak. Dah byk kali nampak benda ni dan nasib baik aku kat sebelah dia je.

Huargh, dah ngantuk nie. Takpe la, nak cuba lagi sekali


Umi, jgn la ganggu konsentrasi saya. I need to stay focus!

Eii, dah pukul berapa nie?

Cukup la utk hari ni. Nak tido

Merangkak belum lepas tapi dah sibuk nak belajar bgn utk duduk. Bang, tertiarap ke belakang. Bang, tertiarap lagi. At last, dia berjaya setelah beberapa kali jatuh. Orang kata, belajar dr kesilapan. Akhirnya dia sedar yg dia kena tahan badan dia dgn tgn dia. Bravo!

Ada juga masanya dia terlalu penat mencuba dan akhirnya menangis sbb tension kot. Hahaha.. kami gelakkan aje. Nenek dia pun jd cheerleader sama. Bila dia tgk kitorang taknak angkat dia, lg la dia meraung.

Ala, sekejap je nangis kan? Pas peluk-peluk, pujuk-pujuk, aku baringkan dia balik. Dan dia pun mencuba lagi.









Dah 9 bulan, baru nak belajar merangkak. Aku berfikiran positif dlm hal nie. Ada baby yg skip certain milestone. Contohnya daripada meniarap, terus duduk. Ada yg skip merangkak. Ada yg mengensot. Mcm-mcm skill bebudak nie. Setiap milestone mengajar anak tu, memantapkan motor development dan menguatkan otot2 di badan dia. Batrisyia ni mcm nak belajar semua benda je. Taknak skip eh? Takpe la.. biar badan dia yg halus tu belajar semua benda dan biar kuat badan dia.

6 scribble(s):

imee said...

ala tomeynye muka dia yg nk tido tuuu..

p!nkerton said...

hehe tak lama lagi la tu ;) dua2 baju dlm entry ni athirah pun ade hehehe ;p
lize', imee, korg gi wedding teena? bleh kite lepak togede2 ;)

Liz said...

thanks girls.. erm, wedding teena yg kat mane? sbb dia ada buat kat 2 tmpt. aku rasa, tempat yg lagi satu tu, by invitation je kot.

maisy said...

Its okey,byk jenis budak nih..Dina pon tak skip milestone die..lambat pon..mesti kene ikut flow juga....Dina pon lambat sebab tulang lembut kot

Mama-Miya a.k.a MiuMiu a.k.a "Jedi Hopeful" said...

tu buat muka kiut2 tu sebab nampak camera ke?

miya tak tau merangkak..tetibe at 10months dah berjalan.

so between 6-10months tu dia guling aje nak pegi mana2. sometimes mengesot2 skit..cam ular/askar.

even now kalau dia tgk budak lain crawl, dia cam pelik2. cam nak belajar. lawakkan?

Liz said...

maisya> aku pun suka je kalau dia ikut step by step. dpt tgk gelagat dia.

mama miya> owh, masa tu dia tak heran sgt dgn camera. tp kalau ada mood, mmg dia suka ambil gambar.

ye la kan, miya umur 10 bln dah berjalan. dia nak belajar merangkak? haha, kelakar la. sbb dia kan dah berjalan. mcm mane lak tu, nak kena patah balik ke?

mcm anak buah belah hubby, dlm 7 org tu, sorang je yg merangkak. yg lain, sume jenis mengundur ke blkg.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.