Tuesday, July 28, 2009

Bedak talkum undang maut?

Bedak talkum undang maut?
Oleh NURUL HUDA HASSANhuda.hassan@utusan.com.my

PULAU PINANG 17 Feb. - Amaran! Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari.

Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.

Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini.

Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi mengandungi bahan itu.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, beberapa kajian menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat.

Menurutnya, zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.

Tambahnya, penemuan terbaru mendedahkan, wanita yang memakai bedak talkum 40 peratus lebih berisiko menghidap kanser ovari.

"Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari.

"Kanser ovari diketahui boleh membawa maut. Ia menyerang secara senyap berikutan berkembang secara perlahan-lahan dan apabila dikesan ia sudah sampai peringkat akhir," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru dan sistem pernafasan kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.

Tambahnya, debu putih halus daripada talc boleh berterbangan dibawa udara dan ia pula boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang menghidunya.

Jelas beliau, bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada masalah laluan udara membengkak lalu menyebabkan pneumonia.

"Pengguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras."

"Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya bedak talkum bagi mengatasi masalah ruam kulit bayi," ujarnya.

Sumber dari Utusan : 18 februari 2009

Sejak baca berita ni, mmg ada tergerak hati utk tukar bedak Batrisyia tapi masa tu, takde pilihan bedak lain melainkan bedak berubat. Cuma sejak beberapa bln lepas, aku ternampak iklan tentang bedak Cornstarch dlm majalah Pa & Ma. Aku cuba cari. Tak jumpa. Mungkin sbb masih baru. 2 bulan lepas, baru la dpt beli bedak nie.

Sejak dari hari tu, bedak ni yg kami gunakan setiap hari. Bedak ni tak mcm bedak talkum yg lain. No fragrance sbb pure cornstarch. Lepas tu dia mcm tak lekat sgt kat badan. Mcm mane nak describe ye? Erm, kalau bedak biasa yg kita guna tu, kan kalau sapu kat badan, terus lekat kan? Mcm bedak ni, dia susah nak lekat. At first, rasa mcm tak best je guna. Lepas cuba beberapa kali, baru la tau camne nak bg bedak ni lekat kat badan. Caranya, jgn tuang byk2 kat tgn. Tuang sikit dan sapu kat badan.. perlahan-lahan.

Bagi aku bedak ni bagus la jugak. Nak pakai utk ruam pun ok rasanya. Harganya mahal sikit je dr bedak biasa. Tapi takpe la kan.. yg penting kita dah cuba yg terbaik utk bg protection kat anak dr penyakit berbahaya. Kalau nak kena tu,kena jugak tp sekurang-kurangnya kita dah mencuba.

8 scribble(s):

Adwindaa said...

bedak ni tak lekat kat badan sgt sbb dia kan cam tepung jagung tuh.... hehehe.. adwan lau pakai bedak ni kat celah paha dia, tak sesuai sbb akan naik rashes... so pakai di badan sahaja... bedak ni kasar skit dr bedak biasa... kita org dewasa pun leh pakai kat badan sbb dia menyerap peluh... yaaaa...

cintaKusayangMu said...

bgus info mu...anak2ku xku pkikn bedak..
ku sapukn lotion je kt bdn dorg..muka pn xku bedakkn ..bior la xberbedak..jnji slmt..
ku riso debu2 bertrbgn tu...sgt2 riso...

p!nkerton said...

ada jugak terbaca pasal ni. since born mmg aku tak penah pakaikan talc powder pada athirah lagi (sbb nurse klinik kesihatan yg datang tu dah warning jgn pakai talc powder kat baby, pakai baby oil je) guess it is true & proven la kot.

eziannr said...

Ahaa....baby mmg tak digalakkan pakai talkum powder...nih pon gynea aku cakap dulu time deliver...dier kata enough ngan lotion or baby oil saja....

Liz said...

lin> dia bkn mcm tepung jagung tp dia MMG tepung jagung =). so far, batrisyia x kena rashes sbb bedak tu. mmg serap peluh.

qis> ku x pakaikan anak losyen.

fatih> aku pakaikan bedak sbb nak serap peluh. minah ni kuat berpeluh sbb x reti duduk diam. bila duduk nursery, pengasuh kan nak kena ngadap ramai baby. kang anak aku berpeluh2,dia x pasan lak. hehehe

eziannr said...

Liz, ader lagi satu jenis bedak kan...dier cam liquid...yer panggil iquid talkum kot aku tak sure...rasanya brand mothercare atau pon buds....aku tak pernah try...tapi maybe mahal sket kot...function aku rasa mesti lebih kurang ngan talkum powder gak kot...go try figure it out...maybe seswai utk batrisyia

Liz said...

ezian> mcm aku, xde sape beritahu dan aku sndr x penah dgr. bila baca artikel tu, br la tau. mcm lotion, aku kurang suka pakaikan kat baby. tp baby oil mmg pakaikan sbb buat baby massage.

mancet said...

aku pon ade bace psl ni dh lame dulu,so aku mmg tak pakaikan bedak kt anak aku awal2 dulu,beli bedak cornstarch je skang ni sbb anak aku kulit sensitp,letak bby oil takleh sgt ,letak lotion pon takleh sgt ..
ade org kan dorang mmg beli tepung ubi tu tuk diaper rash

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.