Friday, July 10, 2009

Ayam Masak Lemak Cili Api

Untuk DIA yg inginkan resipi, sila lihat di bawah. Ada byk cara nak masak lauk nie. Ni cara yg aku belajar dr mak aku. Kalau korang ada cara lain, buat la.


Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:
Ayam
Kentang
Serai
Santan
Bawang kecil, bawang putih, cili api, halia (di blender)
Serbuk kunyit (kalau nak pakai kunyit hidup, blender sekali)

Cara memasaknya:
1. Ayam dipotong dan dibersihkan. Then, masuk dlm periuk.
2. Sediakan bahan-bahan yg nak di blender. Lepas blender, tuang je dlm periuk tu.
3. Letak periuk atas dapur. Nyalakan api.
4. Masukkan serai yg dah dititik dan serbuk kunyit.
5. Masukkan kentang kalau nak ia cepat empuk. (Kalau taknak masuk awal-awal, masukkan bila nak masuk santan cair nanti).
5. Biarkan ayam tu kecut (org kata, keluar air).
6. Sediakan santan. Asingkan santan pekat dan santan cair.
7. Bila ayam dah kecut sikit, masukkan santan cair.
8. Agak-agak nak siap masak tu, masukkan santan pekat.
9. Tunggu hingga santan masak. Siap!

Kunci kejayaan nak masak lauk ni dgn sedapnya ialah penggunaan cili api yg banyak. Pedas, baru la sedap! Hehehe.. Lauk ni kena sentiasa dikacau utk elakkan pecah minyak.

To Dia, maaf la ye. Tak reti nak explain mcm dlm buku resipi sbb resipi ni dlm otak je.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.