Tuesday, July 14, 2009

Black Pepper Beef

Ku pulang dari office semalam dgn mission nak hubby mkn byk malam td. Ni gara-gara dia tak sempat nak lunch masa tgh hari. Byk kerja kat luar, katanya. Dia sempat mkn burger je.

Hubby ku ni tak la TERLALU CEREWET orangnya bila masuk bab makan. Dia tak kesah aku nak masak ape. Kalau taknak masak, mkn je kat kedai. Hahaha. Tapi selalunya mmg aku masak kecuali kalau balik lewat.

Seringkali dia 'marah' aku lepas suapan nasi yg terakhir. "Ni Liza punya pasal la. Kan perut abang dah naik". Opps, mmg perut dia dah naik. Hahaha.. Jgn marah. Elok per perut naik sbb masakan isteri drpd perut naik sbb masakan tukang masak kat kedai.

Anyway, malam tadi aku masakkan dia Tom Yam Seafood dan Black Pepper Beef. Hohoho, licin! Cuma baby corn je dia tak mkn.



Ok la. Jom tgk resipi Black Pepper Beef.

Black Pepper Beef


Daging (resipi ni utk setengah kilo daging so kalau daging korang tu kurang, pandai-pandai la adjust bahan-bahan yg lain tu)

Bawang besar - dihiris kasar ke, dipotong bulat ke.. x kesah la, korang yg nak mkn
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris
Cili besar - dihiris
Tomato - dibelah 4
Serbuk Black Pepper by Maggi (dibancuh dgn sedikit air) ATAU Sos Black Pepper
1 sudu besar kicap
1/2 cawan air

Cara-caranya
1. Daging dipotong, dicuci dan digoreng sebentar. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, halia dan cili besar hingga naik bau.
3. Masukkan serbuk black pepper Maggi atau sos black pepper.
4. Masukkan air dan kicap. Kacau seketika.
5. Masukkan daging dan bawang besar. Kacau hingga kuah pekat.
6. Masukkan tomato. Kacau seketika.
7. Siap utk dihidang.

5 scribble(s):

Mama-Miya a.k.a MiuMiu a.k.a "Jedi Hopeful" said...

time i dlm pantang, my dad masak black pepper beef, black pepper chicken, black pepper fish & even black pepper rusa.

tp dia cook chinese style, takde la cam byk kuah as in ur picture tu.

now rasa cam tak nak dah makan black pepper apa2. tunggu la pantang lg skali br makan. hehehhehe...

Liz said...

mama miya> byk ke kuah tu? maybe dlm pic je kot sbb sebenarnya, x byk kuah pun sbb kuah pekat. hehe..

dlm pantang dulu pun, mmg letak black pepper kat semua lauk. paling suka masak sup sawi dgn black pepper. hehe..

camne cook chinese style tu? taknak share ke?

Mama-Miya a.k.a MiuMiu a.k.a "Jedi Hopeful" said...

recipe dia..sempoi aje..kinda like the recipe u tp takde pakai sos sos tu.

memula tumis bwg besar, garlic yg byk dicincang(5ulas), halia cincang halus yg byk (2inci).

bila tumisan dah wangi, then masukkan dedaging tu. biasa daging tu hiris sehalus2nye. so masak sekejap & takde la liat.

then br curah 2-3 tsp black pepper + kicap manis, kicap masin & kicap pekat (semua letak agak2 secukup rasa).

tang cina nye is when u add 1/2cup air rebusan longan kering & red dates, bersama sedikit longan & red dates tu.

then masukkan 1/4 air+1tbsp cornflour. continue masak until kuah pekat2/ kering (up to ur choice).

last skali masuk daun bwg yg di potong dlm 1 inch pjg.

dah siap, sempoi aje.

adLedash said...

sedapnye! thx akak for sharing...~

Liz said...

mama miya> owh, mcm best je sbb ada longan. ni boleh cuba ni. nnt la. next time, i cuba buat. thanks for the recipe

adledash> ha, jgn lupa buat!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.