Thursday, July 16, 2009

24oz to 12oz

Hari nie, aku dptkan khidmat nasihat dari Lactation Counselor; Puan Suraya. Chewah, terasa skema pulak panggil kwn aku camni. Ok la, Puan Sue Shantek.. eh, ni mcm nak bodek je. Hehe..

Anyway, kami mulanya berbual ttg pandangan sesetengah pihak terhadap apa yg Sue perjuangkan. As a friend, aku hanya boleh bg kata-kata peransang agar Sue tak mudah emosi selepas mendengar komen-komen yg kurang membina tu.

Kemudian, aku bercerita ttg stok frozen EBM ku yg tinggal 2 botol sahaja! Yes, angka itu betul ye kwn-kwn. Ni gara-gara kes stok terpaksa dibuang sekali lagi dan aku pun x dpt nak ikut jadual pam pada minggu lepas gara-gara kesibukan di office. Milk production pun agak berkurangan akhir-akhir ni hingga menyebabkan aku terpaksa buat extra pumping di waktu malam dan men cilok frozen EBM sekali sekala.

Ala, biasa la tuh. Ni semua cabaran utk bf anak. Korang jgn rasa takut nak bf anak lak.

So, aku saja-saja bercerita kat Sue ttg hal nie. Aku nak kumpul frozen EBM kembali. Aku teringat kes Sue di mana stok dia licin gara-gara production merudum selama 2 minggu (kan Sue?) tp setelah berhempas pulas mengepam, peti ais dia kembali penuh dgn stok susu. Mmg cerita Sue tu menjadi peransang buat aku la kiranya.

Selepas tu, Sue berikan satu fakta yg buat aku terkejut beruk! Hahaha. Ok, camni.. hingga ke hari nie, aku bekalkan 24oz susu ke taska. Batrisyia akan minum 6 botol. Orang kata, bila dah mula mkn solid food, anak akan kurang minum tp Batrisyia masih minum byk tu gak.

Aku pernah tanya Dilla ttg hal nie. Dilla ckp, dia bg susu ikut time. Dia tak tunggu Batrisyia minta atau menangis. Pasal tu 6 botol tu tetap habis sampai skrg. Aku biarkan je la sbb rasa mcm x mudarat pun nak bg dia susu byk-byk. (Rupanya mudarat la sbb bila dah besar, anak kurang nak minum sgt. Nak main je. So bila siang dah kenyang susu, mlm xnak susu sgt. So badan ingat anak xnak minum. Slowly, badan akan kurang hasilkan susu)

Bila Sue tau hal nie, Sue ckp yg baby atas umur 6 bln tak perlu diberi susu byk-byk. 10oz ke 12oz tu sedang elok. Nanti dia kurang minum malam. Patutnya dlm 3oz setiap 3 jam. Kalau bg byk, nnt efeknya malam dia akan kurang minum susu. Sudahnya ibu akan rasa mcm production merudum.

Owh, patut la aku rasa mcm tu skrg. Mmg lately Batrisyia mcm kurang minum di waktu malam. Dia selalu minum tp x lama.. 10 minit tu kira paling lama la. Tu pun time tidur. Dia sibuk nak explore je.

12oz dgn 24oz yg aku bekalkan. Pergh, giler jauh bezanya tuh! Patut la aku susah nak kumpul stok mcm org lain. Menurut Sue, badan ibu akan hasilkan 24oz ke 36oz susu sehari. Bayangkan aku yg dah pam 24oz utk anak ke taska. Hehe.. dgr je dah berpeluh!

Baiklah, aku akan minta tlg Dilla utk cuba kurangkan pengambilan susu dan dlm masa yg sama, lebihkan pengambilan makanan dan snek yg berkhasiat.

2 scribble(s):

~ As ~ said...

aku pun baru tau la....thanks liz..

izzahazfar said...

lagi satun ilmu kak sue kongsi ngan kita sumekan..

zahpun risau anak minum sikit..rupanyer...memang mcm tu..

~kena ty ngan mereka yg lebih tahu...~

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.